Dengan tiga kali lafaz, kerana Zahin salah menyebut nama Iris, maka sahla Iris Natasha binti Khalid menjadi suri hati milik Zahin Aiman bin...
Maaf aku terlupa nama bapak Zahin.
Abaikan.
Puan Kayla memeluk erat Iris. Akhirnya, anak dara kesayangan sudah menjadi isteri orang.
"Tahniah anak mama." Pipi Iris dikucup penuh sayang.
"Tahniah bro." Kata Irham ketika mereka bersalaman.
Tan Sri Khalid tersenyum senang.
"Papa nak cakap, kalau suatu hari nanti, kamu dah tak perlukan anak papa, pulangkan dia semula dalam keadaan yang elok ye kepada papa." Pesan Tan Sri Khalid.
"Apa papa cakap macamtu. Inshaa allah Im akan jaga anak papa macam nyawa Im sendiri." Tubuh separuh abad itu dipeluk dan ditepuk perlahan. Menyalurkan kepercayaan.
"Tahniah Im. Welcome to our family." Ujar Qaiseer. Dia terpaling seronok harini. Sebab nanti Iris akan keluar dari rumah itu dan semestinya dialah akan menjadi satu-satunya anak bujang kesayangan mama dan papa.
Cincin bertatahkan berlian original by Tiffany & Co di sarungkan ke jari manis Iris.
SMILEEE.
Jurukamera yang diupah melakukan pelbagai aksi untuk merakam hari bahagia mereka.
Ubun-ubun Iris dikucup lembut oleh Zahin. Yeay dah halal. Ok tibe.
Tiba giliran Iris pula untuk menyarungkan cincin di jari manis Zahin. Iris yang malu-malu kucing itu diperhati Zahin.
Sejak bila minah senget diva ni menjadi makhluk terpaling malu di muka bumi ini? Selalu merenyam je memanjang.
"Cepatla sayang." Ucap Zahin perlahan. Penat ni nak tenung lama-lama. Nanti jatuh cinta angaukan melanda.
Iris tersentak. Oh my god guys. Dia panggil I sayang. Dengar tak? Korang ada tak? Kesian takde. Ha takpelah I doa dari jauh je. Moga cepat jumpa jodoh.
Pantas dia sarung cincin ke jari manis Zahin lalu dikucup tangan kasar itu. Terketar-ketar dia menahan malu. Walaupun selama ni dah selalu sangat berkepit dengan si Zahin sampai dosa berbakul, tetapi perasaan menyentuh yang halal itu rasanya lain.
Tetamu yang melihat mereka yang malu-malu cat dog itu mula mengusik. Sibuk jela orang kampung ni.
Rembat kang.
Selepas melangsungkan akad nikah pada sebelah pagi, kenduri pula dilaksanakan pada waktu tengah hari sehingga petang.
Ruang halaman rumah kampung Puan Zanirah dipenuhi dengan pelbagai sanak saudara dan tetamu yang diundang.
Iris pula berada di dalam bilik. Tengah bersiap. Wajahnya yang disolek oleh Zana itu dipandang dibiasan cermin. Dia tahu Zana akan melakukan kerja paling tiptop. Buktinya, dia sangat cantik. Ew.
Weh iklan. Sumpah la tak pandai nak describe diorang nikah. Baju diorang pun aku tak terfikir nak letak warna apa.
Saya tengah mencuba yang terbaik untuk mendescribe. Kalau tunggang langgang tu, korang pandai-pandai la skip. Tidak melibatkan plot twist berlebihan di bahagian nikah dan tidak melibatkan mana-mana nyawa. Jadi, tidak effect jikalau menskip.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak skip tiada effectnya.
SekianIklan tamat.
"Indahnya ciptaan tuhan." Irham yang berada di muka pintu memandang Iris yang sedang sibuk dikipas. Tidak mahu makeup luntur.
"Eh Am! You buat apa dekat sini. Bukan you pengapit Zahin ke?" Irham yang tersengih sambil sempat mulutnya mengunyah buah-buahan yang berada di atas meja pengantin itu dipandang Iris.
YOU ARE READING
SURI HATI MR. HEARTLESS [EDITING]
Romance(Slow update) Tirai diselak kasar. "GOOD MORNING WORLD!" Iris Natasha. Miss terpaling diva abad ini. Setiap lenggok tubuhnya menjadi igauan. Pakaian? Aksesori? Kereta? Rumah? Semuanya melambangkan kemewahan. Kata orang, Iris punya segalanya. "I w...