"Buku apa ni?" Buku berwarna merah hati itu dibelek Zahin.
Buku apa ni? Dia mana ada buku comel-comel macamni. Tak lain tak bukan mesti isteri dia punya.
Bahagian hadapan dibelek lagi. Nak buka ke tak. Mana lah tahu itu privasi isterinya. Dia tiada hak untuk tahu. Kang nanti melenting mak lampir tu.
Selepas pasti tiada larangan supaya tidak dibuka, Zahin pun meneliti muka surat hadapan. Hm takde apa pun. Cuma contengan atau lebih tepat lakaran baju Iris. Hanya contengan simple.
Cantik. Sangat berbakat. Zahin rasa bangga.
Puas membelek, mata coklat itu terhenti di muka surat belakang.
Bucket list to do with my abang
*Love love love.1. Forehead kisses 100 times to abang.
2. Go to my favourite spa together.
3. Watching romantic movies (for his study how to be a romantic husband hehe)
4. Pick out each other outfit. (His shirt are big enough. I'm in love with it)
5. Teach him how to draw like mine.
6. Make him sing a song with his husky voice.
7. Build a blanket fort.
8. Comfort him during a hard time. (Important!)
9. Giving each other a warm hug.
10. Fighting with each other.
Dan banyak lagi. Zahin ternganga. Kenapa dia tidak pernah tahu. Zahin meraup wajahnya.
Kasihan. Adakah dia memaksa Iris selama ini untuk menjadi isterinya. Terlalu cepatkah?
Dan selepas berkahwin, dia hanya membiarkan wanita itu kebosanan.
"Abang!" Penuh ceria, Iris melangkah masuk sambil terlompat-lompat.
Pantas Zahin menutup kembali buku merah hati itu. Ditolak masuk ke dalam almari pakaian mereka.
"Yes?" Zahin berdehem. Harap tidak tertangkaplah.
"I belajar masak. Lauk favourite abang. Nenek yang ajar. Dah siap dah. Nak rasa?" Lengan Zahin digoyang ke kiri dan kanan menunjukkan betapa gembiranya dia sekarang.
Kepala Iris ditepuk perlahan. Duduk tak diam budak ni. Lambung baru tahu.
"Bagusnya dia. Kalau tak sedap, aku bagi denda." Diusap-usap kepala itu pula bak kucing parsi.
"I confident. Kali ni you mesti suka." Ditarik lengan sasa itu keluar dari bilik.
"Wait." Pantas ditarik Iris mendekati dan ciuman dilabuhkan di dahi putih bersih milik Iris.
Iris terdiam. Mata tidak berkelip. Masih memproses apa yang baru berlaku tadi.
"1 kiss from me. So, another 101 forehead kisses you have to give back to me." Bibir mengoyak senyuman sinis. Dengan selamba, dia meninggalkan Iris dan berlalu ke dapur. Mahu makan.
"Nenek! Your phone's ringing." Panggil Iris. Mata tertancap ke arah skrin telefon itu.
Syari.
Syari? Siapa tu. Kawan nenek mungkin.
"Ye? Ha bak sini dekat nenek."
Huluran Iris disambut. Melihatkan nama pemanggil, wajah Puan Sri Zanirah berubah.
YOU ARE READING
SURI HATI MR. HEARTLESS [EDITING]
Romance(Slow update) Tirai diselak kasar. "GOOD MORNING WORLD!" Iris Natasha. Miss terpaling diva abad ini. Setiap lenggok tubuhnya menjadi igauan. Pakaian? Aksesori? Kereta? Rumah? Semuanya melambangkan kemewahan. Kata orang, Iris punya segalanya. "I w...