"Morning." Rambutnya yang serabai diselak ke belakang telinga. Dengan baju tidur satin yang masih tersarung di tubuh, Iris turun ke bawah untuk bersarapan.
Fenomena alam. Jarang dia nak mencemar duli turun bersarapan. Dia jarang bersarapan. Jaga badan. Lagipun dia bangun pun dah pukul 11. Harini takde angin takde ribut taufan, pukul 8 dia dah turun ke bawah.
Rambut ikal mayangnya diikat satu.
"Iris." Panggil Puan Kayla.
"Yes?" Matanya tertancap kepada makhluk-makhluk yang berada di atas meja makan.
Satu
Dua
Tiga
Empat
Ooo empat.
EMPAT? sejak bila mama ada anak lagi sorang?
Tubuh yang seksi dan familiar di mata Iris itu memandangnya sambil menahan senyuman.
Iris terhenti di hujung anak tangga. Masyaallah. Matanya yang masih kabur itu dihidangkan dengan susuk tubuh Zahin yang berada di meja makan.
How can?
"What are you doing here?!" Jerit Iris.
Belum sempat Zahin bersuara, telinga Iris ditarik oleh Puan Kayla. Apa la anak dara dia ni. Tak senonoh. Adab ke lautan. Sudahla bangun lewat. Hilang chance dia nak bermenantukan Zahin.
"Mamaaaa! Sakit la". Iris menggosok telinganya yang memerah.
"Dah basuh muka ke tu Iris yang turun macam baru lepas hadap gempa bumi je." Perli Qaiseer.
Zahin tergelak perlahan. Gelak kuat kang macam tak senonoh pulak.
Iris menjeling kedua lelaki yang tengah seronok menggelakkannya. Seronoklah kau kan. Ha gelak gelak.
Dia menarik kerusi di hadapan Zahin.
"You buat apa datang pagi-pagi rumah orang ni." Tanya Iris. Tak pernah pulak dia nampak Zahin datang tiba-tiba pulak harini muncul. Siap sarapan lagi. Ewah ewah.
"Mama yang jemput Im datang. Alang-alang dia baru balik dari overseas ni, mama call la dia. Dah lama Zahin tak jenguk mama."
Makin membara hati Iris. So dia jelah yang tak tahu Zahin ni pergi Itali? Ha bagus macam orang bodo dia cari Zahin merata.
Zahin yang terperasankan riak wajah Iris yang berubah itu mengeluh. Cik diva makin marah la tu.
"Dah dah. Jom makan." Akhirnya, Tan Sri Khalid bersuara selepas lama mendiamkan diri.
"No way!" Iris tolak mentah-mentah.
"Ala temanlah Im tu pergi belikan barang-barang dapur kejap."
"Abang Qai kan ada? Suruhlah dia yang pergi."
"Abang kamu kerja la."
"Harini weekend, mama."
Puan Kayla mendecit.
"Abang kamu tu tak tahu pun barang dapur."
Apa bezanya? Dia pun tak tahu barang dapur jugak.
"Boleh la eh." Pujuk Puan Kayla.
"Malas la. Iris nak tidur ni."
Puan Kayla menunduk sedih terpaling tersakiti.
Iris mengeluh. Haish yelah yelah. Kang kena cop anak derhaka pulak.
"Fine. Dua jam je Iris pergi." Iris mengalah.
Puan Kayla menguntum senyuman. Yes! Rancangan menjadi.
YOU ARE READING
SURI HATI MR. HEARTLESS [EDITING]
Romance(Slow update) Tirai diselak kasar. "GOOD MORNING WORLD!" Iris Natasha. Miss terpaling diva abad ini. Setiap lenggok tubuhnya menjadi igauan. Pakaian? Aksesori? Kereta? Rumah? Semuanya melambangkan kemewahan. Kata orang, Iris punya segalanya. "I w...