"Iris! Dah bangun ke belum?" Puan Kayla mengetuk pintu bilik anak daranya.
"Dah ma. Mama tolong Iris zipkan baju ni kejap."
Puan Kayla masuk ke dalam bilik Iris.
"Cantiknya anak mama." Puji Puan Kayla.
Harini Iris akan dirisik oleh keluarga Zahin. Cepatnya masa berlalu. Masih dia ingat ketika Iris masih belajar untuk berjalan. Sekarang, satu-satu anak perempuan tunggalnya bakal menjadi milik orang.
Baju kurung moden tanpa corak menjadi pilihan Iris pada hari merisik dan tunangnya. Tudung satin dan lace terletak elok membaluti kepalanya.
Simple.
Dia memandang figura yang berada di hadapan cermin.
Cantikkah dia memakai tudung?
"Thank you mama." Tubuh tua separuh abad itu dipeluk erat.
Kelopak mata Puan Kayla mula basah. Emosi pula dia harini.
"Ha dia buat drama dah. Mama ni kan, adik tu baru nak bertunang. Bukannya hari ni dia nak kahwin dah." Kata Qaiseer.
Dia yang segak berbaju melayu muncul bersama Zana di muka pintu bilik Iris.
"Suka hati mama la. Potong la kamu ni." Air mata diseka perlahan.
Zana masuk ke dalam bilik Iris.
"Cantiknya babe!" Jerit Zana teruja. Pertama kali dia melihat Iris bertudung. Sangat ayu.
"You baru tahu ke. I malas nak tunjuk je." Tudung yang dililit mudah itu dikibar-kibarkan.
Tak senonoh la bakal tunang orang ni.
"Qai, pihak lelaki dah sampai. Jom turun." Muncul Tan Sri Khalid memanggil Qaiseer.
Mendengarkan bicara Tan Sri Khalid, Qaiseer membontoti langkah bapanya. Puan Kayla pula turun ke bawah untuk ke dapur. Tinggal Zana dan Iris di dalam bilik.
"I nervous la." Iris sudah seperti cacing kepanasan.
"Jangan la. Nanti makeup cair." Dikibas perlahan wajah Iris yang mula berpeluh.
10 minit, Iris masih tidak dipanggil untuk turun.
"Diorang ni bincang apa yang lama sangat. I dah nak terkencing ni." Rungut Iris. Hilang sudah nervous punyalah lama sangat tunggu.
"Kejap nak tengok." Zana melihat sedikit keadaan di tingkat bawah. Riuh dengan gelak tawa dari kedua belah pihak.
"Kami ni tak boleh nak terima lagi pinangan dari pihak lelaki sebab tak tahu lagi nama lelakinya apa? Takut-takut salah pasangan nanti."
Bicara Tan Sri Khalid mengundang tawa mereka. Kus semangat. Ingatkan dah kena balik tadi.
"Zahin Aiman bin Zafril, Tan Sri." Ujar yang menjadi wakil bagi pihak lelaki.
"Zahin Aiman bin Zafril. Ha betullah tu. Memang orangnya lah. Anak saya mahu yang tu." Seloroh Tan Sri Khalid.
Mereka ketawa lagi.
"Kalau macamtu, pihak kami nak lah tengok anak gadis Tan Sri rupanya bagaimana."
Tan Sri Khalid mengangguk.
"Suruh Iris turun. " Arah Tan Sri Khalid yang melihat tubuh Zana yang mengendap di sebalik tangga.
Zana mengangguk lalu Iris diiringnya sehingga ke mini pelamin yang dia sendiri hasilkan semalam.
"Cantik orangnya." Spontan mereka berkata.
Iris tersengih malu. Malu-malu la orang puji macamni. Mana nak letak muka dia yang cantik ni.
YOU ARE READING
SURI HATI MR. HEARTLESS [EDITING]
Romance(Slow update) Tirai diselak kasar. "GOOD MORNING WORLD!" Iris Natasha. Miss terpaling diva abad ini. Setiap lenggok tubuhnya menjadi igauan. Pakaian? Aksesori? Kereta? Rumah? Semuanya melambangkan kemewahan. Kata orang, Iris punya segalanya. "I w...