It's been a hectic, stressful and emotional week for me. Pray for my mental health yeorobun. Pardon for not updating cause i have no idea what to write.
"Abang harini I balik lambat tau." Heels berwarna biru disarung ke kaki. Kunci kereta dicapai.
"Nak pergi mana?" Tangannya dihulur kepada Iris untuk disalam.
Huluran Zahin disambut. Bibirnya tersengih.
"Nak pergi jalan-jalan boleh tak." Lengan Zahin digoyang-goyang meminta izin. Berharap lelaki itu memberikan kebenaran.
"Sorang?"
Iris mengangguk. Boleh la abang. Dah lama tak keluar ni.
"Sorry abang tak boleh teman. Busy sikitlah." Dahi isterinya diciun sekilas. Memberikan kebenaran mungkin.
"Eh sokay. I boleh pergi sendiri. Nak beli barang dapur sama."
Zahin mengangguk faham.
"Bye abang. Thank you hehe." Mereka berpisah tatkala masing-masing memasuki ke kereta. Dah alang-alang Iris nak balik lewat sikit, jadi dia hanya pergi ke kerja dengan menaiki kereta sendiri.
Lambaian isterinya disambut. Another 10 hours untuk merindui cewahh. Gatal sangat.
Hari ini Iris keluar awal dari waktu kerjanya. Eh suka hati dia lah memandangkan dia pemilik butik itu.
Rancangan asal memang nak pergi beli barang dapur sahaja tetapi pukul 12 tengah hari tadi dia mendapat panggilan daripada Puan Syari.
Wanita itu meminta tolongnya untuk ke rumah banglo arwah nenek Zahin. Meminta bantuan urusan pemindahan mungkin.
Alang-alang dia baik hati sangat pujuk suami untuk benarkan Puan Syari tinggal semula di situ, apa kata dia baik hati juga untuk memudahkan urusan wanita itu berpindah. Bukan sesiapa pun. Mak mentua dia juga.
"Assalamualaikum aunty!" Rumah banglo yang agak suram itu dia masuk. Macam seram jugak tapi melihatkan kasut berinci yang sudah tersusun di rak kasut itu melegakan hatinya. Jadi Puan Syari dah sampai lah ye. Takdelah dia risau sangat.
"Lama dah sampai Iris?" Tegur Puan Syari yang baru keluar dari bilik stor itu. Pakaian wanita itu yang agak kasual dipandang Iris. Baru mengemaslah tu. Rumah ini pun sudah hampir lama dibiar begitu sahaja tanpa penghuni.
"Baru je aunty. Buat apa dalam bilik stor tu."
"Ah aunty kemas barang arwah nenek kamu sikit. Banyak benda nak kena buang."
"Buang? Abang tak marah ke nanti aunty sentuh barang nenek."
"Kalau biar nanti rosak macamtu je. Baik aunty kemas and buang yang tak patut."
Iris angguk perlahan. Berani betul. Dia risau juga kalau Zahin marah dan mengamuk. Lelaki itu pantang benar kalau orang buat sesuatu tanpa kebenarannya terlebih dahulu.
"Kalau macamtu, Iris masak lah untuk aunty. Boleh?" Dia malas mahu masuk campur perihal barang arwah nenek. Nanti apa-apa kalau dia yang dipersalahkan, tak ke masak dia dengan Zahin nanti. Tak memasal kena marah.
"You nak masak? Kejap lagi kawan aunty nak datang. Masakkan lebih boleh? Thank you Iris." Wanita itu tersenyum kecil. Senang kerja dia takpayah nak masak dah. Rancang nak makan di luar nanti tetapi dah Iris pelawa, dia lagi seronok.
Selepas puas berhempas pulas di dapur, akhirnya lauk ala kadar siap juga. Puas dihidang di atas meja makan, Iris tersenyum kecil. Bangga dengan hasil kerjanya.
Loceng rumah berbunyi. Iris mengerutkan dahi. Mungkin kawan Puan Syari yang datang. Tadi wanita otu ada bagitahu yang kawannya nak datang.
Apron yang tersarung ditubuh terus dibuka. Berdiri di hujung tangga, dia memanggil Puan Syari untuk mengkhabarkan keberadaan rakan-rakannya yang telah tiba. Pintu utama dituju.
Buka sahaja pintu, dia lihat tiga orang lelaki tercegat di hadapan muka pintu. Mereka tersengih kecil. Kalau dilihat dari penampilan, mereka semua sebaya atau lebih tua sedikit dari Iris.
'aunty berkawan dengan diorang? Muka macam penyangak je.' kutuk dia di dalam hati. Atas bawah Iris lihat penampilan mereka. Hati sudah berbunyi tidak senang.
"Masuklah." Pelawa Iris. Takkan nak biar diorang dekat luar. Kang di kata kurang ajar pula melayan tetamu.
"Eh you all dah sampai? Awalnya." Puan Syari teruja. Baju kasual yang dipakainya tadi Iris lihat sudah Puan Syari tukar. Baju kali ini agak menonjol pandangan mata. Terkejut Iris melihatnya.
"Lauk dah siap. Jom pergi meja makan teruslah." Kata Puan Syari lagi.
"I tak tahu pun yang you ada anak perempuan cantik macamni." Kata seorang lelaki yang berbaju serba hitam itu. Pandangan matanya sedari tadi tidak lekang dari melihat tubuh Iris. Bibir tersungging sinis.
Iris tersengih kecil. Apahal pandang aku macamtu. Jangan sampai aku karate kau. Baru tahu langit tinggi ke rendah. Apa dia ingat dia bagi pandangan menggoda macamtu aku akan cairlah? Woi jantan, kau belum tengok suami aku. Belum bukak mata dah boleh kasi semua cair tau.
Puan Syari ketawa.
"You jangan. Dia menantu I tau. Marah anak I nanti."
"Lah dah kahwin ke. Macam tak kahwin lagi je." Ujar seorang pemuda lagi. Iris yang sedang menyenduk nasi itu dipandang penuh minat. Ini kalau dapat satu malam, syok ni.
"Suami you layan okey ke."
Pervert.
Iris beriak tidak selesa. Kurang ajar betul tetamu ni. Aku halau nanti apa tak dapat. Masakan aku yang sedap ni kau tak dapat, perangai elok pun kau tak dapat.
"Stop it. You all buat dia tak selesa lah." Puan Syari bersuara. Tahu benar demgan riak wajah Iris yang masam mencuka itu.
Dia tidak mahu Iris beriak sedemikian rupa. Terlalu awal Iris. Terlalu awal.
"Aunty dah lama ke kawan dengan diorang tu?" Pulang sahaja mereka bertiga, Iris terus menghembuskan nafas lega. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa dia takut melihat pandangan mereka bertiga terhadapnya. Pandangan gatal dan penuh makna tersirat.
"Takdelah lama sangat. Baru-baru ni je." Selamba Puan Syari berkata. Iris yang sedang mengemas meja itu diperhati. Tiada niat mahu menolong.
Balasan Puan Syari mengundang kerutan di dahi Iris. Baru kenal dah mesra sampai ajak ke rumah bagai. Itu kalau dia tak datang, Puan Syaro seoranglah yang perempuan. Tak takut ke? Pelik betul.
"Iris tak selesa ke?"
Wajah Puan Syari dipandang.
"Sorry aunty. Iris tak biasa je." Wajahnya ditunduk. Dia rasa bersalah. Tidak berniat mahu memandang jengkel terhadap ibu mentuanya.
"Nah it's okay. Dekat Itali, semua benda ni biasa je Iris. Ajak kawan masuk rumah is normal to us. Im tak pernah cerita dekat you?" Puan Syari mula mencucuk jarum.
Iris menggeleng. Jadi Zahin juga berperangai macam ni di Itali?
"Abang buat macamni juga ke dekat sana?"
"Perhaps, yes. Tipulah tak pernah bawak masuk kawan perempuan dalam rumah kan?" Puan Syari tersenyum. Wajah Iris yang berubah mendung dipandang.
"Em aunty. Iris dah habis kemas. Iris rasa nak balik dululah. Abang nak balik dari kerja dah ni." Segera dia capai tas tangan di atas meja. Tidak berniat mahu duduk lama di sini lagi.
"Nak balik dah? Ha yelah. Thank you ye tolong aunty harini." Puan Syari tersenyum sinis.
Agak-agak balik nanti diorang gaduh tak?
YOU ARE READING
SURI HATI MR. HEARTLESS [EDITING]
Romance(Slow update) Tirai diselak kasar. "GOOD MORNING WORLD!" Iris Natasha. Miss terpaling diva abad ini. Setiap lenggok tubuhnya menjadi igauan. Pakaian? Aksesori? Kereta? Rumah? Semuanya melambangkan kemewahan. Kata orang, Iris punya segalanya. "I w...