"Abang, I nak jenguk mama weekend ni boleh?" Zahin yang berada di sofa pantas didekati Iris. Punggung dilabuhkan disitu sebelum pinggangnya pantas di tarik Zahin. Melekap elok dia di dada bidang itu. Merona merah pipinya. Suka sungguh buat tindakan drastik. Hadeh.
"Lagi? Nak pergi mana?" Seperti mengetahui kaki berjalan isterinya itu, pasti takkan singgah di rumah mertuanya sahaja.
"I nak keluar dengan Zana kejap? Dah lama tak borak dengan dia." Iris tersengih.
"Boleh. Lagi?"
"I nak pergi shopping. Boleh?"
"Boleh. Nanti abang bagi duit." Kepala itu digosok.
Yeayy. Baik hati sungguh suaminya hari ini. Memang nasibnya sangat baik. Jadi, dia hanya perlu berkelakuan baik sahaja sebelum tiba hujung minggu. Kalau tak, mahu pak lebai ni ubah fikiran.
"Thank you abang." Digesel-gesel kepalanya di lengan lelaki itu tanda suka. Zahin menerima dengan senang hati. Dia kan bela kucing parsi. Memang rutinlah macam ni.
"Kena bagi hadiah la." Usik Zahin.
"Abang nak apa? Nanti I belikan waktu shopping." Hadiah tu nanti dia belilah pakai duit Zahin hoho apa susah.
"Nak tuuuu." Pandangan mata Zahin yang meliar itu membuatkan Iris menjauhkan jarak mereka. Bahaya. Pak lebai gatal.
"Jangan mengada. I nak tengok kdrama."
Zahin berdecit. Sampai hati dia dicurangi dengan kdrama.
"Nak teman."
"Boleh. Tapi jangan kacau I nak tengok. Nanti tak khusyuk, I tak faham storyline dia. Lepastu nanti satu hapak pun I tak boleh nak teka apa yang jadi." Bebel Iris. Dia dah masak dengan perangai Zahin. Tak boleh dibawa teman.
Zahin mengganguk. Baik cik puan. Hamba janji.
Sepuluh minit selepas perjanjian itu,
"Sayang, nama lelaki tu apa?"
"Song kang." Iris membalas sambil mulutnya mengunyah kuaci. Mata tak lekang dari menilik ketampanan jejaka butterfly itu.
"Bosan la sayang. Laki ni slow sangat."
"Sayang, kalau abang jadi longkang tu, dari awal abang bagitahu dia yang abang suka perempuan tu."
"Abang, kalau bagitahu awal-awal, tak jadilah cerita ni." Bebal sungguh laki ni. Nampak sangat tak pernah tengok drama.
"Cerita lain la sayang." Rengek Zahin.
"Can abang tutup mulut abang kejap? I nak tengok kdrama. Kalau taknak diam, abang jauh-jauh sana." Halau Iris. Jari-jemari Zahin yang bermain dengan lengan Iris itu ditepis perlahan. Kacau daun la pak lebai ni. Geram pula dia.
Zahin membuat muka. Kau jaga lah song kang. Aku revenge nanti. Dasar longkang tak guna. Getam pulak dia tengok bini dia dari tadi dok tersongkang-songkang.
Melihat Iris yang blushing tak henti-henti apabila song kang muncul di kaca televisyen mereka itu membuatkan semangat untuk mencekik song kang itu berganda.
Nak dibandingkan aku dengan songkang, mestilah songkang handsome lagi. Tapi nak ikut maskuliniti, ketampanan, macho, romantik, soft spoken, berani, mestilah aku menang lagi. Buktinya, Iris isteri aku sekarang. Kau?
Kau perlukan 12 episode nak mengorat anak dara orang padahal lepastu jadi girlfriend je.Zahin menggeleng. Apa-apa pun, dia masih menang pertaruhan ini. Namun, Songkang yang tersenyum itu diperhati dengan penuh perasaan dendam di hati Zahin.
"Mama!" Laung Iris apabila dia membuka pintu besar rumahnya itu. Sudah lama tidak pulang. Rindu yang amat dengan katil empuknya walaupun tak seempuk katil mereka di rumah Zahin.
YOU ARE READING
SURI HATI MR. HEARTLESS [EDITING]
Roman d'amour(Slow update) Tirai diselak kasar. "GOOD MORNING WORLD!" Iris Natasha. Miss terpaling diva abad ini. Setiap lenggok tubuhnya menjadi igauan. Pakaian? Aksesori? Kereta? Rumah? Semuanya melambangkan kemewahan. Kata orang, Iris punya segalanya. "I w...