"Morning." Sapa Zahin ketika menuruni tangga kayu menuju ke meja makan.
Riuh rendah. Ada makcik dan maksu sebelah arwah ayahnya yang sibuk membantu Puan Zanirah menyediakan sarapan. Tidak kurang juga yang hanya berborak meriuhkan suasana pagi itu.
Sapaan Zahin di sambut mesra oleh mereka. Bukan senang nak berempat mata seperti ini. Masing-masing sibuk diluar negara tak kurang juga di dalam negara. Jadi dah alang-alang cuti sebab kenduri nikah ni, lanjutkanlah sikit hoho.
"Morning Im. Bini kamu mana?" Maklong yang sibuk membancuh air itu menegur Zahin.
"Dekat dalam bilik lagi, maklong. Dia baru habis mandi."
"Amboi. Baru mandi. Buat apa semalam sampai bangun lewat ni?" Maksu menyakat. Sambil menepuk-nepuk maklong disebelah. Tiba-tiba teringat hari pertama dia nikah dahulu. Alahai rindu pulak.
Maklong hanya tersengih. Maksu korang ni memang gatal sikit.
"Gatal ye anak aku sorang ni." Puan Zanirah menyampuk. Anak dah tiga pun gatal tak habis lagi kalah orang muda.
"Assalamualaikum!" Muncul makngah, pakngah dan seorang anak mereka, Hana.
"Waalaikumsalam."
Hana yang sibuk bersembang dengan makcik Senah di sebelah terhenti apabila melihat Zahin yang duduk di meja makan.
"Assalamualaikum Abang Im." Sapa Hana lembut.
Zahin menjawab salam perlahan.
Makcik Senah dengan selambanya terus menolak Hana untuk duduk di sebelah Zahin. Tubuh tua itu menyenggol-nyenggol Hana agar merapati Zahin. Hana tersenyum kecil.
"Maaflah abang Im semalam Hana tak sempat nak datang kenduri. Harini baru balik dari Kl." Hana berbasa basi.
"Takpe." Balas Zahin, mendatar.
Bukan dia tak tahu, si Hana memang berkenan dengan dia dari dahulu lagi. Tapi dia tolak mentah-mentah. Makcik Senah itupun dari dulu dok ship dia dengan Hana. Rimas lah. Sebelum pergi Itali, meraung-raung Hana nak ikut Zahin ke sana. Katanya takut rindu. Tak senonoh perangai.
Lelaki pujaannya itu dipandang. Zahin tak pernah senyum bila dia datang. Atau lebih tepat, sikit pun Zahin tak pandang dia.
Hana tersenyum hambar. Dia tunggu bertahun untuk Zahin pulang ke sini, alih-alih khabar berita Zahin mahu berkahwin yang dia dapat. Bukan calang-calang orang pulak tu.
Dia sibukkan diri untuk melupakan Zahin. Namun, dia tak boleh. Dia cintakan Zahin. Sangat-sangat.
"Isteri kamu mana?" Makngah bertanya. Lamunan Hana terhenti. Iya mana isteri Zahin? Dari tadi tak nampak.
"I dekat sini." Celah Iris dari belakang Zahin.
"Morning awak." Dikucup pipi Zahin selamba di hadapan semua orang. Zahin terpana. Apa yang merasukimu wahai isteri ku.
Makcik Senah menayangkan muka meluat. Dasar orang Kl tak malu. Maksu dan maklong sudah menutup mulut dan blushing. Tak sangka anak saudara diorang macamni. Bolehla ajak buat geng. Memang sepadan.
Sebenarnya, Iris nampak Hana yang ralit memandang Zahin sejak dia turun ke ruang makan lagi. Dia tak suka perempuan tu. Pandang laki orang macam nak ajak nikah je.
"Morning." Zahin tersenyum lebar. Lain betul layanan isterinya berbanding dalam bilik semalam.
First night diorang?
First night diorang sangat kucar-kacir dengan perangai Iris yang tiba-tiba melalak terkejut lepas ternampak ada lembaga hitam tidur disebelahnya. Ya lembaga hitam itu Zahin.
YOU ARE READING
SURI HATI MR. HEARTLESS [EDITING]
Romance(Slow update) Tirai diselak kasar. "GOOD MORNING WORLD!" Iris Natasha. Miss terpaling diva abad ini. Setiap lenggok tubuhnya menjadi igauan. Pakaian? Aksesori? Kereta? Rumah? Semuanya melambangkan kemewahan. Kata orang, Iris punya segalanya. "I w...