1 | new year, old me

315 29 8
                                    

sebelum anda lepak sini, pastikan anda lepak bittertruth dulu untuk elakkan kecelaruan. harap maklum dan tindakan. hehe.

WAFIYYAH menghirup udara pagi itu dengan tenang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

WAFIYYAH menghirup udara pagi itu dengan tenang. Udara tahun baru walaupun hari ini sudah masuk hari kelima tahun baru tersebut. Walaupun tahun baru, dia masih dirinya yang lama.

Wafiyyah yang sama, Wafiyyah yang pandai masak, Wafiyyah yang tegas dengan Wafa dan yang paling penting, Wafiyyah yang masih single! Haha.

Tak ada apa pun yang berubah kecuali sebuah pokok bunga orkid yang baru ditanamnya minggu lepas. Selain itu, tak ada! Kereta pun, masih kereta sama. Rumah masih sama, kasut je yang baru. Itu pun sebab dapat gaji.

Tiba-tiba, telefon pintarnya menjerit meminta diangkat. Nama Annisa terpapar di skrin telefon. Minah ni mahu apa darinya? Dah lama dia tak menelefon Annisa. Masing-masing sibuk kalah menteri.

“Assalamualaikum, bestie. Kenapa call aku ni?” soal Wafiyyah sambil melangkah keluar daripada biliknya. Punggung dihenyak di atas sofa.

Waalaikumussalam, Wafi. Kau cuti kan? Aku nak ajak jumpa ni. Free tak?” soal Annisa di talian sana. Wafiyyah mengerutkan keningnya.

“Soalan apa ni, Nisa? Hari ni kan Sabtu. Cutilah aku. Nak jumpa dekat mana?” Wafiyyah ketawa kecil sambil kembali menyoal.

“Ala, aku tanya je. Kau kan selalu sibuk. Takut aku menganggu kau pula.” Annisa mula mengarang ayat jauh hati. Perempuan ni dengan drama, mana boleh dipisahkan. Macam suami dengan isteri. Eh?

“Wahai Tuan Puteri, hamba tidak sibuk pada hari ini. Maka, bolehlah hamba menghadap Tuan Puteri,” perli Wafiyyah dengan nada lemah lembut.

Ceh! Okay, nanti lepas Zohor aku datang ambil kau tau. Bukan apa, dah lama aku tak lepak dengan kau. Rindu!” adu Annisa di talian.

“Ya, aku pun rindu kau jugak. Okay, kau jangan lambat. Datang sharp tau!” arah Wafiyyah pula sambil terkekeh ketawa.

Yalah, yalah. Aku hang up dulu. See you! Assalamualaikum.” Tanpa apa-apa, Annisa terus meletakkan panggilan membuatkan Wafiyyah terkebil-kebil. Eh, perempuan ni.

“Waalaikumussalam.” Wafiyyah jawab juga salam Annisa yang sudah lesap.

Selepas itu, azan Zuhur terus berkumandang. Laju-laju, Wafiyyah melangkah masuk ke dalam bilik air bagi mengambil wudhuk.

Doa selepas solat fardu dibaca sebelum diaminkan. Ketukan pada pintu menyedarkan Wafiyyah daripada lamunan. Wafiyyah bingkas bangun daripada duduk lalu melipat sejadah dan telekungnya sebelum membuka pintu.

“Akak bersiap ni nak pergi mana?” soal Wafa sambil memeluk tubuh. Ya, Wafa Ilhami juga masih Wafa yang sama. Yang lainnya, Wafa sudah bekerja. Dah besar! Dah boleh kahwin. Yeay!

Bittersweet [B2] Where stories live. Discover now