22 | gorgeous eyes

164 28 17
                                    

ARUNIKA pamit seketika. Esok, dia bakal menjelma lagi. Tugasnya sudah selesai dan dia menyerahkannya kepada bulan untuk menerangi malam manusia.

Wafiyyah masih belum puas dibuli oleh sanak saudara Wafdan lagi. Eh, bukanlah buli! Sengaja mahu ice breaking kata mereka, sepupu-sepupu serta ibu-ibu saudara Wafdan yang lain.

Semuanya ramah! Ada la beberapa orang yang pendiam tetapi masih cuba berbual, berkenalan dengannya. Lenguh mulut Wafiyyah hendak menjawab. Semuanya melayan Wafiyyah dengan baik.

Membuatkan Wafiyyah rasa dirinya diterima. Bibir mengukir senyuman manis saat jemari mencuit pipi Fatteh, anak kepada sepupu Wafdan iaitu Farrah. Sedari tadi sebenarnya Wafiyyah meriba Fatteh.

Fatteh pula tidak banyak ragam. Hanya bermain dengan ibu jarinya saja. Farrah sudah sarat mengandungkan anak kedua jadi Wafiyyah sengaja mahu menjaga Fatteh sementara Farrah sedang berehat.

“Wafiyyah kerja editor kan? Ha, ni si Umi Aizaa ni dia penulis jugak,” kata Mak Lang Wafdan atau namanya Hajah Umi Kalsom yang duduk tidak jauh daripada Wafiyyah.

“Oh iya ke? Hebatnya!” Wafiyyah memuji sambil mengusap rambut Fatteh.

Umi Aizaa yang sedar namanya disebut hanya tersenyum ke arahnya. Dia sedang menyuap anak-anaknya makan.

Wafdan tika itu pula sibuk berbual dengan sepupu lelakinya di luar rumah bersama bapa saudaranya juga yang turut serta sambil minum kopi. Biasalah, jarang berjumpa. Sekali jumpa, banyak pula cerita.

“Wafiyyah tak nak cerita ke macam mana boleh jumpa Wafdan tu?” Umi Airaa, anak kepada Mak Lang pula bertanya.

Itu dia! Akhirnya, keluar pun soalan paling klise abad ini. Fikiran sudah menerawang ke pertemuan kali pertama mereka di acara pertunjukan fesyen. Takkanlah Wafiyyah hendak membuka cerita yang dia pernah menjadi model tangkap muat dan bertemu dengan Wafdan? Malulah dia!

“Eh Airaa, kamu ni. Wafiyyah malu tu. Dah, tanyalah soalan lain.” Mak Lang menyampuk, memarahi anaknya yang kedua itu. Umi Airaa tersengih sebelum meminta maaf kepadanya.

Mak su Farina iaitu anak bongsu dalam keluarga ibu Wafdan, tiada dalam sesi soal menyoal tika ini. Dia sudah pulang ke rumahnya yang tidak jauh mana. Kalau tidak, mak su Wafdan tu boleh tahan riuh juga mulutnya. Selamatlah Wafiyyah malam itu.

Keluarga Mak long pun sudah pulang jadi yang tinggal hanyalah keluarga Mak Lang yang cucu-cucunya masih riuh rendah bermain di sekitar rumah Wafdan. Farrah dan Kareem pun masih ada. Katanya, bakal pulang sebentar lagi. Hari pun sudah lewat.

“Mak Lang dengan family balik dulu ya, Wafiyyah, Faridah. Ha, laki kamu hilang dah. Tahniah ya, semoga bahagia selalu. Aamiin.” Doa Mak Lang dengan ikhlas sambil memeluk seketika tubuh Wafiyyah.

“Baik, mak lang. Aamiin, terima kasih.” Dia membalas pelukan tubuh tua itu sebelum bersalaman pula dengan anak dan menantu Mak Lang. 

“Sama-sama. Esok jumpa lagi ya.” Mak Lang sudah masuk ke dalam perut kereta suaminya saat Wafiyyah dan ibu Wafdan menghantar mereka ke luar rumah.

Tak lama selepas itu, kereta anak-anak Mak lang laju saja menghilang daripada pandangan.

“Mak Ngah, Farrah dengan Kareem pun nak balik dulu. Terima kasih banyak-banyak dan tahniah pengantin! Esok kita jumpa lagi, terima kasih jagakan Fatteh tadi. Boleh jadi ibu dah Wafiyyah ni.” Farrah tersenyum manis, nampak seri ibu mengandung pada wajahnya.

“Terima kasih jugak, kak Farrah. Hati-hati.” Wafiyyah tersenyum malu saat perkataan ibu disebut. Mereka bersalaman dan berpelukan seketika sebelum Farrah dan keluarganya meminta izin untuk berlalu.

Bittersweet [B2] Where stories live. Discover now