SUBUH awal di Sabah, biasalah. Maghrib pun awal juga, semua waktu solat awal. Jauh beza dengan semenanjung menjadikan Wafiyyah perlu terbiasa dengan hal tersebut sementara beberapa hari berbulan madu di sini.
Berbulan madu? Seram pula Wafiyyah nak menyebutnya. Hujung kaki Wafdan ditepuk beberapa kali, suaminya masih nyenyak dibaluti selimut tebal.
“Abang, subuh dah ni.” Biasanya, lelaki inilah yang kejutkan dia. Mungkin Wafdan penat agaknya. Penat kerana memandu hampir seharian, membawanya ke sana ke sini. Mana tak tumpahnya kasih Wafiyyah kepada dia?
Wafdan menggosok matanya beberapa kali. Wajah turut diraup perlahan sebelum lelaki itu duduk bersila di atas katil, bangun daripada perbaringan. Mamai agaknya.
“Sayang dah lama ke bangun?” soal Wafdan sambil mengusap kepala Wafiyyah, persis seorang ayah. Wafiyyah menghela nafas perlahan, alahai batal wuduknya!
“Tak adalah lama sangat. Baru je. Tu Fiyyah dah hamparkan sejadah. Abang mandilah dulu, Fiyyah tunggu. Jemaah macam biasa.” Wafiyyah tersenyum sambil melipat kain selimut.
“Okay, tunggu kejap eh.” Kejap seorang Wafdan tu kejap betul, lima minit je dah siap. Kebiasaanya, Wafdan akan mandi sebelum subuh sekali. Selepas subuh pula sekali. Rajin Wafdan mandi mengalahkan dia.
Lima minit kemudian, mereka berdua menunaikan solat subuh berjemaah. Khusyuk jadinya Wafiyyah apabila merdu suara Wafdan melafazkan ayat-ayat suci Al-Quran.
Usai jemaah pula, Wafdan mendengarkan bacaan ayat Al-Quran Wafiyyah sambil membetulkan bacaan isterinya. Kadang, terselit juga nasihat ringkas atau kisah-kisah umat Islam terdahulu yang boleh dijadikan pengajaran.
Banyak ilmu yang Wafiyyah dapat daripada Wafdan. Itu yang Wafiyyah keliru tu, dia terkahwin dengan bidadara ke apa? Ini kalau Wafdan boleh baca fikiran dia, mahu kembang macam maggi tu.
“Sayang nak dengar cerita sweet tak?” soal Wafdan sambil mengangkat kening beberapa kali. Wafiyyah yang sedang melipat kain telekung, tak jadi terus. Dia kembali duduk bersimpuh di hadapan Wafdan. Kepala angguk laju.
“Ini cerita Rasulullah dan isteri baginda, Saidatina Aisyah. Cerita ni agak famous dan rasanya sayang pun dah tahu tapi tak apa disampaikan oleh orang yang berbeza so sayang buat-buat tak tahu la eh?” pinta Wafdan pula membuatkan Wafiyyah tertawa.
“Baik, boleh boleh.” Wafiyyah angguk sambil tersengih. Ada-ada saja Wafdan ni.
“Okay, kita mula. Suatu malam ni, baginda Rasullullah balik lewat sikit. Baginda rasanya masa tu jumpa salah seorang sabahat. Baginda ni pun tak mahu ganggu Aisyah jadi baginda tunggu Aisyah dekat depan pintu. Dalam nabi Muhammad tak sedar, Aisyah pun tertidur tunggu baginda depan pintu. Sweet tak?” cerita Wafdan disudahi dengan senyuman.
“Manis, manis sangat! Okay, Fiyyah pulak nak share cerita sweet nabi dengan Aisyah. Nabi dengan Aisyah ni selalu minum daripada gelas yang sama, makan daripada dulang yang sama.” Tersenyum manis Wafiyyah bercerita.
Rasanya Wafdan sudah pun mengetahui cerita-cerita tersebut tapi seperti Wafiyyah, lelaki itu juga berpura-pura tidak mengetahuinya.
“Mereka romantik dengan cara yang sangat sederhana, dengan cara mereka yang tersendiri. Rasullullah mungkin tak limpahkan Aisyah dengan harta dunia tetapi limpahkan dengan harta akhirat.” Tambah Wafdan lagi.
“Betul, setuju sangat.” Wafiyyah angguk kepala berkali-kali.
“Okay, habis dah kita punya sesi bercerita. Sambung dengan sesi teka teki, sayang rasa hari ni kita buat apa?” soal Wafdan pula. Biasalah, segala rancangan tu Wafdan yang pelan. Dia ikut saja.
YOU ARE READING
Bittersweet [B2]
Romance﷽ 𝑩𝒐𝒐𝒌 𝑰𝑰 𝒐𝒇 𝑩𝒊𝒕𝒕𝒆𝒓 𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝑪𝒐𝒍𝒍𝒂𝒃𝒐𝒓𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 𝒘𝒊𝒕𝒉 @𝒊𝒄𝒉𝒂𝒍𝒎𝒉 Beberapa tahun berlalu, kisah mereka yang belum dimulakan sudah terhenti. Awan juga sudah lelah meneka hati dan perasaan dua jiwa ini. Ada permulaan...