24 | our day

156 26 25
                                    

DEWAN utama Emerald Resort, Kuala Terengganu itu gamat dengan alunan selawat dan juga suara-suara tetamu tetapi masih alunan selawat itu yang mendominasi segala bunyi tika ini.

The perks of being Wafdan Imdad. Buat majlis pun di resort sendiri!

Ada pasangan yang berjalan di atas karpet merah, bergandingan tangan untuk duduk bersanding di atas pelamin. Makin tebal wajah Wafiyyah apabila mata-mata mula memandang ke arah mereka.

Lupa pula yang suaminya seorang model yang boleh tahan terkenal. Tak cukup dengan itu, suaminya seorang pengusaha resort pula. Mana tak terkenalnya? Pula tu, wajah Wafdan pernah terpampang dalam majalah. Majalah apa, tidak pula Wafiyyah tahu.

Seperti yang ditulis di dalam tentatif olehnya dan ibu, mereka akan bersanding selama tiga puluh minit dan akan bergambar dengan tetamu selama tempoh itu. Tiga puluh minit jugalah Wafiyyah perlu senyum. Kebas otot pipi!

Kemudian, mereka akan makan pula. Tempoh makan tidak ditulis. Takut tercekik agaknya. Menu yang disediakan pula cukup buat Wafiyyah kecur liur sendiri. Selepas makan, mereka akan melayan tetamu pula.

Setelah itu, barulah mereka akan berehat seketika sambil melaksanakan solat zuhur terlebih dahulu. Nampaknya, hari ini akan menjadi hari yang sangat panjang. Tapi, bahagia!

Dalam pukul 4 petang, mereka berdua akan photoshoot gambar kahwin pula untuk dijadikan album.

Hiasan pelamin yang minimalis dengan gaya moden iaitu campuran warna krim dan putih menjadikan mereka berdua makin menyerlah dek warna baju yang sengaja dipilih kontra. Hiasan di dalam dewan pula berwarna off white dan light blue, serta krim.

Ringkas namun cantik!

Wafdan tidak melepaskan tangan isterinya, dia setia membantu Wafiyyah berjalan menuju ke pelamin mereka. Baru seminit dua punggung berlabuh di situ, sudah ada beberapa buah keluarga yang mahu bergambar dengan mereka.

Rata-rata daripada mereka, langsung Wafiyyah tidak kenal. Orang yang berpangkat kan? Wafiyyah hanya orang biasa, bukan golongan korporat mahupun orang business.

"Lenguh pula senyum lama-lama ni." Wafdan bersuara, merungut namun bibir itu masih tersenyum.

"Kan! Me too. Wafdan nak air?" soal Wafiyyah, ingin turun seketika daripada pelamin.

"Nak, tapi biar Dan je turun." Wafdan sudah bangun sambil membetulkan baju kemeja dan coat yang dipakai olehnya.

"Kita turun sama-samalah, saya malu." Wafiyyah tersengih sebelum mengikuti langkah Wafdan.

"Your drink." Wafdan menghulurkan segelas cawan dan mereka duduk di sebuah meja seketika.

"Dan nak pergi tandas kejap, jangan pergi mana-mana tau. Wait for me!" Arahan Wafdan dibalas dengan anggukan. Aye, aye, suami!

Alang-alang, Wafiyyah mencuci matanya dengan melihat menu yang ada. Daripada menu berat, sederhana hingga ke ringan semuanya ada! Menu berat, ada nasi minyak bersama ayam masak merah serta hidangan lauk yang lain seperti ayam masak kicap dan daging masak merah.

Menu sederhana pula ada nasi goreng, pasta goreng, serta bihun goreng. Ayam goreng pun ada! Menu ringan atau pencuci mulut pula ada pavlova, croissant, cookies semestinya dan bermacam lagi manisan.

"Kau lapar ke, babe?" soal satu suara yang membuatkan kedua-dua bahu Wafiyyah terangkat.

Wafiyyah menepuk bahu pemilik suara itu dengan kuat. Ikutkan hati, nak kasi penampar tapi dia kasihan pula.

Bittersweet [B2] Where stories live. Discover now