WAFIYYAH pulang awal dari tempat kerja pada hari itu dek kerana Wafa menghubunginya dan mengkhabarkan padanya bahawa mereka mempunyai tetamu. Siapa? Boleh pulak Wafa jawab rahsia! Geram Wafiyyah.
Jadi, kelam-kabut dia pulang dan sebelum itu sempat dia memberitahu rakan sekerjanya Marissa dan Layla. Tentulah awal-awal lagi dia sudah memberitahu kepada bos besar. Lebih kurang, emergency leave.
Pulang-pulang saja, sudah ada empat pasang kasut asing di hadapan rumahnya. Terus rasa jantungnya mahu tercabut apabila empat pasang mata memandangnya sambil tersenyum.
Harap-haraplah Wafiyyah tidak berpeluh sakan dan masih wangi. Kalau tak, tercalar maruah dia. Ceh!
Dan, ada seorang lelaki yang kelihatan muda beberapa tahun daripadanya sedang duduk di atas kerusi roda dan tersenyum ikhlas ke arahnya. Sebelah lelaki itu pula, ada seorang lelaki yang kelihatan sebaya dengan ibu Wafdan. Agaknya inilah pakcik saudara Wafdan gamaknya.
Wafiyyah menyimpan dahulu rasa terkejutnya dan laju saja bersalaman dengan Puan Faridah yang dia sudah mesra memanggil sebagai ibu.
Pada Wafdan dan adiknya, Wafiyyah sedekahkan sekuntum senyuman. Rasanya itulah Calif Ifwat yang pernah diceritakan oleh Wafdan padanya.
"Aunty dengan uncle sihat ke? Susah-susah je jauh-jauh datang ke mari." soal Maksu Bahiyah, mula beramah mesra sambil menjamu keluarga itu menjamah.
Wafiyyah pula duduk dengan penuh tertib di sebelah Maksunya. Wafa pula duduk di sebelah kanan maksunya.
"Sihat alhamdulillah. Tak ada susahnya, Bahi. Lagipun, kami sekeluarga yang ada hajat di sini jadi wajarlah keluarga kami yang perlu ke sini." Puan Faridah membalas penuh berbahasa dengan senyuman manisnya.
"Alhamdulilah, sihat." Encik Yaakob membalas pertanyaan Bahiyah.
"Apa hajatnya tu aunty?" Bahiyah pura-pura bertanya walaupun sudah tahu. Biasalah, dia hanya mengikut adat resam orang Melayu.
"Izinkan uncle berpantun sikit ya." Encik Yaakob sudah tersengih. Gigih sebenarnya dia mencari pantun yang sesuai untuk merisik.
"Silakan, uncle." Bahiyah dan Wafa tertawa halus manakala Wafiyyah hanya mempamerkan senyuman. Berdebar jugak sebabnya selepas ini dia akan menjadi tunangan orang. Entahlah untuk tempoh yang berapa lama.
"Cantik sungguh Dang Anum, bersanggul dengan gegetarnya, buah masak sudahkah ranum, bunga di taman sudahkah berpunya?" Encik Yaakob mula berpantun membuatkan seisi rumah menahan tawa.
"Bunga yang fresh dari ladang ni belum berpunya lagi, uncle." Bahiyah menjawab selamba membuatkan Wafiyyah menepuk pehanya dan seisi rumah memuntahkan tawa. Alahai!
"Kejap, ada satu lagi." Encik Yaakob ketawa kecil. Boleh tahan sense of humor pakcik saudara Wafdan ni. Seperti anak saudaranya la.
"Kumbang mengintai di laman, hinggap mencari pasangan, bunga kembang di dalam taman, hendak kami sunting dalam jambangan." Encik Yaakob menyudahi pantunnya dengan tawa kecil disambut oleh Puan Faridah.
"Boleh sangat!" Bahiyah menjawab pantun tersebut.
"Eh, Bahi. Cuba balas dalam pantun pula," pinta Encik Yaakob membuatkan Bahiyah tersenyum kelat. Eh, dia pulak kena!
"Alamak, saya kalah tau dalam pertandingan pantun zaman sekolah dulu." Bahiyah tersengih sambil menggaru kepalanya yang mula gatal.
"Tak apa, cuba je!" Puan Faridah memberi galakan pula. Wafiyyah dan Wafa yang berada di sisi Bahiyah pula sudah tersenyum simpul. Tinggal tawa je belum berdekah! Tetamu pulang nanti, sakan mereka gelakkan Mak su mereka.
YOU ARE READING
Bittersweet [B2]
Romance﷽ 𝑩𝒐𝒐𝒌 𝑰𝑰 𝒐𝒇 𝑩𝒊𝒕𝒕𝒆𝒓 𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝑪𝒐𝒍𝒍𝒂𝒃𝒐𝒓𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 𝒘𝒊𝒕𝒉 @𝒊𝒄𝒉𝒂𝒍𝒎𝒉 Beberapa tahun berlalu, kisah mereka yang belum dimulakan sudah terhenti. Awan juga sudah lelah meneka hati dan perasaan dua jiwa ini. Ada permulaan...