HARI terakhir di Sabah maka Wafiyyah dan Wafdan mengambil peluang sebaiknya untuk shopping di Pasar Gaya serta Pasar Filipina. Semuanya untuk orang-orang di semenanjung juga. Mahu belikan ole-ole dan makanan Sabah buat mereka.
Di Pasar Gaya, harganya memang sedikit tinggi berbanding pasar-pasar yang lain. Tetapi, masih ramai pengunjung datang bertandang ke pasar ini tanpa henti-henti. Mungkin daripada golongan bukan marhaen agaknya. Haha.
“Sayang nak aiskrim?” soal Wafdan apabila matanya tertangkap sebuah lori yang menjual aiskrim pelbagai perisa. Tidaklah ramai mana yang beratur sementalah jam menunjukkan masih awal pagi.
“Nak!” Laju Wafiyyah anggukan kepala dengan mata yang sudah bersinar-sinar. Wafdan ketawa kecil dengan reaksi Wafiyyah. Suka sangat dengan makanan manis-manis walaupun diri tu dah cukup manis. Haha.
“Jom pergi sana.” Wafdan menunjuk ke arah sebuah lori yang menjual aiskrim. Laju Wafiyyah berjalan. Punyalah tak sabar tu!
“Bang, aiskrim keladi satu, aiskrim coklat satu.” Wafdan terlebih dahulu memesan dan mereka duduk di sebuah kerusi yang disediakan oleh penjual.
“Siap! Kau orang berdua ni baru kahwin ka?” soal lelaki yang kelihatan sebaya dengan Wafdan itu dengan loghat Sabah yang tidaklah pekat mana. Mungkin kerana berbual dengan orang Semenanjung agaknya.
“Haah, adalah dalam tiga ke empat bulan.” Wafiyyah menjawab sambil bibirnya mengukir senyuman ikhlas sambil tangan memeluk bahu Wafdan. Wafdan tersenyum suka. Halah, halah!
“Oh, baru lagilah ni. Tahniah, ya. Sabah ni banyak tempat cantik-cantik, ba. Sesuailah kau orang nak berbulan madu di sini.” Ramah lelaki tersebut membalas.
“Betul, bang.” Wafdan anggukan kepalanya tanda setuju.
“Nah, aiskrim kau orang. Enjoy! Ni ada nak pergi mana-mana lagi ka? Ka mau balik Semenanjung sudah?” soalnya lagi. Ha, memang kategori betul-betul ramah ni.
“Haah, nak balik Terengganu dah. Best sangat Sabah ni, rasa macam tak nak balik je.” Wafiyyah membalas sambil menyambut aiskrim yang dihulur oleh Wafdan.
“Oh, tak apalah nanti datanglah lagi bila-bila kau orang mau.” Lelaki itu membalas pula sambil tersenyum nipis. Segak-segak orang dekat Sabah ni cuma yang lagi segak tu tentulah Wafdan.
Ceh!
“Okay, bang. Gerak dulu eh.” Wafdan menutup perbualan pula dengan senyuman ikhlas.
“Hati-hati,” pesan lelaki itu dan pasangan sejoli itu serentak saja menganggukkan kepala.
“Kita duduk, makan bagi habis dulu eh? Lepas ni kita pergi Pasar Filipina pulak. Situ banyak lagi pilihan, murah pun murah.” Wafdan mencadang pula seperti langsung tidak tahu erti penat. Di lapangan terbang nanti, mereka perlu pulangkan kereta sewa pula.
“Boleh, boleh.” Wafiyyah angguk saja, khusyuk melayan aiskrim. Biasalah dia, kalau sudah dapat makanan orang lain pun dia layan mahu tak mahu saja.
“Comot tu, yang.” Wafdan laju saja mencapai tisu dan mengelap hujung bibir Wafiyyah yang comot dengan aiskrim. Wafdan punya pula, laju saja habis.
Dup dap dup dap.
Habis memerah pipi Wafiyyah dek kerana malu. Wafdan ni sengaja bikin dia sakit jantung!
“Terima kasih, dah jom balik. Nanti kita lambat pulak nak sampai airport.” Demi menutup malu, laju saja Wafiyyah mengalih topik.
“Sama-sama, yang. Eleh, malulah tu!” Wafdan memicit pucuk hidung Wafiyyah yang tidak mancung. Makin tak mancung kalau Wafdan selalu picit! Wafiyyah hanya diam dengan pipi yang memerah. Cet!
PASAR Filipina, lain pula cerita. Di sini, pelbagai jenis kraftangan yang lebih menarik terjual dengan harga yang sungguh berpatutan. Semestinya t-shirt dengan perkataan I Love Sabah harusnya dijual.
Perkara pertama yang Wafiyyah terlihat ialah t-shirt dengan kartun Nemo. Laju saja Wafiyyah menarik Wafdan ke kedai tersebut.
Dibelinya beberapa pasang untuk dirinya dan Wafdan serta anak-anak buah Wafdan. Bukan kartun Nemo saja yang dia beli, adalah gambar penyu, menara, pantai dan sebagainya. Nanti orang kata boria lah pula.
Wafdan pun ikutkan sajalah isterinya. Pasrah walaupun hati tidaklah seberapa rela mahu memakai baju yang dibeli oleh Wafiyyah. Manalah kena dengan dia yang sado ni? Ceh! Tapi dah namanya sayang bini, ikutkan sajalah.
Mereka juga memborong pelbagai makanan kering untuk dibawa pulang buat Puan Faridah, ibu mentuanya. Puan Faridah ada juga memesan kuih cincin serta kuih lapis maka laju saja Wafiyyah membeli banyak buat ibunya.
“Abang, tengok tu. Apam balik dekat sini orang panggil kuih Terang Bulan eh? Unik betul.” Wafiyyah tertawa kecil sambil memikirkan di mana logiknya orang Sabah memanggil Apam balik itu dengan nama Terang Bulan? Orang Sabah, tolong jangan serang dia.
“Eh, gelak pula dia. Haah la kut. Nak beli ke?” soal Wafdan dan Wafiyyah mengangguk lagi. Hendak jugalah merasa kuih apam balik versi Sabah.
“Okay, kejap. Sayang pergilah tengok belah sana kejap, lepas tu datang sini balik eh? Abang tunggu sini,” suruh Wafdan pula dan Wafiyyah menurut. Dia faham yang Wafdan mahu mereka lebih cepat membeli dek kerana kesuntukan masa.
Rambang mata Wafiyyah melihat pelbagai jenis mutiara yang terjual di dalam bentuk cincin, gelang, rantai dan mutiara pun dijual sekali. Kata rakannya yang merupakan orang Sabah, itu adalah perkara biasa.
“Adik, mau beli ka?” soal seorang wanita, yang kelihatan sebaya dengan ibu mentuanya. Walaupun sudah tua, wanita di sini masih cantik dan bertenaga.
Wafiyyah menggeleng sambil tersenyum. “Tak apa, saya tengok-tengok saja.” Wafiyyah menjawab perlahan.
Wafiyyah sudah bertekad, duitnya memang dihabiskan untuk makanan, suami dan buku saja. Err... Part suami tu Wafiyyah ada belikan hadiah hari lahir.
Beberapa minit kemudian, Wafiyyah kembali ke gerai yang menjual apam balik tadi. Ternyata, Wafdan ada di situ dan menunggunya. Wafiyyah tersengih sambil memaut lengan suaminya.
“Ada nak beli apa-apa lagi tak, sayang?” soal Wafdan kepadanya dan Wafiyyah membalas dengan menggeleng kepala.
“Okay, then. Kita balik dulu eh. Hari pun nak hujan dah ni. Sebelum tu, abang nak ambil gambar kejap.” Wafdan mengeluarkan telefon pintarnya daripada poket celana lalu mengambil beberapa keping gambar Pasar Filipina dan semestinya gambar Wafiyyah terselit sama.
“Nanti bolehlah cuci gambar ni, letak dalam album. Bolehlah anak-anak nak tengok nanti, ibu dengan baba dia borong macam tak nak datang Sabah dah,” bicara Wafdan sambil tertawa membuatkan Wafiyyah yang malu tak sudah.
Err... Anak-anak? Gaya macam ramai tu! Tapi, ibu dengan baba? Comelnya! Wafiyyah tak henti senyum pula.
“Okay, dah jom.” Wafdan menarik perlahan lengan Wafiyyah apabila pasar Filipina mula sesak dengan pengunjung. Terasa seperti berada di Manila la pula.
Wafdan terus memandu membelah jalanan untuk ke lapangan terbang. Oh, masanya untuk pulang ke tempat asal.
Negeri Sabah di bawah bayu, memang indahnya yang tak ada di tempat lain. Lebih-lebih lagi, pelbagai jenis pulau yang Allah anugerahkan. Suatu hari nanti, akan dia kembali ke sini demi menggamit segala memori.
TBC
070922okay dah jom balik. nanti hanis buat gallery bolehlah korang usya gambar dekat Sabah ni. tapi nantilah , tamat nanti ea. lepas ni cornflake eh hehe get ready sekmu.
YOU ARE READING
Bittersweet [B2]
Romance﷽ 𝑩𝒐𝒐𝒌 𝑰𝑰 𝒐𝒇 𝑩𝒊𝒕𝒕𝒆𝒓 𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝑪𝒐𝒍𝒍𝒂𝒃𝒐𝒓𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 𝒘𝒊𝒕𝒉 @𝒊𝒄𝒉𝒂𝒍𝒎𝒉 Beberapa tahun berlalu, kisah mereka yang belum dimulakan sudah terhenti. Awan juga sudah lelah meneka hati dan perasaan dua jiwa ini. Ada permulaan...