HAMPIR seminggu di sini, buatkan Wafiyyah berasa tak puas menetap di sini beberapa hari saja. Ada rezeki, pasti dia akan ke tanah Kemboja lagi. Setelah beberapa hari melawat rumah-rumah anak yatim dan sebuah sekolah rendah, hari ini mereka akan berjalan-jalan pula keliling Phnom Penh.
Tempat pertama yang mereka jejak adalah Royal Palace. Royal Palace adalah salah satu tempat yang menempatkan segala sejarah di Kemboja.
Disebabkan Kemboja ni menggunakan matawang Riel dan USD, bayaran yang perlu dibayar adalah sebanyak 10 USD bagi orang dewasa.
Di dalam muzium tersebut, bermacam-macam jenis pameran yang ada. Wafiyyah mengambil peluang yang ada untuk melihat segala jenis seni bina yang sudah berkurun lamanya.
Puas mengambil gambar, Wafiyyah menatap dengan matanya sendiri pula. Kagum dengan seni bina Khmer yang bercirikan klasik, dengan budaya mereka yang tersendiri.
Puas bergambar di situ, Kak Dhian yang menjadi ala ala tour guide pada hari itu mengajak mereka ke sebuah galeri bernama The Gallerists yang terletak di jalan 240. Makin berkobar-kobar semangat Wafiyyah. Tak sabar melihat pelbagai jenis seni di sana.
Dekat saja rupanya jarak ke sana. Mereka semua menaiki dua buah van memandangkan jumlah orang yang mengikuti misi kemanusiaan ini boleh tahan ramai.
Tiba saja di The Gallerists, seolah mata Wafiyyah bersinar-sinar saat ini. Galeri ini bercirikan konsep mewah yang tampak sangatlah moden. Makin teruja Wafiyyah hendak melangkah masuk.
"Jomlah masuk. Kau tunggu siapa, Wafi?" soal Marissa apabila Wafiyyah hanya terkaku di hadapan pintu masuk dengan mulut yang melopong. Sikit lagi boleh masuk lalat!
"Eh, jom jom. Tak tunggu siapa pun." Wafiyyah tersengih malu.
Masuk-masuk saja, Wafiyyah terus menatap satu persatu lukisan yang terdapat di dalam The Gallerists itu. Cuba memahami makna yang mahu disampaikan oleh pelukis-pelukis tersebut.
Sebelum dia menjadi mangsa Marissa yang asyik menyuruh Wafiyyah mengambil gambarnya, baik Wafiyyah menghayati seni di dalam galeri ini dulu.
"Cantik kan?" soal satu suara membuatkan Wafiyyah memalingkan wajahnya ke arah belakang dan mendongak memandang pemilik suara itu.
Tinggi betul. Kecik-kecik makan kacang panjang agaknya.
"Cantik!" Wafiyyah laju saja mengiakan soalan Wafdan.
"Awak pun cantik." Perlahan saja suara lelaki itu tapi mampu didengari oleh Wafiyyah membuatkan pipi Wafiyyah mula merasa kebas.
Sempat pula lelaki ini jual minyak dekat sini ya? Nak luruh jantung Wafiyyah dibuatnya.
Wafiyyah bergerak ke arah pameran lukisan yang lain pula namun Wafdan tidak berganjak. Lelaki itu setia mengikutinya sambil seronok mengambil gambar.
"Wafiyyah?" panggil lelaki itu pula. Sudahlah mengekor saja Wafiyyah sedari tadi. Mahu saja Wafiyyah back hand mamat ni.
"Ya?" Marah-marah pun, Wafiyyah layankan saja Wafdan.
"Senyum!" Klik! Tanpa izin, selamba saja Wafdan mengambil gambar Wafiyyah yang tak berapa bersedia tu. Makin merah pipi Wafiyyah jadinya.
"Hei! Saya saman awak baru tahu." Kata-kata Wafiyyah membuatkan Wafdan ketawa berdekah. Eh, eh bahagianya!
"Tapi saya tak makan saman. Saya makan nasi." Kenyitan mata diberi sekali pada Wafiyyah.
Jawapan Wafdan membuatkan Wafiyyah mendengus lalu menjeling ke arah lelaki itu. Suka hati awaklah, Wafdan. Asal kau bahagia!
DESTINASI ketiga pada hari tu, Kak Dhian menunjukkan arah ke Central Market. Pasar terbesar di situ. Daripada barang-barang basah, barang-barang kering, cenderamata, pakaian, perhiasan semuanya ada di situ. Tak hairanlah kalau pasar ini menjadi tumpuan.
Orang yang paling gembira, Marissa la siapa lagi? Wanita itu awal-awal lagi sudah bergandingan dengan Kak Dhian di hadapan sebaik saja turun daripada perut van. Wafiyyah ni, hampir patah dah kaki. Letih berjalan!
Mahu saja dia duduk sambil tidur seketika di dalam van tapi tak seronoklah nanti! Peluang untuk ke sini hanya la saat ini saja. Bukan senang Wafiyyah hendak ke sini lagi. Jadi, tak mahulah Wafiyyah melepaskan peluang itu.
"Awak nak beli apa, Fiyyah?" soal satu suara garau yang Wafiyyah sudah kenal siapa pemiliknya.
"Awak ni, terkejut saya. Muncul tiba-tiba macam tu." Wafiyyah mengurut dadanya perlahan. Wafdan ni, macam hantu!
"Sorry!" Wafdan tersengih. Tak sangka pula Wafiyyah akan terkejut padahal sedari tadi Wafdan mengekori Wafiyyah. Wafiyyah je tak perasan!
"Tak apalah. Ni kenapa awak ikut saya? Mana Tengku Raiyan?" soal Wafiyyah. Mata meliar mencari susuk tubuh Tengku Raiyan yang tinggi ragam.
"Tengku Raiyan sibuk dating dengan wife dia. Saya tak nak kacau dia, saya nak kacau awak," jawab Wafdan sambil mengukir senyuman menawan.
"Awak ni, sakit ke apa?" soal Wafiyyah dengan kening yang sudah berkerut. Risaulah dia dengan Wafdan. Makin hari, makin pelik. Lelaki di hadapannya ini memang perlu buat check up.
"Sakit jugaklah." Wafdan menayang wajah sedih, sengaja mahu memancing Wafiyyah.
"Kenapa? Sakit dekat mana?" Sakit dekat otak ke, itu yang macam mereng semacam je Wafdan ni.
Wafiyyah soal dengan kening yang terangkat sambil tangan sibuk membelek cenderamata untuk dibeli.
"Saya jatuh." Wafdan jawab sambil membelek cenderamata yang dipegang Wafiyyah. Ingat nak belanja Wafiyyah satu kedai ni, Wafiyyah mahu tak agaknya?
"Jatuh? Bila?" Wafiyyah menyoal lagi. Layankan jugaklah sakit Wafdan ni.
"Tadi. Saya jatuh cinta!" Wafdan ketawa sambil tersengih lebar. Bahagia sangat nampaknya.
"Ish, merepek tak sudah." Wafiyyah menjeling sekilas ke arah Wafdan. Tak habis-habis merapu lagi nampaknya lelaki ini.
"Gurau je! Wafiyyah, cantik tak cincin ni?" Wafdan menyoal sambil menunjukkan sebentuk cincin.
Wafiyyah angguk kepalanya sekali. Cantik walaupun gayanya ringkas dengan warna silver. Simple but nice.
"Cantik kan? Kalau awak nak, awak kena kahwin dengan saya dulu. Nak tak?" Wafdan dengan muka tembok bertanya. Wafiyyah pula sudah tersedak.
Direct betul Wafdan ni. Tak ada simpang siur, main jalan je! Hampir pengsan Wafiyyah.
"Kidding! Awak nak air ke? Saya belikan." Dan, sengihan Wafdan masih tak hilang. Boleh pula dalam hiruk pikuk di pasar itu, Wafdan berlawak tentang hal yang bukan gurauan dengannya.
Nak aje Wafiyyah pelangkung Wafdan ni!
"Tak perlu. Lain kali jangan bergurau macam tu. Boleh sakit jantung tahu? Dah, saya nak pergi bayar." Wafiyyah menjeling tajam ke arah lelaki itu.
"Lepas tu, aku kena terus masuk meminang ke apa? Kalau masuk meminang, risau Wafiyyah sakit jantung pulak. Pening!" Wafdan berbisik sendirian.
Macam manalah nak cairkan hati Wafiyyah ni ya? Beku betul mengalahkan dia yang lelaki! Atau, Wafiyyah mahu menutup malu. Dan, hari itu Wafdan tersenyum lebar hingga ke telinga. Benar-benar bahagia!
TBC
270322saya ikut nasihat bitterfighters semua yang jawab dekat bab lepas. terima kasih semua, sayangggg anda! 🤍🤍🤍
YOU ARE READING
Bittersweet [B2]
Romance﷽ 𝑩𝒐𝒐𝒌 𝑰𝑰 𝒐𝒇 𝑩𝒊𝒕𝒕𝒆𝒓 𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝑪𝒐𝒍𝒍𝒂𝒃𝒐𝒓𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 𝒘𝒊𝒕𝒉 @𝒊𝒄𝒉𝒂𝒍𝒎𝒉 Beberapa tahun berlalu, kisah mereka yang belum dimulakan sudah terhenti. Awan juga sudah lelah meneka hati dan perasaan dua jiwa ini. Ada permulaan...