MASUK saja waktu solat fardhu Zuhur, mereka berhenti di sebuah masjid yang bernama Masjid Al Serkal. Memang cantik masjid ini, berwarna silver. Laju saja Wafiyyah mengambil gambar masjid tersebut dengan kamera telefon pintarnya.
Di luar masjid tadi, ada yang menjaja makanan. Kak Dhian ada kata, yang dekat area kawasan masjid ini ada banyak restoran yang halal.
Kaum hawa masuk ke dalam bahagian muslimat, kaum adam pula masuk ke dalam bahagian muslimin.
Alang-alang sudah berada jauh di negara Kemboja, Wafiyyah jamakkan saja solat zuhur dan asar. Supaya nanti tidaklah tergesa-gesa.
Lagipun, rancangan mereka selepas ni hendak ke Koh Dach Beach Resort. Mereka akan check out di hotel dahulu sebelum ke sana. Makin teruja la yang perempuan. Tak sabar nak melihat matahari terbenam nanti.
Selesai mengambil wuduk, doa dibaca dan dia terus menyarung telekung. Takbir diangkat dengan penuh khusyuk sehinggalah selesai menunaikan solat.
Selesai beribadah, tibalah masa untuk mengenyangkan perut. Kak Dhian pula asyik menyebut nasi ayam ketika mereka hendak solat tadi. Lapar Wafiyyah dibuatnya. Mujur masih menyimpan stok roti di dalam beg.
Tiba di sebuah restoran makanan halal, masing-masing hanya memesan nasi ayam. Bukan seorang dua, hampir semua memesan nasi ayam!
Betul-betul bersepakat ni. Mereka mengambil gambar kenang-kenangan dahulu sebelum menjamu selera.
Wafiyyah seronok juga mengumpul pengalaman baru bersama mereka yang langsung tidak kekok untuk mengajar dan menasihat.
Lagi, tak segan juga untuk bergurau satu sama lain. Yang tua, dianggap seperti kakak dan abang. Yang muda, dianggap seperti adik-adik saja.
“Sedap?” soal Wafdan yang entah bila, Wafiyyah pun tidak menyedari lelaki itu duduk di hadapannya.
Sebelah Wafiyyah pula, ada Marissa yang sibuk mencuit pinggangnya. Ada juga yang kena pelangkung tengah-tengah restoran ni jugak karang.
“Sedap.” Wafiyyah menganggukkan kepalanya ikhlas. Memang sedap rasa nasi ayam itu.
Tidaklah sesedap di Malaysia tetapi boleh dikatakan sedap. Biasalah, duduk di negara orang. Mana nak dapat rasa yang serupa? Begitu juga dengan pengalaman. Duduk di negara orang, pastinya mendapat pengalaman yang berbeza.
“Nak tambah?” Wafdan menyoal sambil mengukir sengih.
“Tak.” Wafiyyah laju saja menggeleng. Yang dia makan sekarang ni pun belum habis. Ini pun dia rasa dah cukup banyak. Malulah nak menambah lagi.
“Okay.” Wafdan sambung makan dan tidak lagi memerhatikan wajah Wafiyyah. Seronok dia mengusik Wafiyyah, suka melihat wanita itu merah wajahnya menahan malu.
Terasa lengannya disiku, Wafdan mengangkat wajah dan memandang orang di sebelahnya. Tengku Raiyan rupanya.
“Aku tengok kau dari day one cuba nak try dia tu. Berkenan eh?” soal Raiyan dengan nada berbisik sambil tersenyum-senyum memandang Wafiyyah dan Wafdan silih berganti.
Sepadan sangat! Ada jugak yang dia kahwinkan kejap lagi.
“Lama dah berkenan.” Wafdan menjawab perlahan sambil tersenyum. Hampir dua tahun dia menyimpan rasa.
Kali ini, memang Wafdan akan tunjukkan pada Wafiyyah yang dia ikhlas dengan wanita itu. Oh Wafiyyah, pandanglah kanda. Dengarkanlah suara hati kanda. Okay, cukup Wafdan!
Wafiyyah yang terasa dirinya dipandang, laju mengangkat wajah. Tak ada pun. Wafdan dan Tengku Raiyan yang tiba-tiba sesat duduk di hadapannya tadi elok saja sedang makan. Perasaan saja kut!
YOU ARE READING
Bittersweet [B2]
Romance﷽ 𝑩𝒐𝒐𝒌 𝑰𝑰 𝒐𝒇 𝑩𝒊𝒕𝒕𝒆𝒓 𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝑪𝒐𝒍𝒍𝒂𝒃𝒐𝒓𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 𝒘𝒊𝒕𝒉 @𝒊𝒄𝒉𝒂𝒍𝒎𝒉 Beberapa tahun berlalu, kisah mereka yang belum dimulakan sudah terhenti. Awan juga sudah lelah meneka hati dan perasaan dua jiwa ini. Ada permulaan...