SETELAH sekian lama tak berjumpa dengan ibunya, dapat juga Wafdan bertemu sepasang mata redup milik ibunya yang sentiasa menghadirkan ketenangan di dalam hati.
Pesan ibunya, kalau nak cari isteri. Carilah seseorang yang bila kita pandang dia, hati pun jadi tenang. Dan, ketenangan itu turut ada pada Wafiyyah. Entah apa magis yang Wafiyyah berikan padanya sampai Wafdan terpaut pada pemilik mata itu.
Hebat sungguh kuasa cinta. Dari mata, turun ke jiwa. Dari jiwa, hingga ke syurga. Moga-moga. Semua, tolong aminkan!
“Assalamualaikum, ibu!” Wafdan memberi salam saat masuk ke dalam rumahnya.
Tiada angin tiada ribut, ibu turun padang ke rumah bujangnya. Mujurlah masih ada barangan dapur dan barangan basah, kalau tak habis telinga kena piat!
“Waalaikumussalam, anak bertuah!” Puan Faridah yang sibuk di dapur tadi, muncul di ruang tamu sambil membalas pelukan anaknya.
Anak bertuah la sebab duduk di negara orang dan selepas tu boleh pula menyuruh keluarganya di Malaysia meminang anak dara orang?
Pening kepala Puan Faridah dibuatnya! Kelam-kabut dia dan Calif bertolak ke Johor. Mujurlah Wafdan ada tinggalkan cincin yang dia belikan buat pilihan hatinya itu. Kalau tak, memang haru!
“Sorry ibu.” Wafdan tayang sengihan yang langsung tak cute di mata ibunya.
“Tak ada sorry sorry! Ni dah makan ke belum?” Marah-marah Puam Faridah pun, hal perut anaknya memang diambil berat.
“Belum. Dan simpan space untuk masakan ibu.” Wafdan tersengih-sengih lagi sambil menarik bagasi miliknya. Mata meliar-liar mencari susuk tubuh Calif Ifwat.
“Mengada! Adik kamu tu dalam mini library kamu. Macam tak kenal dia tu, suka membaca.” Puan Faridah yang seolah memahami siapa yang dicari Wafdan, terus memberitahu.
“Oh, okay ibu! Kejap eh, Wafdan nak solat dulu kejap lagi Wafdan makan dengan ibu.” Wafdan meminta diri sebelum memasuki biliknya untuk berehat dan mendirikan solat Zuhur. Tak baik melewat-lewatkan!
Setelah membersihkan diri dan mengeringkan rambut yang sedikit basah, Wafdan menyarung jubah berwarna putih pada tubuhnya.
Wafdan menilik dirinya dihadapan cermin. Rambut yang kusut masai dibetulkan sedikit. Ha, ini yang malas nak pakai jubah ni. Sekali pakai, kacak bukan main! Astaghfirullah, tak baik Wafdan!
Penat memerah santan, Wafdan membentangkan sejadah dan mula hanyut dalam khusyuknya berhadapan dengan ilahi.
Di dalam sujud terakhirnya, sempat diselitkan sepotong doa agar Tuhan melembutkan hati Wafiyyah untuk menerima dirinya seadanya.
Selesai mendirikan solat, Wafdan mengambil masa beberapa minit untuk wirid seketika sebelum menadah tangan, membaca doa. Usai, Wafdan terus melipat sejadah dan melangkah ke arah dapur miliknya.
Dapur tu jarang berasap. Kalau ibunya singgah, barulah berasap. Selalunya, jaranglah Wafdan memasak. Kerja dia, panaskan saja. Mudah!
“Aku ingatkan ustaz mana tadi datang rumah.” Calif menyapa abangnya yang kacak mengenakan jubah putih. Amboi, sejak meminang anak dara orang ni nak jadi dai'e pulak ke?
Wafdan sedekahkan tawa.
“Haah, bakal imam kepada bakal makmum aku. Kau apa tahu?” Wafdan tersenyum lebar sebelum mencapai pinggan dan duduk bersebelahan dengan ibunya.
Menu hari itu, ayam masak merah, sambal ayam, sambal udang dan sambal petai. Semuanya merah! Tema hari itu agaknya.
“Loya anak tekak aku dengar.” Calif membalas sebelum menjeling ke arah abangnya. Kalau tak kuat drama, bukan Wafdan.
“Dan, baca doa. Kejap lagi ibu ada benda nak tanya kamu. Makan cepat,” arah Puan Faridah membuatkan Wafdan dan Calif kalut menadah tangan.
PERTAMA kali Wafdan rasa gemuruh apabila berhadapan dengan ibunya. Well, ibunya merupakan ibu paling tenang dan sporting dalam dunia kut selama ni!
Ibunya juga antara wanita yang paling cekal kerana membesarkan dia dan Calif dalam keadaan tidak punya insan yang bergelar suami.
“Tak payahlah Dan buat muka cuak macam tu. Ibu bukannya nak tanya hal yang pelik-pelik pun. Ibu cuma nak minta kamu ceritakan pasal Wafiyyah Ilhami tu saja. Kalau ada gambar dia, ibu nak tengok sikit.” Mukadimah Puan Faridah berjaya menenangkan hati Wafdan.
Lega! Hilang rasa nak terkucil tadi.
“Ibu ni, buat Dan cuak je! Ni gambar dia.” Wafdan mengambil kamera yang berada di dalam biliknya.
Sekeping gambar Wafiyyah yang sibuk melayani anak yatim di Tanah Kemboja ditunjukkan pada ibunya.
“Dari tepi pun cantik.” Puan Faridah tersenyum sambil memuji. Dia sendiri tidak pernah melihat depan-depan wajah manis bakal menantunya itu.
Tersangatlah bakal menantu rahsia!
Wafiyyah yang dipuji, Wafdan yang tersimpul malu kalah anak dara sunti. Tangan Puan Faridah laju saja mencubit pinggang anak lelakinya itu.
“Cuba cerita sikit dekat ibu.” Puan Faridah mencapai bantal di atas sofa lalu dibawa ke dalam pelukan.
“Cerita apa?”
“Macam mana boleh berkenan di hati Wafiyyah Ilhami ni?” Soalan Puan Faridah membuatkan telinga Wafdan mula memerah. Kalah anak dara la dia ni!
“Kan ibu pernah pesan dekat Dan, kalau nak cari bakal isteri carilah yang bila Dan pandang wajah dia, Dan rasa tenang. Jadi, rasa tu ada pada Wafiyyah.” Wafdan cerita serba sedikit.
Malu? Malulah jugak sebab bukannya dia dan ibu pernah curhat seperti sekarang ini. Dia memang rapat dengan ibunya tetapi tidaklah sehingga selalu berkongsi tentang perasaan.
“Besar dah anak ibu ni.” Puan Faridah tersengih sambil menepuk bahu anak terunanya. Masih dia ingat sewaktu Wafdan sedang mengambil slip keputusan SPM.
“Ibu ni! Dan dah besar tau, bukannya remaja lagi. Kalau boleh, esok dah boleh salam tok kadi tau.” Wafdan membantah laju sambil memuncungkan bibirnya. Eh, buruk betul rupanya!
“Hei, ibu tak ajar anak ibu jadi gelojoh tau! Wafiyyah kasi keputusan pun belum. Banyakkan berdoa, solat sunat istikharah. Pergi kursus kahwin ke ha sebelum nak jadi suami orang.” Puan Faridah mencubit pinggang Wafdan kuat.
Ambik kau!
“Hehe baik ibu. Ampun!”
TBC
18042022short updateee! nak update panjang panjang, sila komen banyak banyak okieeee.
YOU ARE READING
Bittersweet [B2]
Romance﷽ 𝑩𝒐𝒐𝒌 𝑰𝑰 𝒐𝒇 𝑩𝒊𝒕𝒕𝒆𝒓 𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝑪𝒐𝒍𝒍𝒂𝒃𝒐𝒓𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 𝒘𝒊𝒕𝒉 @𝒊𝒄𝒉𝒂𝒍𝒎𝒉 Beberapa tahun berlalu, kisah mereka yang belum dimulakan sudah terhenti. Awan juga sudah lelah meneka hati dan perasaan dua jiwa ini. Ada permulaan...