33 | land below the wind

132 20 21
                                    

TERUJA seorang Wafiyyah bangun pagi pada hari itu. Sebabnya mereka berdua akan bertolak ke negeri Sabah. Mana tak seronoknya walaupun Wafiyyah dan Wafdan terpaksa tidur lambat semalam demi mengemas pakaian dan makanan.

Err... Lebih kepada Wafiyyah seorang diri. Wafdan pula awal-awal lagi sudah terlena di pehanya. Wafiyyah beralah sajalah memandangkan Wafdan pun penat memandu.

Berkelip-kelip mata Wafiyyah melihat suaminya yang baru saja turun daripada tingkat atas dengan dua buah bagasi di tangannya. Bukannya apa, Wafiyyah tahulah yang suaminya model tapi ini... Terlebih kacak ni!

Ah, Wafiyyah malas sebenarnya mahu puji lebih-lebih. Nanti makin kembang Wafdan tu!

Lelaki itu berpakaian ringkas saja namun tarikannya itu tetap ada. Baju t-shirt dengan kemeja lengan panjang yang disarung di luar bersama dengan kaca mata hitam tersangkut pada baju.

“Assalamualaikum and morning, sayang! Kenapa macam baru lepas nampak hantu je?” soal Wafdan sambil mengusap kepala Wafiyyah. Bagasi diletakkan di sebelah dahulu. Sarapan lagi penting!

“Waalaikumussalam, tak adalah. Jom sarapan. Hari ni saya masak bihun goreng Singapore.” Wafiyyah tersenyum sambil mencedok bihun ke dalam pinggan Wafdan.

Thank you, sayang. Eh tak apa, biar Dan je buat. Sayang duduk eh?” balas Wafdan yang lebih kepada arahan. Wafiyyah tersengih sambil melabuhkan punggung.

“Sama-sama.”

Bacaan doa makan dibaca sebelum mereka berdua bersarapan dengan tenang. Setelah selesai, Wafiyyah turut membawa bekal bihun tersebut manakala Wafdan pula sibuk meletakkan barang di dalam bonet kereta.

Perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud dimulakan sambil ditemani lagu-lagu yang kedengaran di corong radio. Beberapa minit kemudian, mereka akhirnya tiba di sana.

Dalam beberapa ketika Wafiyyah dan Wafdan sibuk menunggu pengumuman, mereka akhirnya dibenarkan masuk ke dalam perut kapal terbang. Memakan masa berjam-jam jugalah menunggu. Nasib Wafiyyah penyabar orangnya. Ceh!

Tempoh perjalanan hendak ke Kota Kinabalu mengambil masa 2 jam tiga puluh minit jadi Wafiyyah sudah membawa beberapa buah buku di dalam begnya untuk dibaca.

Harapnya dia tidak tertidur. Wafdan ketika itu sibuk merakam saat-saat kapal terbang bertolak dan gumpalan awan yang menghiasi dada langit. Cantiknya!

Pengumuman daripada kapten yang menyuruh para penumpang duduk di tempat masing-masing serta memakai tali pinggang kedengaran. Wafdan mencapai tangannya lalu disentuh perlahan. Lelaki itu senyum segaris. Ha, ni nak apa?

“Fiyyah nak buat apa dekat sana nanti? Lepas tu, nak pergi mana? Dan ada buat research tempat best dekat sana, banyak sangat. Tak tahu nak pergi mana dulu,” soal Wafdan. Tentu dia ni bosan!

“Hmm, saya pun tak tahu tapi nak tengok nemo dekat sana. Lepas tu, nak pergi KEA Farm. Snorkeling pun macam best je.” Balasan Wafiyyah menerima tawa daripada Wafdan. Laju Wafiyyah mengerutkan kening cantiknya.

“Tengok nemo dekat KL pun boleh, sayang. Dekat aquaria KLCC tu.” Wafdan masih lagi tersengih.

“Ala, dekat situ boleh pegang ke? Dekat Sabah tu boleh tengok live lagi ha. Yang penting sekarang ni kita kena explore makanan dekat sana.” Wafiyyah ikut tersengih. Makanan nombor satu!

“Yang tu wajiblah, cinta. Reti snorkelling ke?” soal Wafdan sambil menongkat dagu, fokus ke arah Wafiyyah. Berseri-seri isterinya hari ini membuatkan mata tak jemu memandang. Cewah!

“Reti jugaklah sikit-sikit. Tapi, dah lama tak berenang. Dan reti?” Kali terakhir Wafiyyah melakukan aktiviti itu pun di Langkawi yang entah zaman bila.

“Reti. Mujur tak jadi pegawai marin je dulu.” Wafdan tersenyum. Betul jugak. Apa barang jadi pemilik resort kalau tidak pandai berenang kan?

“Awan tu cute la, macam sayang.” Tiba-tiba je Wafdan memuji sambil menunjukkan jarinya ke arah awan yang berada di luar tingkap. Wafdan, mentang-mentang kaya bukan main lagi ditempah business class punya seat. Alahai!

“Haah la cute. Tapi saya lagi cute.” Wafiyyah angkat kening kanannya sambil tersenyum. Wafdan pula sibuk mencubit pipinya.

“Cis!”

“Ke tepi, jangan kacau saya. Saya nak baca buku.” Wafiyyah mencubit lengan Wafdan yang tidak henti-henti menganggunya.

“Nak kacau jugak!” Wafiyyah pun pasrah sajalah dan membiarkan Wafdan merehatkan kepala di atas bahunya walaupun kepala Wafdan tu boleh tahan berat.

GAYANA Marine Resort, Kota Kinabalu bakal menjadi tempat bermalam mereka berdua selama 4 hari 3 malam itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

GAYANA Marine Resort, Kota Kinabalu bakal menjadi tempat bermalam mereka berdua selama 4 hari 3 malam itu. Hampir biru anak mata Wafiyyah melihat laut yang terbentang luas. Sangat sangat jernih!

Gayana Marine Resort ini pula berkonsepkan seperti resort terapung. Wafiyyah sibuk memegang tangan Wafdan, bimbang dia bakal jatuh akibat trust issue terhadap titi yang kukuh tetapi pandangan mata Wafiyyah, terlihat bagai nak roboh. Yalah, bawah titi ni ada laut kut!

Drama je!

Mereka diberikan kunci, peta negeri Sabah, pamplet tentang tempat menarik di Sabah dan juga baucar makanan di kafe Gayana Marine Resort. Bukan biasa-biasa layanan kelas atasan diberikan.

Masuk sahaja ke dalam bilik, Wafdan terlebih dahulu yang menjerit teruja. Bukan tak tahu, lelaki itu yang memang teringin benar hendak ke sini. Wafiyyah mencapai telefon pintar, aplikasi kamera dibuka lalu beberapa keping gambar candid Wafdan diambil.

Seperti ada bintang saja pada mata lelaki itu. Punyalah teruja!

Bilik mereka pun cantik, nampak sangat untuk honeymoon suite daripada gaya hiasan yang benar-benar romantis. Dalam bath tub pula, siap ditabur bunga mawar. Seram! Lampu pula, kuning malap.

“Sayang, sinilah! Uish, tak rugi kan abang pilih resort ni? Birunya laut Pulau Gaya ni, masya Allah. Sayang, tolong tenangkan abang. I'm so over the moon!” Wafdan tidak berhenti membebel membuatkan Wafiyyah tertawa.

Dia mendekati Wafdan apabila lelaki itu menarik tangannya teruja. Bertambah comel suaminya apabila Wafdan secara tidak sedar menggelarkan dirinya sebagai abang. Over the moon sungguh tu!

“Macam mana eh nak tenangkan awak? Sabar, Dan sabar. Jangan terjun lagi dalam ni. Tenang dulu. Esok baru kita berenang sama-sama eh? Sekarang ni, solat jamak dulu jom?” Wafiyyah mengusap belakang lelakinya membuatkan Wafdan menarik lalu menghembuskan nafas.

“Okay! Lepas tu kita makan, dah makan boleh jalan-jalan dekat sini.” Wafdan tersenyum lebar, gaya kanak-kanak baru lepas dapat coklat cadbury!

“Ha, boleh boleh.” Punyalah Wafdan teruja sampai hendak mengikut Wafiyyah ke tandas sekali. Wafiyyah menepuk dahi, alahai suami!


















TBC
070822

mengucap, Wafdan mengucap nak.
HAHAHAH thanks for reading! doakan wafiyyah and wafdan's junior cepat muncul kekekkek ^^

Bittersweet [B2] Where stories live. Discover now