32 | berbaik

122 21 32
                                    

SETELAH solat maghrib berjemaah, Wafiyyah dan Wafdan sudah isytihar yang mereka berdua sudah berbaik. Ikutkan hati wanita Wafiyyah, dia mahu merajuk setahun! Biar putih mata Wafdan.

"Salam." Tangan kasar milik Wafdan dibawa ke dahi lalu dicium perlahan. Wafdan pula mengusap lembut kepala Wafiyyah.

"Dan minta maaf tau?" Wafdan membuat wajah comel yang dia rasa mampu mencairkan hati Wafiyyah tetapi tidak. Wafiyyah makin rasa nak beri sepakan percuma, nasib sayang.

"Ya." Wafiyyah acah jual mahal.

"Maafkan Dan eh?" Wafdan mencuit bahu Wafiyyah. Masih tidak mahu berputus asa.

"Ya, ya Fiyyah maafkan. Jangan buat muka kesian eh?" Tak comel langsung. Itu Wafiyyah hanya mampu sambung di dalam hati.

Biasalah, menjaga hati Wafdan ibarat menjaga hati seorang kanak-kanak yang belum matang. Ceh!

"Sayang, dah siap ke?" Kedengaran suara garau menyapa telinganya. Wafiyyah tersenyum nipis sambil membetulkan awning tudung bawalnya.

"Dah, dah. Dan, dah siap ke?" Suaminya segak dengan kemeja putih bersama seluar slack berwarna brown. Rambutnya kemas tanda Wafdan telah meletakkan gel rambut.

"Dah. Handsome tak?" soal Wafdan sambil ketawa mengekek. Tawanya disambut perlahan oleh Wafiyyah.

"Handsome, as always," puji Wafiyyah membuatkan hati Wafdan makin kembang. Maklumlah, jarang dapat pujian daripada bini!

Wafiyyah pula mengenakan abaya berwarna merah jambu cerah bersama tudung bawal berwarna putih. Ringkas, namun masih cantik.

"Sayang pun cantik. Cantik gila! Tapi, jangan cantik macam ni selalu depan orang lain tahu? Sebab cantik sayang ni untuk Dan saja. Boleh?" Tangan Wafdan naik mengusap pipi isterinya.

Disebabkan perasaan malu yang menggunung bersama pipi yang sudah semulajadi memerah, Wafiyyah hanya mampu menganggukkan kepala.

"Malu dah dia. Jom, pergi makan." Wafdan ketawa lagi sebelum menarik tangan halus Wafiyyah bersamanya. Pintu bilik dikunci sebelum mereka berlalu ke arah kafe milik resort.

Tiba di kafe tersebut, Wafdan membawa Wafiyyah masuk ke dalam bahagian dapur. Ingin memperkenalkan Wafiyyah dengan orang-orang yang banyak membantunya selama ini.

"Assalamualaikum semua!" Wafdan memberi salam terlebih dahulu saat tiba di bahagian dapur. Terhenti terus semua pekerjaan yang dibuat oleh semua pekerja di situ.

"Waalaikumussalam, bos!" Gamat bahagian dapur itu dengan suara mereka yang menjawab salam. Hairan sebenarnya, muka bos besar ni sudahlah jarang dilihat. Tiba-tiba saja muncul! Sangkakan, ada spotcheck.

"Maaf menganggu kau orang semua. Tujuan saya datang sini sebab nak perkenalkan isteri saya kepada semua pekerja di sini yang saya anggap seperti keluarga. Perkenalkan, Wafiyyah Ilhami." Gaya Wafdan berucap bukan main seperti seorang pengetua!

Dan, Wafiyyah terus bersalaman dengan cef serta pembantu cef yang menjadi di sebalik tabir bagi segala rasa lazat yang sering meniti di bibir para pelanggan.

"Ini ke perempuan yang berjaya pikat hati bos kita tu? Biasa je." soal seorang gadis, yang kelihatan usianya tidak jauh daripada Wafiyyah.

Bittersweet [B2] Where stories live. Discover now