Ost; Sentiasa, Firdaus Rahmat
Beberapa bulan kemudian...
WAKTU berputar begitu laju. Beberapa bulan telah berlalu dan menjadikan seorang Wafiyyah berada dalam situasi sekarang ini, di mana beberapa minit saja lagi dia bakal menamatkan zaman bujangnya.
Sekelip mata dan Wafiyyah bahagia. Dan, dalam diam dia mengharapkan Wafdan berkali-kali lebih bahagia kerana inilah impiannya sedari dulu.
Ya, doa-doa yang telah ditadah lelaki itu akhirnya dikabulkan oleh Tuhan. Tepat pada masanya, dengan sabar yang tulus dan ikhlas yang pasti.
Tanpa sedar, air mata menitis perlahan-lahan membasahi pipinya dan Wafiyyah tersenyum manis. Kali ini, senyumannya ikhlas tanpa paksaan sesiapa.
“Wafi, kenapa menangis? Today is your day!” Annisa yang datang daripada belakang, menepuk bahunya perlahan.
“Aku... Entah. Aku happy.” Wafiyyah tersengih. Kantoi tangkap leleh pula dengan Annisa. Tapi, dengan gadis ini mana dia pernah malu. Ceh!
“Menangis terharu la ni? Dah, dah. Bakal suami kau dah tunggu dekat depan sana.” Annisa menarik perlahan tangan Wafiyyah.
Dengan dada yang semakin berdebar, Wafiyyah melangkah keluar daripada bahagian wanita di Masjid Sakinah. Sempat Wafiyyah solat sunat dhuha terlebih dahulu sebentar tadi. Begitu juga dengan Wafdan.
Wafiyyah mengambil tempat duduk di sebelah Puan Faridah yang kini dia gelar sebagai ibu. Tok kadi yang bertugas pula sibuk menyampaikan khutbah nikah setelah Wafiyyah dan Wafdan selesai menandatangani borang-borang.
Ternyata, persiapan kahwin ini boleh tahan leceh. Kalau pasangan bakal pengantin tidak mampu bersabar, memang akan surrender!
Wafiyyah mengangkat wajah seketika dan anak matanya berlaga dengan Wafdan. Sudah lama mereka tidak bertemu sebenarnya atas arahan Puan Faridah. Katanya, darah manis.
Jadi, Wafiyyah terus melarikan pandangan. Bukan apa, Wafdan extra kacak pada hari mereka yang bersejarah ini. Wafdan yang menangkap perbuatan Wafiyyah, terus tersenyum simpul.
“Dalam setiap perkara, komunikasi sangat penting untuk pasangan suami dan isteri. Jika tak mencapai kesefahaman yang sama, rumahtangga akan goyah dan akhirnya apa? Akhirnya, berlakulah keretakan rumahtangga...”
“... Tempat seorang isteri adalah di sisi suami. Suami pula, tugasnya untuk melindungi. Solat berjemaah jangan lupa, itu juga antara ciri-ciri rumahtangga yang bahagia dan kekal hingga ke jannah. Akhir kalam, saya doakan mempelai kita pada hari akan kekal hingga ke jannah. Barakallahuma lakuma.” Ustaz tersebut mengakhiri khutbahnya dengan sebuah doa.
Wafiyyah pantas mengaminkan doa tersebut. Perkahwinan ini bukan sekadar mahu menghalalkan apa yang haram tetapi mahu bersama-sama mengejar syurga yang nilainya bukanlah percuma.
Saat Wafiyyah sibuk mengelamun, Wafdan sudah selesai melafazkan akad nikah. Doa dipimpin oleh lelaki itu menambahkan keyakinan Wafiyyah padanya. Setelah itu, lafaz taklik pula dibaca.
“Manakala saya Wafdan Imdad bin Hadri tinggalkan isteri saya Wafiyyah Ilhami binti Ilham selama 4 bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksa dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut padahal ia taatkan saya atau saya lakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya atau kehormatannya atau harta bendanya...”
“... Kemudian ia mengadu atau wakilnya mengadu kepada kadi dan manakala sabit aduannya di sisi kadi atau mahkamah syariah dan ia atau wakilnya memberi kepada kadi bagi pihak saya RM1.00 maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu ‘talak khulu’, atau saya ghaib daripada isteri saya yang tersebut selama satu tahun atau lebih...” Suara garau lelaki itu sudah bertukar serak seakan menahan tangis.
“... Jika ia atau wakilnya mengadu kepada kadi dengan berkata ianya tidak tertunggu lagi akan saya manakala bersabit aduannya, nescaya tertalaklah ia satu talak, demikian lafaz taklik saya.” Tidak dapat ditahan lagi, air mata Wafdan menitik setelah dia selesai melafaz.
Wafiyyah yang sedari tadi menahan kolam air matanya daripada pecah, akhirnya tak mampu lagi menampung. Annisa yang berada di sebelah sudah menghulurkan tisu dan pantas ia disambut.
Ridhwan yang berada di sisi Wafdan pula menepuk bahu lelaki itu beberapa kali, seolah memujuk. Sesi air mata tamat berganti sesi pembatalan air wuduk pula.
Wafdan mencapai cincin yang dihulurkan oleh ibunya lalu perlahan-lahan mencapai tangan Wafiyyah sambil menyarungkan cincin kepada jari manisnya dengan tenang.
Tipulah kalau tak gemuruh, tambah pula ini pertama kali dia menyentuh anak dara orang kut!
Wafiyyah yang sudah seperti terkena renjatan eletrik terus bertindak mencium tangan suaminya dengan tangan yang sedikit bergetar. Nervous, ya Allah!
Wafiyyah mencapai pula cincin yang dihulurkan oleh Mak su Bahiyah kemudian, dia menyarungkan kepada jari Wafdan dengan berhati-hati. Wafdan tersenyum manis sambil menyentuh ubun-ubun Wafiyyah dengan tangan.
Lelaki itu perlahan membacakan sebuah doa sebelum bibir itu bertindak mengucup dahi Wafiyyah.
Mata mereka bertaut seketika dan senyuman berbalas senyuman. Mulalah jantung seakan-akan mahu melompat. Boleh terkena tachycardia!
Hujung jari Wafdan naik mengusap air mata Wafiyyah yang masih belum kering. Entahlah mengapa hari ini empangan air matanya bekerja keras.
“Don't cry, little Wafiyyah. Chin up!” Serentak itu, bibir masing-masing mengukirkan senyuman.
Wajah terpancar cahaya kebahagiaan. Tanpa mereka sedar, aksi manis itu menjadi tangkapan lensa kamera milik Calif.
Jiwa yang lelah dulu sudah kembali tenang kerana telah menjumpai tempat pulang yang sempurna.
Majlis akad nikah secara sederhana di Masjid Sakinah sudah tamat. Rata-rata daripada saudara Wafdan yang hadir sudah beransur pulang untuk ke kenduri kesyukuran pula.
“Come with me?” Wafdan menghulurkan tangannya, memberi isyarat agar Wafiyyah menyambutnya. Darah mengalir pantas ke arah pipi Wafiyyah.
“Nak pergi mana? Kita kan ada kenduri.” Mana aci kalau pengantin melarikan diri saat saat seperti ini.
“Sekejap je, sayang. Jom?” Wafdan menatap Wafiyyah dengan mata yang bercahaya.
Benarlah, lelaki ini sudah terlalu bahagia. Dan, jikalau dialah puncanya maka Wafiyyah sudah cukup bahagia.
“Jom.” Wafiyyah berikan senyuman paling manis buat suaminya dan menyambut tangan kasar itu. Selesa.
TBC
140522nah, bab intermission! thanks baca ^^ and, siapa nak tengok video kahwin wafdan-wafiyyah boleh pergi channel telegram hanis. link dekat bio!
YOU ARE READING
Bittersweet [B2]
Romantik﷽ 𝑩𝒐𝒐𝒌 𝑰𝑰 𝒐𝒇 𝑩𝒊𝒕𝒕𝒆𝒓 𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝑪𝒐𝒍𝒍𝒂𝒃𝒐𝒓𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 𝒘𝒊𝒕𝒉 @𝒊𝒄𝒉𝒂𝒍𝒎𝒉 Beberapa tahun berlalu, kisah mereka yang belum dimulakan sudah terhenti. Awan juga sudah lelah meneka hati dan perasaan dua jiwa ini. Ada permulaan...