media show Mekong River.
HARI kedua di tanah Kemboja! Cuaca di negara ini lebih kurang seperti di tanah airnya, Malaysia saja. Waktu di sini pula kurang satu jam dari Malaysia. Jadi, tak adalah Wafiyyah terkena kejutan budaya. Ceh!
Dan, hari ini mereka akan memulakan misi di sebuah rumah anak yatim yang berada di sebuah kawasan pedalaman. Untuk ke rumah anak yatim itu, mereka perlu menaiki bot. Awal pagi lagi, kesemua mereka sudah memulakan perjalanan.
Mereka berurusan dengan Narith, pemilik bot-bot di Sungai Mekong. Narith yang akan menunjuk arah kepada mereka nanti memandangkan kawasan pedalaman itu tidak terdapat sebarang internet.
Air bergelora apabila bot laju membelah sungai tersebut, sedikit sebanyak memberikan ketenangan pada Wafiyyah. Dia tersenyum kecil sambil membetulkan jaket keselamatan.
Dari atas tebing sungai itu, Wafiyyah nampak dengan jelas kapal-kapal dagang sedang berlabuh. Beberapa buah bot kecil dan feri sedang mengambil penumpang.
Rata-rata daripada pekerja pula sibuk mengangkut barang. Di daratan, gerai-gerai pacak berderetan di pinggir jalan walaupun ada kedai batu yang tetap.
Marissa di sebelah pula sibuk merakam, sesekali wajah Wafiyyah turut termasuk dalam rakaman. Sibuk pula suruh Wafiyyah buat peace! Kacau je Wafiyyah mahu menikmati keindahan ciptaan Tuhan ni.
Setelah beberapa jam berada di dalam bot sambil asyik memandang indahnya ciptaan Tuhan akhirnya mereka tiba di kampung yang menempatkan rumah anak yatim tersebut. Tak sabar rasanya Wafiyyah mahu melihat wajah-wajah ceria yang tidak berdosa.
Mereka dimaklumkan bahawa anak-anak yatim serta pemilik rumah tersebut kesemuanya menganut agama Islam. Alhamdulilah.
Walaupun agama Islam adalah minoriti di sini, mereka di antara insan yang beroleh hidayah. Cuma, mereka tidak mendapat pendedahan tentang agama Islam yang cukup kerana kurangnya tenaga pendidik yang beragama Islam di sini.
“Eh, hati-hati!” Suara garau seseorang mula bersuara apabila Wafiyyah hampir jatuh. Mujur tangannya sempat berpaut pada tiang.
Wafdan rupanya. Lelaki itu merupakan orang terakhir yang turun daripada bot, selesa membiarkan semua orang turun dahulu.
Wafiyyah tersengih. Cuai!
“Mujur tak jatuh,” ujar Wafdan sambil berjalan beriringan di sebelah Wafiyyah, mereka hanya mengikut langkah Narith. Yang lain pula, sudah laju ke depan. Lagi-lagi, Marissa. Teruja!
“Terima kasih,” ucap Wafiyyah. Entah berterima kasih atas apa. Mungkin atas kerisauan Wafdan ke atasnya agaknya.
“Sama-sama kasih.” Wafdan tersenyum manis. Bahaya senyuman Wafdan ni. Boleh terkena kencing manis!
“Awak first time datang sini?” soal Wafdan, mahu beramah dengan Wafiyyah. Dia tahu jalan ke rumah anak yatim tersebut, masih jauh.
“Haah.” Wafiyyah angguk sambil memandang ke arah sekeliling. Ada la beberapa rumah yang kelihatan usang tapi masih ada penghuninya.
Di kawasan Sungai Mekong ni, ada yang membina rumah di atas tanah dan ada juga yang membina rumah di atas air. Ala-ala floating village gitu! Tetap juga Kemboja merupakan di antara negara yang termiskin di dunia.
“Oh, saya second time dekat sini.” Wafdan sengaja beritahu, tak ada siapa tanya pun.
“Oh ya ke? Mesti familiar dengan jalan dekat sini? Datang sini dulu bercuti ke untuk misi kemanusiaan jugak?” Nah, bertalu-talu Wafiyyah tanya.
Pandai juga Wafdan mengajak wanita itu berbual. Selalunya Wafiyyah ni berat mulut! Biasalah, dengan orang yang dia tidak berapa rapat.
“Familiar jugaklah. Ingat-ingat lupa. Dulu, sambil makan angin sambil buat pahala. Dengan Raiyan jugak. Cuma, dulu tak ramai mana yang nak ikut serta. Sekarang, boleh tahan.” Panjang lebar jugak Wafdan menjawab sambil mengukir sengihan kecil.
YOU ARE READING
Bittersweet [B2]
Romance﷽ 𝑩𝒐𝒐𝒌 𝑰𝑰 𝒐𝒇 𝑩𝒊𝒕𝒕𝒆𝒓 𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝑪𝒐𝒍𝒍𝒂𝒃𝒐𝒓𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 𝒘𝒊𝒕𝒉 @𝒊𝒄𝒉𝒂𝒍𝒎𝒉 Beberapa tahun berlalu, kisah mereka yang belum dimulakan sudah terhenti. Awan juga sudah lelah meneka hati dan perasaan dua jiwa ini. Ada permulaan...