31 | love at the first sight

130 19 22
                                    

TANGAN tak lepas daripada menggenggam erat tangan halus Wafiyyah. Wafdan merenung langit yang sedikit mendung, tanda rintik-rintik hujan akan turun menyimbah bumi. Laju sahaja Wafdan menanggalkan jaket pada tubuhnya.

"Hujan la sayang. Lari, jom?" Jaket itu dijadikan sebagai payung, mahu melindungi isterinya daripada terkena air hujan. Bimbang Wafiyyah demam pula nanti.

"Jom!" Wafiyyah merapatkan kedudukan mereka berdua sebelum berlari-lari anak ke arah lobi. Pintu dibuka oleh Wafdan dan kesemua anak mata pekerja Wafdan seakan-akan terpaku melihat Wafdan.

"Assalamualaikum bos!" Seorang lelaki kemas memakai sut bersama kaca mata hitam.

"Waalaikumussalam, Kimi. Where are you heading to? Segak-segak macam ni." Wafdan memuji ikhlas makhluk Tuhan yang unik namanya, Hariz Alkimi.

"Oh, saya nak jemput tetamu kita di lapangan terbang. Tetamu kita yang dari Jordan tu. Mereka akan menginap di sini selama seminggu." Kimi menjawab dengan penuh detail. Kimi adalah driver mereka cum PA kepada Ridhwan.

"I see. Make sure layanan awak pada mereka, top tier eh?" Serius wajah Wafdan tika ini.

"Bereh, bos!"

"By the way, ni isteri tersayang saya. Boleh panggil Wafiyyah. Wafiyyah, ini pekerja yang saya anggap sebagai adik, Hariz Alkimi. Panggil Kimi je." Kembang-kempis hidung Kimi apabila dianggap adik oleh bos besar.

"Hai, Kimi." Wafiyyah menyapa bersama senyuman nipis. Kasi senyuman manis karang ada yang cemburu.

"Hai! Bos, isteri bos ni baru jatuh dari langit ke?" Kimi tersengih-sengih. Mana tidaknya, Wafiyyah kan cantik! Pula tu sesudah berkahwin, kulitnya makin berseri-seri.

"Jangan lebih-lebih eh? Dah, pergi buat kerja." Wafdan menjeling ke arah Kimi. Gurau gurau je!

"Good evening, boss. Bilik yang bos minta kami siapkan tu, dah siap. Enjoy your stay. Makanan yang bos pesankan tu pun dah siap." Laju Amira yang bekerja sebagai receptionist menutur bicara.

"Noted. Thank you so much, Amira. This is my wife. Her name is Wafiyyah. Feel free to befriend with her. Sayang, this is Amira. Dah lama bekerja dekat sini." Wafdan memperkenalkan mereka.

"Hai, Puan Wafiyyah! Cantiknya isteri bos. Pandai bos cari." Amira menghulurkan tangan untuk bersalaman lalu disambut oleh Wafiyyah.

"Terima kasih." Wafiyyah menjawab sambil tersenyum lebar. Pujian demi pujian membuatkan Wafiyyah tertunduk malu. Alahai, dia biasa biasa saja.

"Sama-sama! Ini kunci untuk bilik bos dan puan. Harap bos dan puan selesa di sini. Ada masa atau puan perlukan apa-apa, boleh cari saya ya?" Panjang lebar balasan Amira.

"Baik, Mira. Tak perlulah awak panggil saya puan eh? Saya tak biasa. Panggil Wafi saja cukup. Boleh?" pinta Wafiyyah. Diharap permintaan kecilnya ini akan ditunaikan oleh Amira.

"Boleh sangat tu! Bos, boleh ke?" Amira tersengih-sengih memandang Wafdan. Wafdan adalah bos yang paling sporting pernah dia jumpa, tahu?

"No problem. Saya minta diri dulu eh, isteri saya dah mengantuk tu." Wafdan tersenyum nipis sebelum menarik tangan Wafiyyah dan berlalu ke arah bilik yang bakal dihuni mereka.

Pintu bilik yang terkunci itu dibuka. Sekali cubaan, pintu berjaya dibuka. Bagasi yang dibawa bersama, ditarik masuk ke dalam bilik.

Masuk-masuk sahaja, mata Wafiyyah terbeliak luas melihat katil di dalam bilik tersebut dihias bukan main cantik. Siap ada taburan bunga mawar lagi! Patutlah wangi bukan main.

Lampu yang dipasang pula berwarna jingga, amboi mod romantis betul! Seram sejuk Wafiyyah dibuatnya. Air liur ditelan berkali-kali.

Mata Wafiyyah sekali lagi terpana melihat pemandangan di hadapan mata. Pintu sliding dibuka luas menampakkan pemandangan yang terlalu indah. Balkoni di bilik mereka ini menghadap pantai.

"Cantiknya!" Wafiyyah terjerit membuatkan Wafdan yang sedang memeluknya daripada belakang tertawa.

Mahu luruh jantungnya dengan perbuatan Wafdan yang terlalu tiba-tiba.

"Boleh saya tanya?" soal Wafiyyah. Wafdan sedang selesa merehatkan kepalanya di atas bahu Wafiyyah.

"Silakan." Dengan mata yang tertutup, Wafdan membalas.

"Kita sebenarnya buat apa dekat sini? Kenapa kita tak balik rumah terus?" Soalan yang berlegar-legar di ruang fikiran Wafiyyah akhirnya keluar juga.

"Saja. Nak kenang masa lalu. Sinilah tempat yang Dan jatuh cinta pandang pertama dekat Fiyyah." Jawapan Wafdan membuatkan hati Wafiyyah dipalu debaran.

"Eh, kita ada terjumpa ke dalam resort ni?" Memori Wafiyyah sudahlah setakat ikan emas saja. Padah tak makan kismis sewaktu zaman muda-muda dahulu.

"Mungkin kita pernah berselisih tapi masing-masing sibuk dengan hal sendiri jadi tak perasan pun siapa yang lalu sebelah kanan ke kiri ke, kan? Tapi, Dan pertama kali nampak sayang dekat kedai makan." Pelukan pada pinggang Wafiyyah dilepaskan. Kasihan pada isterinya yang mungkin sudah naik rimas. Haha.

"Ya ke? Bila eh? Masa tu saya dengan Wafa, sekali dengan Annisa eh? Mesti masa tu saya barai kan?" Wafiyyah memegang-megang wajahnya, memalukan!

"Tiga tahun lepas. Haah, haah. Don't worry la sayang, cantik je. Pakai tudung pasar malam pun cantik." Wafdan memuji sambil tersengih-sengih.

Wafiyyah menampar perlahan bahu Wafdan dan lelaki itu mengaduh perlahan sebelum tertawa kecil.

"Tudung pasar malam berkualiti okay! Tak baik kutuk tudung kesayangan saya." Marah ni, marah!

"Okay, sayang okay. Nanti Dan beli banyak-banyak untuk Fiyyah. Sekarang ni, lapar tak?" soal Wafdan.

Entah makanan yang dipesan olehnya ketika mahu datang ke sini itu sudah sejuk atau sudah dipanaskan oleh chef mereka.

"Lapar tapi tak lapar sangat. Dan? Lapar ke?" Ya, macam biasa orang tanya kita, kita akan tanya dia balik.

"Lapar tapi jomlah kita mandi dulu. Lepas maghrib nanti, kita makan." Wafdan mula bercadang sambil tangan seronok dan ligat mengambil gambar Wafiyyah. Candid semuanya.

"Alright! Eh, dia ni. Suka curi ambil gambar orang. Mesti gambar buruk!" Wafiyyah sudah mahu merampas kamera DSLR milik Wafdan tetapi lelaki itu sengaja mengangkat kameranya.

Manalah Wafiyyah sampai!

"Ish, bagilah!" Penat Wafiyyah jengket.

"Tak nak!" Wafdan melarikan dirinya masuk ke dalam bilik kembali sebelum menutup pintu gelangsar lalu menguncinya. Wafiyyah yang terkunci di luar sudah terlopong.

Jahat punya suami!

Pintu gelangsar tersebut diketuk daripada luar oleh Wafiyyah berkali-kali namun Wafdan tetap tidak mahu membuka sebaliknya cuma tertawa. Kurang ajar betul suami dia ni!

Wafiyyah pantas saja duduk bercangkung sebelum berpura-pura menangis. Barulah dia mendengar pintu gelangsar tersebut dibuka.

"Eh, sayang! Dan gurau je, ya Allah Dan minta maaf. Sayang janganlah menangis macam ni. Dan minta maaf eh, Dan sumpah gurau je." Wafdan pula mahu menangis melihat Wafiyyah sebegitu.

Wafdan mahu menarik Wafiyyah ke dalam pelukannya namun pantas saja Wafiyyah menolak tubuh lelaki itu sebelum merampas kamera yang masih dipegang oleh Wafdan.

Wafiyyah ketawa jahat lalu meninggalkan Wafdan terkebil-kebil di luar. Lakonan menjadi! Padan muka suaminya, kan dah terkena.

"Sayang oi! Pandai pula berlakon, padan muka aku." Selepas ini, memang tidaklah Wafdan akan mengusik Wafiyyah lagi. Huh, serik!
















TBC
240722

alkimi tu maksudnya orang yang mencerap bintang bak kata my chemist teacher. thanks for reading teman teman!

Bittersweet [B2] Where stories live. Discover now