"Fauzan, dah dapatkan email yang I hantar,"tanyaku bila nampak kelibat dia lalu di depan meja aku.
"Ahh, sorry nanti I check,"balas Fauzan dan terus pergi ke arah bilik meeting.
Aku hanya pandang dia pelik. Lepas semalam punya wedding, seharian dia layan aku macam nak tak nak and bila aku cuba nak cakap, macam ni lah, dia akan lari dan pergi ke tempat lain. Sekarang ni pun dah waktu lunch and Fauzan akan datang ke meja aku, either ajak order foodpanda sama-sama and makan lunch sama-sama. Tapi harini busy semacam.
"May you ada order ke?"tanyaku lepas berdiri. Office aku dia ada border and compartment untuk setiap seorang, kalau nak cakap dengan orang better berdiri, barulah nampak orangnnya even though duduk sebelah.
"Harini I bawak bekal,"katanya dan aku nampak dia dah bukak bekalnya yang ada atas meja.
Kalau aku order foodpanda aku suka ajak orang sekali turun, tak best tunggu sorang-sorang. Office ni dia sewa dalam bangunan, 2 floor, tingkat 23 and 24, so better bila notification foodpanda dah ambil makanan tu better tunggu dekat bawah terus, kesian rider tu kalau kena tunggu lama dekat bawah.
"Okay I ambil makanan kejap,"kataku.
"Alright,"
Aku bangun dari kerusi dan bawak kad id. Since, bangunan ni banyak penyewa and as safety purposes, mostly nak pergi mana-mana kena guna kad id untuk access. Kalau tertinggal memang payahlah sebab kena pergi counter kat depan untuk mintak tolong tekan kan button floor untuk naik ke tingkat atas.
Bila tengok kiri kanan, mostly semua makan sambil tengok laptop, sebab sekarang tengah ada due date untuk submission ke LHDN untuk tax department, so semua department audit tengah rushing untuk siapkan audit report, so senang kata semua tengah busy gila and nampak gayanya aku pun kena balik lambat harini. Sebab company yang aku dapat ni amount dia banyak tak tally dengan bank statement. So sangatlah excited.
~~~
Bila aku sampai ke bawah aku nampak ada rider foodpanda tunggu dekat depan counter, and lepas rider tu sebut nama aku, aku terus ambil dan ucapkan terima kasih.
"Aik selalunya Encik Fauzan yang ambilkan makanan,"tegur Vivi, pekerja di counter.
"Harini dia busy,"balasku.
"Ohh, okay selamat menjamu selera akak,"kata Vivi dan senyum.
Aku hanya senyum dan aku baru realize, yang sememangnya aku dah lama tak ambil makanan dekat bawah, the only time aku turun is bila lunch dekat luar. Wow, aku tak perasan pun yang aku depend gila dengan si Fauzan.
"Kau dah kenapa menung,"
Aku terus pandang ke arah suara dan Khai ada di depan lift. Wait? Khai? Semalam wedding dia kot.
"Khai? Kau buat apa dekat sini?"tanyaku, terkejut. Semalam rasanya bila sembang, dia kata esok dia akan pergi honeymoon dekat Istanbul. Ke aku salah dengar.
"Urgh, jangan tanya please,"katanya dan mengeluh.
Okay ni gerenti pasal kerja. Tapi kenapa ke sini, rasanya sepanjang aku kerja dekat sini few years, takda pun nampak dia dekat bangunan ni.
"Okay mesti pasal kerja,"kataku dan Khai hanya mengeluh. So aku assume yang aku betul. "Tapi buat apa kat sini? Sini bukan office kau kan?"sambungku.
"Oh, aku lunch dekat sini,"balas Khai.
Ahh, resotran mahal tu, dekat tingkat 1 memang ada restoran, tapi aku pernah pergi sekali je sebab harga dia untuk orang kayangan. Memang sedap tapi tulah.
"Ohh, okay,"balasku.
"Jom lunch sekali,"kata Khai dan masuk ke dalam lift sebaik sahaja pintu terbukak.
YOU ARE READING
Tertulis Cinta Kita
Lãng mạn"Cause you don't look happy, like you're handling some else punya majlis. Like you're not here. Maisarah, jangan cakap Mai teruskan benda ni sebab nak puas kan hati orang lain. What about you're feeling? This is your life,"kata abang Maz dan aku ber...