Chapter Sixteen

62 2 0
                                    

Do you ever have a day when you think it's already bad enough, and somehow it gets worse as hours pass by? Harinilah harinya, Majlis dah selesai, semua family Qila and Hakim dah beransur balik and ada yang masih tinggal dekat hotel at least sehari before balik.Same goes to Syafiq and Aisyah yang memang function gila dekat majlis harini.

Syafiq and Aisyah lepas settle hal katering terus balik sebab Aisyah and Syafiq ada shift malam, so decide untuk balik sama-sama. Aku lepas jumpa Qila and Hakim before balik ada nampak Faeq masih sembang dengan Hakim. So, aku decide untuk balik. Finally, kali ni aku bawak kereta sendiri, so tak perlu nak tunggu orang. But somehow.. Somehow, kereta aku tak nak start.

Aku termenung tengok panel kereta aku yang ada macam macam simbol berkedip. Apa ni? Aku nak pergi hospital, nothing more. Perlahan-lahan aku boleh rasa air mata aku bergenang. I'm so tired of feeling so helpless like this.

"Mai?"tanya sesorang yang aku sangatlah kenal suaranya, Faeq.

Bila aku pandang keluar ke pintu keretayang terbukak. Aku nampak Sofia dah bangun, dua beranak pandang aku pelik. Aku nampak muka Faeq panik bila nampak riak muka aku. Cepat-cepat aku lap air mata yang mengalir. Nasib baik aku dah lap makeup lepas aku tukar baju dekat bilik hotel tadi, kalau tak memang dah jadi panda dah.

"Eh, Faeq kenapa?"tanyaku dan keluar dari pintu kereta dan kunci kereta.

Aku pandang dia, baru aku perasan kereta yang parking sebelah aku nampak familiar, the same car yang pick up dari kerja haritu.

"I should be the one who ask you that,"kata Faeq, dan Sofia di dukungan Faeq, melambai tangan ke arah aku, cute.

"Oh, kereta tak nak start. I just want to go to hospital,"terangku dan masukkan kunci kereta ke handbag.

Acah normal, walaupun tadi dah mental breakdown sebab kereta tak boleh start. Padahal, boleh je aku book grab or naik bus or lrt.

"Okay jom,"kata Faeq dan terus bukak seat belakang untuk letak Sofia di atas car seat.

"Jom?"tanyaku.

"Yes, aku hantar, hospital mana?"tanya Faeq dan pandang aku selepas tutup pintu Sofia. Faeq muncungkan mulutnya suruh aku naik ke passenger side.

"Serius?"tanyaku.

Faeq hanya angguk.

"Gleneagles,"balasku dan Faeq angguk lagi sekali dan jalan ke arah driver side.

Walaupun, aku tahu memang ada macam macam option, but kalau ada orang drive kan lagi senang, and not that stressful.

"Thanks,"kataku sebaik sahaja Faeq start enjin.

"No problem, nanti aku tolong kau call kan foreman, and aku passkan no kau ke dia? Or kau nak aku yang settlekan je?"tanya Faeq.

Another level of menolong dah ni.

"Ehh takpe, aku settle kan sendiri. Menyusahkan je. Cukuplah kau tolong hantar,"kataku.

Melebih-lebih pulak aku rasa kalau nak suruh dia sampai settle kan kereta aku sekali.

"Kau pandai ke buat urusan dengan foreman? Tow truck and everything? Harga?"tanya Faeq yang angkat kening ke arah aku dan sengih.

"No,"kataku perlahan.

"Then, aku tolong. Tak susah pun mintak tolong. Kawan kau ramai Maisara. No need to shoulder it everything by yourself,"kata Faeq. dari sisi aku nampak dia senyum perlahan.

"Thanks again,"kataku dan senyum bila Faeq pandang ke arah aku.

"Mai mai,"sampuk Sofia dari car seatnya.

Tertulis Cinta KitaWhere stories live. Discover now