Chapter Three

43 5 0
                                    

"Oh hey Mai,"tegur Syafiq yang ada di hadapan aku.

Tengah melayan perasaan tapi mamat ni kacau mood.

"Nak apa? Asal tak bertugas?"tanyaku.

Instead balas pertanyaan aku, dia hanya duduk di tangga sebelah aku.

"Aku dah settle, lagipun aku jaga area kantin, Faeq bagi aku blah awal."balasnya dan aku hanya anggukkan kepala.

"Pastu dah kenapa ada sini? Rindu aku sangat ke?"tanyaku dan angkat kening.

"Urgh please, aku nak mintak tolong ni,"katanya dan senyum ke arah aku.

Haa, dah kenapa. Aku benci bila dia start cakap baik-baik mesti mintak benda yang annoying.

"Boleh tak datang game futsal malam ni?"katanya.

"Oi, aku tahulah padang futsal tu dekat dengan rumah aku, tapi nak buat apa aku teman kau main pulak?"balasku.

Aku baru cadang nak main game, nak release stress. Tapi kinda menarik sebab tak silap Faeq sama team dengan Syafiq.

"Tadi aku ajak Aisyah lepak tapi dia kata kalau ada kau dengan Qila ada, baru dia datang, sebab lepas habis game tu, team aku nak lepak mamak tepi padang tu,"terang Syafiq dan senyum lagi sekali ke arah aku.

Aku ada juga kadang-kadang join tapi sekejap jelah. Tu pun bila Qila tidur dekat rumah aku and kitaorang decide nak tengok futsal and then balik rumah sebab bising sangat bila budak laki main.

"Pastu kau nak aku pergi semata-mata kau nak lepak dengan Aisyah, macam tu?"kataku.

"Yelah please, aku jadi captain untuk liga futsal kali ni,"katanya dan garu kepalanya.

Uish, Syafiq yang aku kenal ni tengah malu ke apa?!

"Tapi parents aku takda kat rumah esok pagi. Siapa nak hantar kitaorang pergi sekolah esok pagi?"tanyaku.

Aku memang lah naik van, diorang dua mana naik van dengan aku. Lagipun, pagi tadi mama ada bagi memo dekat peti ais yang diorang berdua outstation dekat Melaka.

"Takpa, esok abang aku ada kat rumah, aku mintak tolong dia nanti,"katanya.

"Fine fine, nanti aku ajak Qila dan Aisyah tidur rumah aku malam ni,"balasku. "Urgh high maintainance betul kawan aku ni,"sambungku dan berdiri selepas dengar loceng berbunyi.

"Macam tulah bestfriend. Okay jom gi kelas,"balasnya dan bangun.

Senyum bukan main lebar. Time macam ni bestfriend kalau gaduh ha.

~~~

Bila sampai di area depan kelas aku, aku nampak Qila dan Aisyah ada di depan pintu kelas aku. Dah kenapa Qila tak naik ke kelas dia dulu.

Syafiq tiba-tiba berdehem dan pandang ke arah aku. Aku hanya anggukan kepala, tanda faham. Syafiq lambai tangan ke arah mereka berdua dan masuk ke kelas.

"Kenapa tak masuk kelas?"tanyaku.

"Ahh ni aku ingat lepas sekolah ni kita pergi kedai buku, beli buku log, kau tahu kan? Tadi Ainur ada pesan,"terang Qila.

"Ha tahu tahu,"kataku. "Apa kata, kita semua balik rumah masing-masing and then lepas maghrib korang datang rumah aku,"sambungku.

"Ha! Esok sekolah tahu tak?"kata Aisyah dan pandang aku pelik.

"Tahu, tu aku suruh korang balik rumah, bawak apa yang patut and then malam tu kita pergi lah kedai buku, lagipun malam ni first game futsal, jomlah, lama kita tak lepak, lagipun tepi padang futsal tu ada kedai mamak, 7E and kedai buku pun ada, jom jom,"kataku dan senyum.

Tertulis Cinta KitaWhere stories live. Discover now