Chapter One

125 6 2
                                    

"Mai kau dapat number berapa?"tanya kawanku, Aqilah. Aku dan Qila tengah check result peperiksaan awal tahun. Aku dari dulu tak suka result peperiksaan ni di tayang tempat umum dahlah dengan markah setiap paper pun tunjuk. At least, cuma tunjuk nama and kedudukan.

"356 dari 627 orang. Kira oklah kan?"balasku. Okaylah result ni tengah-tengah and aku memang kelas no 6 dari 12 kelas. "Kau berapa?"tanyaku.

"94,"kata Aqilah. Aku pandang dia and jeling. Dia bukan main lagi cakap paper haritu dia tak boleh jawap. Ya Allah, kalau dia tak boleh jawap dapat 94, kalau boleh dapat berapa ni? Tapi Qila memang dari dulu pandai, aku je dari dulu sampai sekarang asyik duduk tengah-tengah, nak cakap pandai taklah, nak cakap bodoh pun tak.

"Kau memang kan. Selalu macam ni tau,"kataku dan cebik bibir ke arahnya. "Siapa dapat number satu?"tanyaku dan tengok ke first paper yang ditampal.

"Ainur tu lah, penolong ketua pengawas kita,"kata Aqilah. Aku tengok result dia almost semua fullmark. Aku tak ingat last bila aku dapat fullmark time exam? Masa tadika barangkali.

"Tengok list top 10 ni semua perempuan kan,"kataku. Dah lah aku ni pendek, tinggi pulak dia tampal paper ni habis terjengket-jengket aku.

"Apanya, tu Faeq Haqeem,"kata Aqilah. Baru aku perasan nama dia ada BIN. Result dia pun okay jugaklah tak semua fullmark tapi 97,96,94. Tengok result orang pandai terus rasa bodoh.

"Siapa Faeq ni?"tanyaku? Nama dia unik, tak pernah lagi aku dengar nama lelaki Faeq setakat ni.

"Ya allah, kau ni bila nak ingat muka orang dengan nama. Dia tulah ketua pengawas kita. Untuk form 2 ingat tak lelaki yang selalu berucap setiap perhimpunan, yang kau cakap handsome tu,"kata Aqilah. Bukan setakat slow belajar, aku jugak selalu lupa nama orang dengan muka. Setakat ni aku kena jumpa lebih dari 10 kali barulah aku ingat nama dengan muka.

"Oh dia, wahh bukan setakat handsome, siap pandai lagi, fully package,"kataku dan sengih.

"Haa start lah tu, jangan cakap kau suka dia pulak, dulu bukan main lagi hanya Donghae, Super Junior dihati,"marah Aqilah. Aku dari sekolah rendah lagi bila lelaki pandai gerenti jadi crush aku, tapi sampai crush jelah. Aku tak minat couple-couple.

"Ala Qila, Donghae husband, dia ni crush je, tu je,"kataku sambil sengih dalam masa yang sama loceng dah bunyi.

"Yelah tu, dah jom naik kelas,"kata Aqila dan rangkul tanganku. "Dah dah lah tu sengih,"sambung Aqilah bila nampak aku tersenyum sorang-sorang di tangga.

"Okayy, bye Qila jumpa balik nanti,"kataku bila sampai di tingkat 3. Aqilah hanya melambaikan tangan ke arahku dan naik tangga.

Kelas 1, 2, 3, dekat tingkat 4 untuk pelajar Form 1, Form 2 dan Form 4. Dan kelas selebihnya semua tingkat bawah. Form 3 dan Form 5 datang sekolah sesi pagi. Aku jealous dengan orang yang duduk kelas atas. Aku dah setahun lebih belajar dekat sini tak pernah naik tingkat atas sekali. Aqilah kelas no 3, jadi dia punya kelas dekat tingkat 4. Aqilah kata satu je best tingkat atas ada surau. So kiranya waktu asar nanti tak payah berebut dengan budak lain dekat surau tingkat bawah sekali. Privilage sungguh.

~~~

"Zara Maisara bin Ariffin, kenapa tak cakap dekat mama yang hujung minggu ni kena ambil report card?"tanya Mama sebaik sahaja aku masuk dalam rumah. Bila panggil nama penuh ni nervous dia lain macam.

"Ehh Mai takda cakap dekat mama ke? Lupalah tu,"balasku dan sengih. Cepat-cepat aku jalan nak naik ke atas. Aku tak nak cerita yang aku dapat number 300 lebih dekat mama. Gerenti kena bebel.

"Mama tak habis cakap lagi,"kata Mama. Abah dekat sofa hanya senyum pandang aku. Aku totally anak abah and aku dapat rasakan abah tahu aku tipu.

"Ye mama,"kataku dan senyum manis.

Tertulis Cinta KitaWhere stories live. Discover now