Chapter Fifteen

14 2 0
                                    

"Uuu, cantik kawan aku ni,"kataku lepas masuk ke dalam bilik Qila. Aisyah yang ada di sebelah Qila senyum bila nampak aku masuk ke dalam bilik. Aku dapat masuk sebab Aisyah kata dia ada tinggalkan satu kad hotel spare dekat receptionist, takut dia tak perasan yang aku call, and end up tak boleh nak naik masuk dalam bilik hotel.

Aku adalah bridesmaids yang paling tak function. Aku terlambat sebab tolong mama hantar abah pergi check-up, somehow end up abah kena tahan dekat wad, sebab abah punya blood test is quite bad. So doktor suruh duduk hospital few days. Awal ingat sekejap so takda prepare barang or anything, jadi aku kena balik rumah dan siapkan beg hospital while mama settlekan addmision abah.

"Your dad okay?"tanya Qila sebaik sahaja pusing ke arah aku. Muka dia nampak risau.

"Its fine, dah dah harini hari happy kau, tau,"kataku dan senyum.

I'm trying so hard to keep my emosi stable, at least for today. Tipu lah kalau aku cakap aku tak rasa nervous gila setiap kali abah masuk hospital. Kebetulan jugak harini Fauzan tak dapat nak join sebab dia ada proposal defense for his master. Tapi apa yang aku tahu, semua dari geng kawan dapat datang sekali untuk majlis perkahwinan Qila dan Hakim.

Qila and Hakim decide buat dekat dewan hotel, senang close family boleh duduk terus dekat bilik hotel instead cari homestay. Qila kata package kahwin ni, senang buat kat hotel, semua ada kat satu tempat, tak runsing sangat compared to kalau nak buat majlis dekat rumah.

"Okay okay, ni baju and tudung. Aku dah gosok untuk kau,"kata Aisyah dan passkan dress yang identical with her. Barulah aku teringat yang aku masih pakai hoodie dan seluar palazo. Muka probably still serabai. Aku literally hanya pakai sunblock.

"Thanks, youre the best,"kataku dan ambil hanger dress dari tangan Aisyah.

"Dah siap, aku makeup kan kau sikit. Muka kau pucat gila,"sambung Aisyah dan aku boleh nampak yang dia pun risau, riak muka almost identical to Qila.

"Okay,"kataku dan jalan ke tandas yang dekat dengan pintu.

"Weyh Fauzan mana,"tanya Qila sedikit kuat.

"Ahh, dia ada hal,"balasku dan bukak baju dan seluar untuk pakai the dress which is colour nude.

"Hal?"tanya Aisyah. Tak nampak muka tapi aku boleh bayang diorang berdua pandang each other, pelik.

"Yup,"balasku.

Bukan setakat abang Maz. Qila and Aisyah macam tak berapa gemar or setuju dengan keputusan yang aku decide nak bertunang cepat gila dengan Fauzan. I remember those phone call bila aku cakap in few days. Aku akan bertunang. Diorang ingat aku bergurau tapi bila aku cakap yang aku serius, diorang literally senyap like 1 minit. Sebelum beri nasihat jangan tegesa-gesa sangat buat keputusan.

Oh well, jari kat tangan aku dah ada cincin tunang. Too late for that.

"Uuu,"kata Qila sebaik sahaja aku keluar dari tandas. Aku hanya pakai anak tudung, sebab senang untuk Aisyah pakaikan makeup untuk aku.

"Meh sini,"kata Aisyah dan suruh Qila bangun dan duduk di kerusi yang dekat dengan balkoni. Meanwhile, Aisyah suruh aku duduk di kerusi yang depan meja makeup.

"Just light makeup, no foundation please,"kataku. Aku lepas habis majlis and photoshoot, aku nak terus pergi hospital.

"Okay, aku guna concealer and lipstick. Eyeshadow?"tanya Qila.

"Mmm, susah lah nak buang makeup, sebab lepas settle aku nak pergi terus ke hospital. Aku lupa bawak makeup wipe,"kataku.

Aisyah terus pergi ke handbag yang dia letak kat atas katil dan keluarkan makeup wipe.

Tertulis Cinta KitaWhere stories live. Discover now