Chapter Six

52 5 2
                                    

Aku perasan ramai yang duduk dekat meja ni nampak mcm officer and ada one of lawyer Zico, sebab Khai ada tegur dia. I guess tempat ni famous dengan office worker, boleh tahan packed jugak kedai ni. Kami duduk di meja 4 kerusi since meja untuk 2 orang dah penuh, aku duduk berhadapan dengan Khai.

"Aku terkejut yang kau tak contact Syafiq,"kata Khai lepas kami habis order.

Aku obviously order tomyam, dah ni kedai tomyam.

"Actually aku tak tahu apa jadi dia dengan Aisyah, yela time tu aku dekat Melaka,"

"Ahh, Syafiq pun bila aku tanya lebih-lebih dia tukar topik, by the way aku ada cerita pasal kau dekat Syafiq and dia kirim salam,"kata Khai.

Apalah sebenarnya jadi kat diorang berdua ni pun aku tak tahulah.

"Waalaikummusalam,"balasku.

Ohh how I miss that guy, tho. Lepas aku tahu benda ni dari Qila, aku try contact Syafiq and tanya what happened. But dia hanya cakap tak ada apa-apa, somehow sejak dari tu dia tak contact and siap tukar number tanpa bagitahu lagi.

"And aku nak bagi number kau dekat Syafiq okay kan?"tanya Khai and dia sengih.

"Ehh bagi jelah, aku okay je, aku ingat dia yang tak nak rapat dengan aku dah,"

"Ohh, apa-apalah korang, dah tua-tua macam ni takyah nak gaduh, nanti aku bagi number, korang berdua berborak lah,"kata Khai dan keluarkan phone dia yang berbunyi dari kocek. "Kejap eh,"sambung Khai dan bangun dari kerusi untuk jawap telefon.

Terkejut jugak aku even nak bagi number phone pun kena mintak izin. Sedih bila fikir friendship hilang macam tu je, dah lah di kerja hujung dunia, Ireland kot. Aku dengan Qila seriusly kena betulkan balik relationship Syafiq and Aisyah. Takkan sampai bila-bila macam ni.

"Oh sorry Mai, kalau kawan aku nak join boleh?"tanya Khai sebaik sahaja duduk.

"Oh sure no problem,"

"Ok good,"kata Khai dan angkat tangan untuk panggil waiter.

"Nak tomyam seafood and nasi putih, air kosong ice satu,"kata Khai kepada waiter.

Selepas habis tulis, waiter tu angguk dan pergi ke area dapur.

"Oh ya, korang duduk area mana? Haritu kau cakap korang roomates right?"tanya Khai.

"Apartment Hijaun,"balasku.

"Ahh dekat jugaklah, but minus traffic jam,"kata Khai dan gelak.

True, area ni jammed dia no joke.

"Itulah, aku kadang-kadang malas balik rumah awal, dari aku hadap jammed tu baik aku duduk buat kerja dekat office,"balasku.

Most of the day aku memang akan start balik rumah dalam pukul sembilan malam, and sometime aku solat isyak terus kat office, so nanti balik rumah aku just kena mandi and tidur. Qila kata aku workholic but aku rasa aku ni pemalas.

"Tapi kerja auditor memang selalu balik lambat kan? Urgh, lets just say no no to document, dari universiti aku asyik baca akta and sekarang dah kerja pun sama lagi,"kata Khai dan geleng kepalanya.

Dari muka dia nampak penat jugak, how do we end up like this? 

"So kau paksa aku keluar makan sebab nak ajak makan dengan Izzah?"kata sesorang yang berada di belakang aku. Siapa pulak Izzah?

Suara yang aku sangat kenal. Bila aku pusing ke belakang, aku nampak Faeq version matured and dia pakai kemaja putih and tie dark blue strips, di tangannya aku nampak dia pegang suit warna dark blue, matching dengan seluar. Let just say, dia nampak macam lelaki yang keluar dari komik. Dengan baju kemeja yang dia lipat sampai ke sikunya.

Tertulis Cinta KitaWhere stories live. Discover now