Chapter Thirteen

17 2 0
                                    

"Hi Mai, you look a bit better today,"kata May sebaik sahaja nampak aku dan aku menguap sebagai balasan. Maybe mood aku okay, tapi kitorang semalam tidur pukul 5 pagi. Bolehlah dapat settle half of the list. Penat  sangat tapi tak tipu mood aku is a bit better.

"Really?"tanyaku dan menguap lagi sekali. Okay harini aku tak kira nak balik on time, baru sampai office tapi aku dah rindu katil aku.

"Tired but better,"kata May dan senyum. May datang ke meja aku dan tepuk bahu aku perlahan dan pergi. Di tangan dia ada small tumbler, aku tahu routine dia, which is coffee before work.

"Hai,"kata Fauzan yang tiba-tiba muncul di depan meja aku.

"Oh hi,"kataku, terkejut. Bila dia datang pun aku tak perasan. At least dia tak nampak annoyed or mad like yesterday.

"Lunch?"kata Fauzan sepatah.

"Sure,"balasku dan senyum.

"Okay, see you later,"kata Fauzan dan balas senyuman aku.

Okay, we are good. I think.

~~~

Nope, we are not.

"Seriously Mai, I'm someone in your life? Kan?"kata Fauzan perlahan.

Aku yang tengah nak suap makanan terus tak jadi. Harini Fauzan decide nak makan area jauh sikit dari office. Which is fine for me sebab bukan aku yang drive. Masa drive a bit awkward and senyap. So aku ingat Fauzan decide to let it be. I guess I was wrong...

"What do you mean?"tanyaku dan sambung suap makanan ke dalam mulut aku. Ignorance is a bliss.

"Maisarah please,"balas Fauzan dan angkat keningnya.

"Can't you not?"kataku. Aku boleh rasa angin aku dah naik. I know Fauzan, jenis tak boleh terima 'no' orang. But sometime can't he just back off. Cause clearly aku tak nak cakap pasal benda ni.

"Seriously?"

"Yes, boleh tak kalau nak interview, marah or whatever this is jangan time makan?"kataku dan letak sudu aku ke pinggan. Ni bukan setakat naik angin, selera dan mood aku pun lari sekali.

"Ok fine. Kalau macam tu, lepas habis kerja?"kata Fauzan.

Oh, not today.

"This weekend? I'm tired,"kataku. Not 100% tipu, tak sure about this weekend, tapi memang aku penat, tidur dalam 2 jam max. Memang takda tenaga nak layan orang.

"Mai,"

"Please,"balasku perlahan.

"Okay okay this weekend,"kata Fauzan, akhirnya mengalah.

Aku hanya angguk perlahan. Let's just say the whole lunch and trip back to the office full of silence. Not in a good way.

~~~

"Mai?"panggil May yang ada di hadapan meja aku. Aku pandangnya pelik. Selalunya dia tegur aku di sebelah, mejanya.

"Balik dah ke?"tanyaku. Aku tengok jam baru pukul 8 malam, May dengan aku terkenal dengan over time. Selalunya hari lain, aku dengan May akan balik around 12 malam, nak settle kan everything. Kecuali hari Jumaat. May akan balik awal obviously weekend is for her family and boyfriend.

"Yeah, my boyfriend picked me up today,"balas May.

Oh yelah, harini hari jumaat. Dah hari ke empat. Last day aku cakap dengan Fauzan is hari Selasa, with that akward lunch, or whatever that was. Langsung tak bertembung dengan dia, Bahar ada datang borak dua hari lepas, katanya busy dengan external client. Which is actually good for me.

Tertulis Cinta KitaWhere stories live. Discover now