01

989 38 3
                                    

Sofya membetulkan dress pendek paras lutut berwarna hitam dihadapan cermin. Lipstik merah dicalit dibibir mungilnya. Malam ni dia ada janji temu dengan teman lelakinya, Wafiy.

Kelihatan teman serumah merangkap sahabat baiknya, Ammara juga turut sedang bersiap. Ammara hanya mengenakan t-shirt polos dengan skirt labuh saja. Ammara kata dia ingin keluar dengan tunangnya, Arisy.

Kedua mereka saling ada temu janji dengan pasangan masing-masing.

" Cantiknya you babe." Ammara memuji Sofya.

" You too babe. " Sofya tersenyum manis lalu mengambil beg tangannya diatas meja begitu juga dengan Ammara.

" I harap nanti kita dapat double date sama-sama." Ujar Sofya.

" I wish babe, tapi malam ni tak dapat lah double date." Gadis itu menyengeh menayangkan sebaris gigi putih.

" Takpa Its okay , next time " Sofya tersenyum nipis.

" Babe, I got to go. Bye." Ujar Ammara lantas mengambil beg tangan miliknya.

Sofya anggukkan kepala lalu mengeluarkan telefon bimbitnya daripada dalam beg tangan. Ingin melihat telefon pintarnya jika Wafiy sudah bagitahu yang dia nak datang.

" Tunang you ambil ke?" Soal Sofya.

Ammara gelengkan kepala sebelum keluar daripada rumah.

" Tak lah. Malam ni I nak ambil dia, sesekali keluar bawa dia naik kereta I." Ujar Ammara dimuka pintu.

Sofya anggukan kepala sekali lagi sambil menghantar pandangan pergi buat Ammara yang kian menghilang. Bunyi engine kereta milik Ammara menderum
keluar daripada perkarangan rumah.

Sofya leka menanti Wafiy datang sehingga tak sedar masa berlalu hampir 45 minit. Sofya akhirnya buat keputusan untuk menghubungi lelaki itu namun tak berangkat. Pesanan ringkas daripada lelaki itu membuatkan Sofya terkejut.

Sorry, I ada hal penting. Kita tak jadi keluar.

Bohong lah Sofya tak kecewa, bukan 5 minit dia tunggu tapi hampir sejam dia menunggu macam orang bodoh.

Akhirnya Sofya buat keputusan untuk mengambil angin malam sambil mengelilingi kota bandaraya Kuala Lumpur. Rasanya sudah lama tak me-time dengan kereta Axia kesayangannya tu.

Sayang kalau dah bersiap tapi tak keluar. Jadi dia keluar saja walaupun terpaksa keluar sendirian.

Sofya hanya memandu dengan hati rawan. Susah betul nak bertemu dengan Wafiy. Terkadang dia tertanya adakah Wafiy ikhlas bercinta dengan dia? Kenapa terlalu sukar untuk mendapat perhatian daripada Wafiy?

Sofya memberhentikan kereta dihadapan sebuah cafe. Sofya baru nak keluar daripada kereta namun terhenti apabila matanya menangkap kereta milik Ammara berada berdekatan dengan cafe tersebut.

" Mesti Ammara date kat Cafe ni. Takkan lah aku nak kacau nanti dia nampak pula aku sorang." Sofya jungkit bahu lalu memakai semula seatbelt. Lebih baik dia ke kafe yang lain saja. Jangan menganggu dua merpati sejoli yang sedang hangat bercinta. Tanpa Sofya sedari, Ammara berjumpa dengan seseorang yang sangat Sofya kenali.

Sofya ambil keputusan untuk drive thru saja. Memandangkan moodnya juga sudah hilang.

*

" Thank you sayang sebab bawa I kat tempat best macam ni." Ujar Ammara girang.

Wafiy hanya anggukkan kepalanya. Setakat bawak kekasih hati ke cafe biasa apa lah sangat. Jari jemari Ammara digenggam erat.

How To Love YouWhere stories live. Discover now