13

376 33 3
                                    

Malam ni ada majlis hari jadi khas untuk Wafiy. Jadi syarikat tempat Sofya dan Xuan bekerja dijemput hadir. Sofya terpaksa menemani Anita selaku secretary kepada CEO syarikat mereka, QMS Holding. Anita yang menggantikan posisi lelaki itu yang tak dapat menghadirkan diri. Awalnya Sofya menolak kerana Wafiy pun tak menjemputnya tapi Sofya terpaksa mengikuti Anita kerana wanita itu terlalu mendesak. Majlis itu hanya untuk orang tertentu saja, kehadiran mereka pun sudah diberitahu. Mereka hadir demi imej syarikat.

Soal hari jadi Wafiy, Sofya tak pernah tahu ulang tahun kelahiran Wafiy kerana lelaki itu tak pernah langsung ingin cerita tentang hidupnya. Baginya, tak wajib untuk tahu.

Sofya dan Xuan saling melambai apabila dapat bertemu disitu. Mereka saling mendekati antara satu sama lain sementara majlis belum bermula.

" Temankan Arisy ke?"

Xuan anggukkan kepala mendengar soalan Sofya.

" Cantiknya you moi. So Gorgeous." Xuan memuji penampilan Sofya yang simple namun tetap cantik dimatanya.

" Well, I memang cantik. Cuma lelaki bodoh je sia-siakan I."

Xuan ketawa mendengar ayat yang meniti dibibir Sofya. Dia tahu Sofya sedang menyindir Wafiy.

" Sofya...." Sofya berpaling apabila namanya dipanggil. Belum sempat Sofya buat apa-apa, tubuhnnya sudah didakap oleh seseorang.

" Babe, I really miss you." Sofya tergamam apabila Ammara memeluknya. Dia awalnya kaku tak mampu membalas pelukan wanita itu.

Bunyi dehem Xuan membuatkan Sofya membalas pelukan Ammara.

" Me too babe." Ucap Sofya pura-pura. Dalam hati mahu saja dia carik muka Ammara.

" You know what Babe, I kesunyian gila sejak you tak ada." Sofya hanya tayangkan senyum tawar. Bohong saja kesunyian padahal ada yang menemani.

Xuan sudah menayangkan wajah jelek. Menyampah dia mendengarkan kata dusta daripada bibir Ammara.

Sofya pula hanya mampu membisu. Dia tak tahu nak respon bagaimana, hatinya sakit mengenangkan perbuatan wanita itu.

" I nak ke washroom kejap." Ujar Sofya meninggalkan Xuan dan Ammara.

Sofya berjalan keluar dari dewan hotel lalu mencari tandas disekitar. Sofya tersenyum apabila sudah jumpa apa yang dicari.

Belum sempat Sofya menuju kearah tujuan. Tangannya direntap oleh seseorang membuatkan Sofya tersentak.

" You buat apa datang sini?" Wafiy mencengkam kuat tangan Sofya.

" I....I...."

" I apa?!!!" Jerit Wafiy kuat.

" I... I wakil bos I" Ujar Sofya takut-takut.

" Bohong." Wafiy tak mempercayai.

" Be- betul."

" Ahhh Sakit." Sofya merintis kesakitan apabila cengkaman Wafiy semakin kuat.

" You balik. Jangan nak rosakkan majlis I."

" Tak- Tak-" Sofya gelengkan kepala. Dia tiada niat lain. Dia cuma menemani Anita mewakili syarikat mereka.

" I tahu niat you Sofya. You nak tunjuk pada semua orang kan yang kita ada hubungan?" Sofya gelengkan kepala, sumpah Wallahi dia tiada niat pun untuk membongkar hubungan mereka.

" Such a good liar." Sikit pun Wafiy tak mempercayai kata-kata Sofya.

" I tak pernah tipu, I tiada niat lain." Jujur Sofya.

" Jangan pernah mimpi untuk revealkan hubungan kita. Faham tak?" Ujar Wafiy menguatkan cengkaman memberi sedikit ugutan kepada Sofya.

Sofya anggukkan kepala. Dia sedar diri dia siapa dimata lelaki itu.

" Now Go back." Wafiy melepaskan cengkaman lalu menolak batang tubuh Sofya menjauhinya.

Sofya hampir menangis apabila dirinya dilayan sebegitu rupa. Sofya atur langkah keluar daripada dewan dengan hati kecewa.

*

Sofya mengambil angin malam ditepi Taman Tasik Titiwangsa sambil duduk dibangku. Sofya ambil keputusan untuk terus balik setelah diusir oleh tuan rumah. Soal Anita, dia terpaksa menipu rakan sepejabatnya itu bahawa dia sedang tidak sedap badan dan ingin pulang. Kenapa kehadiran dia tak diingini sedangkan kehadiran Ammara boleh saja? Ah baru dia teringat, kedudukan dia jauh dikaki lelaki itu. Anytime lelaki itu boleh memijak dia.

Sofya menangis, kenapa dia langsung tiada nilai dimata Wafiy? Dia sudah berusaha untuk menjadi yang terbaik buat lelaki itu namun segalanya hampa. Lelaki itu takkan pernah menghargai kasihnya? Adakah dia dilahirkan untuk tak disayangi?

Sofya menangis menunduk. Kenapa harus dia? Sofya menekup wajahnya. Hatinya terlalu sakit.

" Haih, nangis airmata darah sekalipun. Lelaki tu takkan datang sini untuk pujuk kau." Sofya mengangkat wajahnya apabila ditegur sebegitu.

" Kau buat apa kat sini?" Soal Sofya terkejut tiba-tiba Arisy berada disebelahnya. Bukan ke sepatutnya Arisy berada disana?

" Aku nak spotcheck adik kawan aku ni, kut-kut lah bunuh diri ke apa ? Tak fasal keluar headline pula nanti."

Sofya rasa nak cilikan mulut Arisy. Bukannya lelaki itu ingin membantu menenangkannya malah lelaki itu menambah sakit dihati.

Sofya malas nak menjawab nanti takut berperang lidah. Sudah lah emosinya sedang terganggu.

" Huh." Keluh Sofya.

" Aku tahu apa yang jadi tadi. No worries, aku takkan ingatkan semula."

" Pergi balik Arisy. Aku tak ada mood lah. Kau tu dah lah tengah darah manis, nanti apa kata orang kita duduk berdua. Bukan ke kita dah deal? Jangan ganggu aku lagi boleh tak." Sofya hanya perlu waktu nak bersendirian tanpa gangguan.

" Aku tak nak balik selagi kau tak balik." Arisy berpeluk tubuh. Matanya tak lepas memandang Sofya. Jatuh kasihan kepada wanita itu, tak sangka Wafiy boleh halau girlfriend sendiri. Sudah lah tak diundang.

Sofya membuat mata keatas. Sofya hanya mendiamkan diri.

" Okay kalau kau tak nak balik, biar aku teman kau."

" Please lah, ingat diri tu sikit. Kau tu tunang orang." Sofya menolak permintaan Arisy untuk menemaninya.

" I know but-"

" No but Arisy. Just go away." Pintas Sofya. Dia menyampah dengan Arisy dan tak memerlukan kehadirannya pun. Kenapa lelaki itu perlu ada disampingnya.

Sofya memeluk tubuh dengan erat. Sejuk mula menguasai diri. Melihat Sofya seakan kesejukan, Arisy membuka tuksedo miliknya lalu dia sarungkan kebadan Sofya.

" Take care. Aku balik dulu." Ujar Arisy sebelum angkat punggung. Dia pun bingung kenapa dia mengikuti Sofya tadi selepas kejadian tadi berlaku dihadapan matanya.

Dari mata Sofya, dia melihat Sofya sedang kecewa sangat. Wanita itu seperti memendam rasa.

Arisy berjalan meninggalkan Sofya sendirian. dengan hati berat. Dia tak tegar sebenarnya meninggalkan Sofya sendirian disitu.

" Arisy!!!!" Arisy berpaling apabila namanya dipanggil.

Sofya berjalan laju menghampiri Arisy.

" Kenapa?"

Sofya menghulurkan tuksedo milik Arisy. Dia ingin memulangkannya semula. Dia tak perlu perhatian daripada lelaki itu.

" Ambil lah balik. Aku tak nak."

Arisy tayang wajah geram.

" Pakai aja lah. Lagipun kau kan sejuk. So why not aku bagi pinjam." Arisy menolak.

Sofya ketap bibir sambil gelengkan kepala. Dia tak memerlukannya pun.

" Aku ambil tapi dengan syarat aku kena teman kau healing time. Okay?!"

Arisy tak tahu apa yang merasuk fikirannya sehingga sanggup ingin menemani gadis malang itu.

How To Love YouWhere stories live. Discover now