26

559 40 4
                                    

Wafiy terduduk diatas lantai sambil bersandar lemah pada dinding. Matanya mengeluarkan bening. Bening kesedihan yang cukup dahsyat. Dia mengenggam erat surat ditangan. Berita yang paling memilukan dia pernah dapat. Doktor telah mengesahkan dia menghidap penyakit kanser hati jadi wajarlah wajahnya kelihatan sangat pucat.

Wafiy mengangkat kakinya lalu dia menyembamkan wajahnya dilutut. Seluarnya sudah basah sedikit akibat air mata yang keluar.

" Puan Iris Sofya."

Lantas Wafiy mengangkat kepalanya saat mendengar suara nurse menyebut nama Sofya. Wafiy agak terkejut melihat sosok seseorang dimasa lalunya yang sedang mengambil ubat dikaunter.

Wafiy menyeka airmatanya lantas bangkit berdiri. Dia bangkit lalu mendekati Sofya. Mata Sofya menangkap lelaki yang berada disebelahnya.

Sofya tak menyangka dapat bertemu Wafiy di Klinik Asia kerana kebetulan tadi Sofya juga ingin mendapatkan rawatan disini.

" Hi." Sapa Wafiy kekok.

Sofya buat bodoh malah tak membalas sapaan Wafiy. Dia hanya mengambil ubat lantas ingin berlalu keluar daripada klinik.

" Wait." Wafiy mengejar Sofya.

Sofya tayang wajah menyampah.

" APA?" Bentak Sofya ingin menjauhi Wafiy.

Wafiy lantas meraih lengan Sofya sebelum wanita itu meninggalkannya.

" Apa ni?" Sofya menepis. Wafiy tertunduk lalu menjauhi tangannya.

" Sorry but If you don't mind. I need shoulder." Ujar Wafiy malu-malu. Bibir bawah diketap.

" Shoulder?! Who?!" Soal Sofya bingung.

" You."

Sofya ketawa halus mendengar jawapan daripada Wafiy.

" Sorry, my shoulder not available for you. My shoulder just for my husband only." Jawab Sofya lebih sarkastik.

" Bahu I ni untuk yang istimewa saja dan telinga I ni tak available untuk dengar suara you pun."

Wafiy mengetap bibirnya. Rahangnya kelihatan seakan menahan marah. Jujur dia cemburu bila cepat benar Sofya berpaling arah. Secepat itu Sofya melupakan cintanya. Jauh disudut hati Wafiy, dia tersangat menyesal kerana mempermainkan hati semulia Sofya.

" I'm sorry." Ujar Sofya dengan tayang wajah menyampah.

" Tolong lah Sofya. I tak tahu nak luahkan pada siapa. I cuma nak you dengar isi hati I."

Sofya memutarkan biji matanya. Dia tayang wajah malas. Dia tak ingin pun dengar apa-ap daripada mulut Wafiy.

" Talk to my hand." Sofya angkat tangan kanannya.

" Fine." Macam orang bodoh, Wafiy sanggup bercakap dengan tangan Sofya apabila tuan badan sendiri tak nak layan kehendaknya.

Sofya terbungkam apabila melihat tingkah Wafiy. Mata Wafiy tepat memandang telapak tangannya yang dihadapkan kearah wajah Wafiy.

" I ada penyakit. Doktor diagnosis I ada kanser hati. I sedar selama ini I ada simptom tapi I hanya buat tak tahu. Sepatutnya I buat rawatan kat hospital tapi I tak nak. I sanggup buat rawatan kat klinik. I tak tahu kenapa I jadi macam ni. I patut dapatkan rawatan yang betul." Ujar Wafiy menunduk. Airmatanya kembali merembes keluar.

Sofya menurunkan tangan. Dia tak menyangka yang Wafiy separah ini.

" Kenapa you bagitahu I semua ni?" Soal Sofya ingin tahu.

" Sebab hanya you je layak tahu semua ni. If I bagitahu Ammara pun, dia takkan ambil peduli."

" Tapi you still ada parents yang boleh support semangat you."

How To Love YouWhere stories live. Discover now