31

584 39 3
                                    

" Abang...abang bangun please." Sofya menggoncang bahu Arisy tatkala suaminya sedang diulit mimpi lena.

"Hmm." Arisy hanya menggumam tanpa membuka mata.

" Bangun lah." Sofya mengejutkan Arisy dengan susah payah. Sofya menarik geram selimut yang membaluti batang tubuh suaminya namun masih tiada tanda-tanda suaminya ingin bangun.

" Abang, tolong lah bangun." Sofya mengejutkan suaminya. Dia inginkan sesuatu.

Arisy membuka matanya sedikit melihat wajah Sofya.

Sofya pula tayang wajah penuh pengharapan.

" Sayang nak apa?" Arisy menutup mulutnya seraya menguap.

" Sayang mengidam. Bangun please." Sofya tayang segaris gigi putihnya.

Mendengar perkataan mengidam, Arisy terus tayangkan wajah malas. Matanya mengerling jam ditepi katil yang sudah menunjukkan angka 3 pagi.

Terus membulat matanya.

" Boleh lah abang." Rayu Sofya.

" Sayang mengidam apa tengah malam buta ni?" Soal Arisy seraya bangun. Tubuhnya disandarkan dikepala katil.

" Sayang teringin nak makan MacDonald." Ujar Sofya seraya menayangkan wajah comel.

" Esok saja lah sayang. Dah malam sangat ni."

" Tak nak. Nak sekarang jugak." Sofya tayang wajah cemberut.

" Esok please,abang mengantuk."

Sofya tarik nafas geram.

" Oh time sayang mengidam ada aja alasan tapi time nak buat anak sanggup aja berjaga sampai pukul 3 pagi ya?"

Arisy terus menekup mulut Sofya. Padan lah muka, siapa suruh tak nak ikut kehendak cik isteri. Tak fasal kena ungkit benda yang mengaibkan.

" Okay okay abang beli sekarang." Arisy mengalihkan tangan ke pipi tembam Sofya.

Sofya senyum kemenangan tatkala Arisy sudah bangun daripada katil. Arisy masuk kedalam bilik air lantas mencuci mukanya.

" Dah jom pergi cari Macdonald." Arisy keluar daripada bilik air lantas mengambil dompet miliknya.

" Yeah!!!!!" Sofya menjerit keriangan. Nasib baik Sofya minta makan MacDonald. Kalau minta makan benda lain. Berkicap Arisy hendak mencarinya ditengah malam buta.

Sofya memegang tangan Arisy yang dihulur lantas digenggam.

Arisy membawa Sofya drive thru 24 jam sahaja. Tak kuasa dia nak makan didalam francais tersebut. Nasib Sofya tak kisah.

Sofya boleh pula memesan dua set happy meal. Arisy hanya tayang wajah segan tatkala staff Macdonald tersebut memandangnya dengan pandangan lain macam. Memang lah tak salah order apa kita mahu, tapi situasi tak kena. Itu sahaja yang buat Arisy segan.

" Kenapa budak tu tadi tengok abang semacam? Dia suka abang ke?" Soal Sofya polos ketika didalam perjalanan pulang. Mulutnya mengunyah nugget.

" Bukan lah." Arisy gelengkan kepala.

" Ceh yeke? Siap dia kalau kacau suami orang. Macdonald tu sayang bakar." Ujar Sofya kegeraman.

" Sabar ya sayang." Arisy mengusap kepala Sofya sekejap sebelum fokus kepada pemanduannya.

Sofya anggukkan kepala seraya sambung mengunyah.

*

" I love you." Ucap Arisy lalu mencium dahi Sofya.

How To Love YouWhere stories live. Discover now