18

455 45 19
                                    

" ADIK!!!!" Sofya terkejut apabila disergah oleh Yusof. Mata Yusof mencerlung memandang Sofya.

Sofya menelan air liur kesat. Sekejap lagi memang mati lah dia.

" Abang." Sofya memaniskan wajah. Didalam hati dia dah bergelora.

" Pukul berapa ni baru balik? " Yusof bercekak pinggang sambil berdiri dihadapan pintu utama. Jam sudah menunjukkan angka 12 tengah malam. Waktu sebegini, kedua orang tua mereka sudah tidur. Tadi Sofya keluar selepas isyak semasa Yusof baru sampai rumah.

" Adik minta maaf." Ujar Sofya menunduk.

" Aku minta maaf sebab hantar adik kau lambat." Sofya mendongak lantas berpusing melihat Arisy dibelakangnya. Mamat ni memang satu hari tak sah kalau tak cari pasal.

" Aik? Bukan ke Sofya keluar seorang ke tadi? Eh wait-" Yusof mengamati sesuatu yang tak kena dengan Sofya.

" Wait a minute- " Mata Yusof membesar.

" Kenapa Sofya pakai baju lain? Tadi bukan pakai hoodie ke? Ini kenapa dah tukar kemeja pulak ni?" Ingatan Yusof kuat mengingat pakaian terakhir yang dipakai oleh adik perempuannya.

Mati lah korang berdua, Yusof dah soal siasat.

Sofya ketap bibir. Punca bajunya bertukar kerana tadi Arisy tertumpahkan air bikarbonat sehingga terkena baju hoodie miliknya.

" Korang buat apa hah?" Matanya menjeling kedua manusia dihadapannya.

" K-kitaorang tak buat yang aneh-aneh bang. Air tumpah tadi itu yang adik pinjam baju Arisy." Ujar Sofya jujur.

Yusof menghantar pandangan tak percaya. 

" B-betul bang. Kan Arisy?" Sofya mendongak memandang Arisy dan berharap Arisy jujur.

" Sorry, kita orang tak sengaja."

Sofya terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Arisy.

Tak sengaja apa pulak ni?

Lagi membulat mata Yusof.

" Kau?!!!!!!" Yusof nak menumbuk wajah Arisy namun cepat Arisy mengelak.

" Sorry Yusof." Ujar Arisy dengan wajah serba salah.

Sofya sudah gelengkan kepala. Ini dah salah faham. Arisy membuatkan keadaan bertambah salah faham.

" Ya Allah korang buat apa ni? Tak ingat Allah ke?" Yusof meraup wajahnya dengan kesal.

" Tak bang. Tak! Tak! Kita orang tak buat apa-apa pun." Sungguh-sungguh Sofya menafikan. Memang betul dia tak buat yang bukan-bukan dengan Arisy.

" Astagfirullahallazim." Yusof memegang kepalanya.

" Kau ni dah kenapa? Tak ada akal ke? Kenapa adakan cerita yang tak ada." Sofya merengus marah. Rasa benci kepada Arisy semakin membuak-buak.

Arisy masih buat muka serba salahnya.

" Aku tak kira aku nak korang kahwin."

Sofya membulatkan matanya lantas gelengkan kepala. Dia tak mahu.

" Tapi Arisy dah ada tunang."

" Masa buat tak ingat pulak yang dia ni ada tunang dan kau Arisy masa kau buat kau tak ingat ke diri kau siapa?" Ujar Yusof bengang.

" Minta maaf Yusof."

" Minta maaf tak guna benda dah jadi. Kau nak tanggungjawab tak?"

Arisy anggukkan kepala.

" Eh apa ni?" Sofya tidak setuju. Dorang tak buat apa-apa pun. Boleh tahan drama Arisy ni.

" Adik diam. Pandai buat pandai tanggung. Karang bunting , siapa nak jawab. Cukup untung Arisy nak tanggungjawab."

How To Love YouWhere stories live. Discover now