10

403 32 4
                                    

Sofya melangkah menuruni tangga dengan semangat. Perut berkeroncong perlu diisi. Saat Sofya jejak kaki ke anak tangga terakhir langkahnya terhenti. Dia kaku melihat sekujur tubuh yang sedang seronok berbual dengan Yusof diruang tamu. Sekujur tubuh seseorang yang sangat dia kenali.

Sofya menggosokkan matanya seakan tak percaya dengan apa yang dia lihat.

" Adik." Yusof memanggil Sofya. Yusof terkejut melihat penampilan Sofya. Agak memalukan.

Sofya tersentak daripada lamunan. Panggilan daripada Yusof dia abaikan. Pantas Sofya berlari kembali kedalam bilik.

" IBU!!!!!!!!!!" Jerit Sofya malu.

Mana taknya, Sofya hampir terlupa yang dia baru bangun tidur. Sudah lah bersinglet hitam dengan kain batik sahaja. Rambut dia sudah lah tengah serabai.Dia sangka Abang Yusof sudah keluar tadi, itu yang dia bantai tidur petang sekejap. Bila dia bangun, tiba-tiba saja ada tetamu tak disangka dan abang Yusof.

" Dia tu adik kau ke?" Soal Arisy seakan tak percaya.

" Haah. Tulah adik aku yang jarang ada kat rumah. Dulu dia sewa dengan bestfriend dia tapi sekarang dia dah balik sini semula."

Arisy tergamam seakan tak percaya. Tak sangka yang Sofya adik kawan dia sendiri. Kecil sahaja dunia ni.

Arisy dan Yusof dulu pernah menjadi rakan satu bilik ketika mereka masih belajar disebuah universiti awam.

Setelah graduasi, Arisy menerajui syarikat bapanya manakala Yusof ambil keputusan untuk masuk ke perkhidmatan awam.

" Kecik je dunia ni." Arisy gelengkan kepalanya.

" Kenapa?" Yusof menjungkitkan sebelah keningnya memandang Arisy.

" Tulah bestfriend tunang aku. Rupanya adik kau."

" Lah yeke? Allah kecik je dunia." Yusof ketawa kecil. Selama ini dia tak tahu pun sebab dia tak suka ambil tahu pasal orang. Lagipun Ammara bukannya ada kaitan dengan dia jadi dia tak ambil tahu siapa tunang Ammara dan dia baru bertemu semula dengan Arisy setelah putus hubungan hampir beberapa tahun dan baru sebentar tadi dia tahu yang Arisy sudah bertunang.

Itupun dia bernasib baik bertembung dengan Arisy tadi itu yang dia ajak Arisy kerumahnya.

Arisy anggukkan kepalanya.

" Sorry lah kalau perangai adik aku buat kau tak selesa."

Arisy hanya senyum. Dia tak kisah walaupun matanya hampir buta tadi melihat pemandangan yang tak sepatutnya.

*

Sofya memukul kuat belakang badan Yusof saat lelaki itu sedang memasukkan pakaian dalam bagasi didalam biliknya. Sengaja nak buat onar lah tu.

" Aduh." Yusof mengaduh sakit apabila diserang secara tiba-tiba.

" Ini semua salah abang. Malu adik tahu tak?" Ujar Sofya tak puas hati. Dia berpeluk lalu duduk selamba diatas katil Yusof.

" Apa pulak salah abang? Yang adik tu bangun tidur terus turun kenapa? Tak boleh ke mandi dulu ke apa? Tengok kiri kanan dulu ada apa. Tak boleh?" Soal Yusof sedikit tegas mempertikaikan perlakuan tak senonoh Sofya.

" Malas lah nak cakap dengan abang ni. " Sofya mendongkol geram tak puas hati padahal salah sendiri yang tak peka.

Yusof gelengkan kepala lalu hela nafas tak puas hati. Susah betul nak jaga adik perempuan dia yang seorang ni. Kan bagus kalau dia kahwinkan saja adik perempuan dia ni. Senang sikit beban dia nak menegur tapi dia tak boleh begitu, Sofya adalah amanah untuknya.

How To Love YouWhere stories live. Discover now