05

398 30 1
                                    

" Hah! buat apa tu?" Ammara menyergah Sofya didapur saat Sofya memasukkan makanan kedalam tupperware.

" I tengah prepare makanan untuk Wafiy. Nanti dia tak payah lunch kat luar. I siapkan bekal untuk dia." Ujar Sofya semangat sambil tangannya lincah membuat kerja.

" Beruntungnya boyfriend you." Puji Ammara padahal dia kesian pada Sofya. Setiap kali Sofya membawa bekal, Wafiy takkan menjamahnya. Wafiy akan melempar didalam tong sampah.

Ammara tahu kerana Ammara akan satu office dengan Wafiy. Wafiy adalah majikannya dan Ammara memegang jawatan secretary lelaki itu sebab setiap kali Sofya buat bekal, dia akan meminta Ammara untuk mengirimkannya kepada Wafiy.

Ammara pun tak tahu kenapa Wafiy tak nak menjamahnya. Air tangan Sofya pun boleh dikira tahan sedap.

" Of course lah. Dia kan boyfriend so I kena lah ikat perut dia."

" You ni beria sangat ambil hati dia tapi dia asyik tak acuh saja pada you. Boyfriend apa macam tu? Asyik tak nak jumpa je. Macam you ni couple dengan halimunan. Cuba bagitahu I berapa kali korang berjumpa? Berapa banyak effort you ? " Ammara berpeluk tubuh sambil memandang Sofya. Dia tak nak Sofya terlalu beria.

Sofya hela nafas berat.

" Wafiy kan tengah busy jadi I kena lah faham dia tengah tak ada masa. Sebagai girlfriend I kena lah memahami kan lepastu tak manis lah kalau kerap jumpa kalau belum ada ikatan yang sah." Jawapan hanya sedapkan hati sendiri.

" Asyik kita je nak faham dia habis tu dia tak nak faham kita ke? Kalau bab menjawab memang you aje lah nombor satu." Ammara rasa nak menyiat mulut Sofya. Geram sangat!

" Okay okay stop it."Sofya menunjukkan telapak tangannya menyuruh Ammara berhenti bercakap.

" Tengok lah. Asyik nak backup Wafiy je. I cakap apa pun memang you tak nak layan."

" I bukan back-up dia cuma I tengah bertoleransi dengan hubungan kitaorang. I tak nak lah push dia."

" Ini bukan pasal toleransi, kalau dia betul sayangkan you dia kena tunjuk effort dia sayangkan you dan jangan bagi you harapan. Kenapa dia bercinta dengan you  dan kenapa dia tak nak jumpa you. Tak ada nampak pun effort dia nak kan you."

Terkadang Ammara geram, kenapa Wafiy layan dia dengan Sofya jauh beza tak boleh ke lelaki itu tunjukkan sikit yang dia tu ada hubungan yang baik dengan Sofya.

Wafiy hanya membuatkan keadaan bertambah semakin rumit.

Sofya hanya membungkam. Ada benarnya dalam kata-kata Ammara. Dalam hubungan mereka nampaknya Sofya seorang saja yang paling beria.

" I nasihat demi kebaikan you juga."

Sofya hanya lemparkan senyum.

*

Arisy meneguk rakus air kencing setan sambil melayan perasaan di apartment milik Xuan. Arisy duduk diatas sofa panjang diruang tamu berhadapan dengan balkoni.

Dia tak suka meminum arak di kelab malam, kalau orang tahu dia hidup sosial teruk nanti reputasi dia akan jatuh. Lebih baik dia meneguk minuman arak dirumah setiausaha dia. Kebetulan Xuan juga seorang non muslim dan peminum alkohol. Ammara juga tak boleh sisi buruk dia yang satu ini.

Xuan pun sudah sedia maklum tentang perangai Arisy yang tak serupa orang islam. Xuan sendiri tiada ramai kenalan jadi tak salahnya jadikan bos sendiri sebagai teman diluar waktu kerja disamping itu ada juga teman untuk minum minuman keras bersama.

Selalunya jika Arisy minum, dia takkan pulang kerumah. Dia akan menginap dirumah Xuan sehingga esok pagi dan akan pulang kerumah tanpa ibu bapa Arisy syak apa-apa. Alasan yang akan diberikan oleh Arisy adalah dia harus buat kerja lebih masa bersama Xuan dan terpaksa menginap kerana tak dapat memandu dalam keadaan badan yang penat padahal anaknya sibuk bermabuk dirumah orang.

Jika Arisy datang untuk minum mesti lelaki itu sedang ada masalah. Xuan tak tahu apa yang membelenggu fikiran Arisy kerana Arisy jarang sekali akan membuka mulut tentang masalah peribadinya. Kalau lelaki itu rasa nak cerita dia akan cerita.

" Cukup lah tu bos." Xuan mengambil botol arak yang berada ditangan Arisy.

Arisy mendengus geram. Dia menarik kembali tangan Xuan menghampirinya.

" Kalau stok arak kau habis nanti aku ganti." Ujarnya kasar lalu meneguknya lagi.

Tergeleng kepala Xuan. Dia tidak kisah kalau stok arak dia habis tapi dia takut jika Arisy terlebih minum. Kalau Arisy sudah mabuk teruk memang dia akan bertindak luar kawalan.

Ada pernah sekali Arisy hampir ingin mencium Xuan namun cepat Xuan bertindak menumbuk wajah Arisy. Esoknya Xuan hampir dipecat , sebelum Arisy pecat dia menceritakan hal sebenar punca Arisy hampir menciumnya sebab tu dia terpaksa menumbuk wajah majikannya. Arisy pula takut rahsia terbongkar terpaksa menyimpan Xuan disyarikatnya kerana itu salah dia sendiri yang minum berlebihan.

Selalunya Xuan takkan minum berlebihan. Sekadar secawan dua sudah cukup tapi tidak pada Arisy, lelaki itu mampu meneguk sehingga tiga botol arak. Memang gila.

Arisy meneguk buat kali terakhir sebelum terlena diatas sofa. Xuan gelengkan kepala lalu dia membaringkan tubuh Arisy. Xuan membersihkan meja kopi yang berselerak dengan botol arak yang telah kosong lalu dia buang kedalam tong sampah didapur.

" Sayang. Hmm. Sayang." Xuan gelengkan kepala apabila Arisy sudah mula meracau.

Nak atau tidak, terpaksa lah Xuan menjaga majikannya malam ni. Dia takut nanti Arisy bertindak luar kawalan. Orang kalau mabuk mana pernah buat benda betul.

*

Sofya merenung lama telefon bimbitnya. Pipinya dibasahi oleh linangan air mata. Bunyi desahan yang terngiang ditelinganya membuatkan dia bertambah sedih.

Tadi dia ada menghubungi Wafiy dan panggilan itu berangkat. Bukan suara Wafiy menyapa tapi suara desahan Wafiy dan seorang perempuan membuatkan hati Sofya retak. Panggilan itu tak lama, Sofya terus mematikannya kerana dia tak sanggup lagi untuk mendengar.

Dia tak sangka yang Wafiy sanggup bermain perempuan dibelakangnya. Sofya menyembamkan wajahnya distereng kereta. Hatinya sakit, jiwanya luluh.

Sofya angkat kepala. Saat dia mengangkat kepala, dia melihat dua sosok yang sangat dia kenali bergandingan tangan keluar daripada hotel dihadapannya.

Sofya menggenggam erat telefon bimbitnya sambil menahan marah. Jadi suara desahan perempuan tadi adalah suara sahabat baiknya sendiri?

Pagi tadi bukan main Ammara menasihatkannya tapi dalam diam Ammara bermain kayu tiga dibelakangnya.

" Kau ambil hak aku, aku ambil hak kau." Ujar Sofya. Jangan harap Sofy akan berdiam diri.

Sofya menyeka airmatanya. Tunggu lah Ammara, jangan menangis kalau tunang kau nanti Sofya ambil pula.

Dia betul-betul kecewa dan sakit hati apabila insan yang dia anggap macam keluarga sendiri telah mengkhianati kepercayaan dia.

How To Love YouWhere stories live. Discover now