32

774 37 11
                                    

Sofya memuncungkan bibirnya saat Arisy memaksanya masuk ke kelas ibu mengandung. Sofya sebenarnya malas nak beraktiviti tapi boleh pula suaminya memaksa dia memasuki kelas tersebut.

"Muncung sayang tu boleh sangkut hanger."  Sofya terus menghantar pandangan tak puas hati kepada Arisy setelah itu dia pandang ke sebuah bangunan studio dihadapannya.

" Jelingan maut membunuh babe." Arisy memegang pinggang Sofya sebelum masuk kedalam studio.

Sofya terus menutup kedua telinganya, tak sanggup dah nak dengar apa-apa daripada mulut Arisy.

" Sayang jangan lah marah, hujung minggu abang sanggup tau teman sayang ke kelas. Sayang korban kan lah masa sayang kat rumah demi baby." Arisy menyengih sehingga kedua pipinya berlekuk.

Sofya tarik nafas panjang sebelum berjalan mendahului Arisy. Arisy hanya mampu gelengkan kepala. Benarlah kata Yusof, menerima Sofya kena banyak bersabar.

Mereka masuk ke dalam dan melihat beberapa pasangan sedang menunggu. Sofya lantas melihat perutnya yang sudah semakin besar. Air liur ditelan. Rata-rata ibu mengandung yang dia lihat sudah mempunyai perut besar.

" Tak terberanak ke kalau kita buat aktiviti ni?" Soal Sofya dalam nada perlahan.

Arisy menepuk dahinya tanpa menjawab soalan yang meniti dibibir isterinya.

" Aktiviti disini tak membahayakan malah aktiviti kami disini menggalakkan ibu mengandung agar dapat bersalin dengan mudah." Jawab salah seorang instructor yang sedari tadi berada dibelakang Sofya dan secara tak langsung mendengar soalan Sofya.

Sofya terus menoleh dan menyengih tak bersalah. Dia yang malu sendiri terus mengambil tempat bersama Arisy seperti pasangan lain yang sudah siap sedia dengan kelas tersebut.

" Okay baiklah, Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua bakal parents. Nama saya adalah Fara dan saya akan menjadi instructor anda semua pada hari ini. Untuk hari pertama kita akan buat senaman ringan untuk ibu mengandung dan saya harap para suami dapat membantu para isteri anda ketika melakukan senaman dan jangan risau senaman yang kita akan buat takkan membahayakan kandungan " Sempat lagi mata Fara menangkap wajah Sofya saat wanita menghabiskan ucapannya.

Belum lagi aktiviti dimulakan Sofya dah tayang muka bosan. Sofya cuba untuk mengikhlaskan diri ketika berada didalam kelas tersebut. Arisy tentunya yang paling bersemangat ketika mengikuti kelas tersebut.

Aktiviti pertama mereka hari ini hanya lah pemanasan badan dan senaman ringan sahaja. Itu pun sudah cukup melelahkan bagi Sofya. Sofya sudah tanam sesuatu, selepas kelas ini dia nak pau Arisy beli Baskin Robbin tak pun Haagen Dasz. Kalau dapat dua-dua sekali, memang rezeki terpijak namanya. Tanpa sedar, Sofya tersengih seorang diri.

" Uhukkkkk" Arisy pura-pura batuk dihadapan Sofya supaya isterinya tersedar dialam nyata. Bukan dia tak tahu yang fikiran Sofya sedang berada dialam lain. Sofya garu kepala saat tingkahnya diperasan oleh Arisy. Sofya menunduk malu lantas tersengih.

" Abang....." Sofya memanggil suaminya dengan meleret ketika kelas sedang bersurai. Tangan dia pautkan manja pada lengan sang suami. Kepala didongakkan.

Arisy menunduk melihat Sofya disebelahnya. Kening sebelah kanan diangkat. Arisy pasti mesti ada sesuatu yang diinginkan oleh Sofya.

" Nak apa?"

Sofya gigit bibir bawah.

" Nak aiskrim boleh?" Mata Sofya dikerdipkan beberapa kali.

Arisy hela nafas ringan. Nasib baik isterinya minta aiskrim saja dan bukan benda yang pelik-pelik. Kalau tak, mahu pening kepala Arisy nak mencarinya nanti.

How To Love YouWhere stories live. Discover now