12

377 29 6
                                    

" Wafiy tengok ni. Mana yang paling cantik?" Ammara duduk diatas pangkuan Wafiy sambil menunjukkan skrin telefon bimbitnya. Mereka sedang duduk berpangkuan diatas sofa. Dia menunjukkan beberapa keping gambar wedding dress kepada Wafiy untuk meminta pendapatnya. Kepalanya disandarkan dibahu Wafiy.

Wafiy melihat tanpa rasa minat. Kenapa Ammara perlu tanya dia? Dia tiada kaitan pun dengan urusan perkahwinan wanita itu.

" You....." Panggil Ammara geram apabila Wafiy hanya mendiamkan diri.

" You sepatutnya tanya your fiance not me." Menyungut Wafiy.

" I dah tunjuk. Dia cakap I pakai apa pun cantik tapi I tak puas hati lah. I nak nampak paling cantik nanti."

" Betul lah tu, you pakai apa pun cantik."

Ammara tersenyum simpul. Dia menyembamkan wajahnya didada Wafiy manakala Wafiy memeluk erat pinggang Ammara.

Akhirnya memasing diam dalam melayani perasaan sendiri.

" You masih nak dengan I lagi tak if I dah kahwin nanti?" Soal Ammara tiba-tiba.

Wafiy gigit bibir mendengar soalan daripada Ammara.

" I masih nak dengan you. I tak tahu pula you macamana nanti. Mana lah tahu Arisy lebih hebat layan you berbanding I."

" No one can beat you sayang." Ammara meletakkan telefon bimbitnya diatas meja kopi bersebelahan dengan sofa. Tangannya pantas memegang kedua belah pipi Wafiy.

Wafiy hanya mencebir bibir.

" Jangan lah buat bibir macam tu. I gigit nanti baru tahu." Ujar Ammara geram saat lelaki selingkuhannya buat bibir sebegitu.

" Okay then." Ujar Wafiy nak tak nak. Wafiy pasang wajah tiada mood.

" You kenapa ni? Macam tak ada mood aje. You tak suka ke I tanya pasal wedding dress tu hmm?" Soal Ammara ingin tahu.

" Tak ada apa lah. I tak ada masalah pun, lagipun you dah nak kahwin kan so kenapa I perlu tak ada mood? Not my problem."

Ammara mengunggam. Dia memeluk erat batang tubuh Wafiy. Dia tak tahu kenapa dia ingin berhubungan dengan Wafiy sedangkan dia tahu Wafiy milik Sofya. Dia yang membuka langkah sendiri nak mendekati Wafiy dan tak sangka Wafiy turut memiliki langkah yang sama. Kerana masing-masing mempunyai pasangan sendiri jadinya mereka membuat keputusan agar menjadi teman selingkuh. Hubungan yang berasaskan nafsu semata.

" Okay then, I'm sorry. Lets not talk about this okay? Lets talk about us."

" Hmm." Wafiy hanya anggukkan kepala dan seakan rasa fikirannya didalam alam lain. Badannya saja disitu.

Dia tak tahu kesudahan hubungan mereka. Yang pastinya dia akan masih lagi menjalani hubungan haram ini sehingga Ammara bergelar isteri Arisy.

Dia terfikir, lantas bagaimana dirinya? Hubungannya bersama Sofya pun bagai tiada hala tuju. Patutkah dia meninggalkan gadis seperti Sofya? Gadis yang setia menunggunya saat dia dalam diam mencurangi gadis itu. Diri dia sendiri yang membuatkan gadis itu seperti tidak ada.

" Sayang, jangan lah mengelamun." Ammara berdecit lalu mencubit geram pipi Wafiy.

" Sorry. I sakit kepala." Bohong Wafiy menutup keresahan dihati.

" Meh I urut." Ujar Ammara memicit perlahan kepala Wafiy.

" No need. Urut benda lain aja lah." Wafiy menolak tangan Ammara lantas mengenggam tangan gadis itu.

" Nakal. I know what do you want." Ammara tersengih penuh makna.

Wafiy turut membalas membalas sengihan si kekasih sebelum mereka meneruskan hubungan asmara tiada kesudahan. Syaitan bertepuk tangan melihat perlakuan jijik mereka.

*

" Balik lah Arisy. Tak nampak ke dah tengah malam ni?" Ujar Sofya tak puas hati melihat sekujur tubuh bersandar dikereta sambil memeluk tubuh dihadapan pagar rumahnya. Sesekali mata Sofya menjengah kedalam rumah. Kut-kut ibunya memasang telinga ditepi tingkap. Risau pula dia nanti.

" Aku takkan balik selagi kau tak unblock aku dan one more thing, urusan kita belum selesai."

" Hisy patutnya kau bersyukur aku block kau. Kau tu tunang orang so tak perlu lah contact dengan perempuan lain. Anggap aja lah urusan kita dah settle." Ujar Sofya bengang. Sudah lah dia tengah emosi dengan Wafiy, ini tambah lah mamat selenga ni menambah emosi dia.

Sikit hari lagi dia boleh masuk wad gila kerana terlampau stress dan emosi.

" No way, kau block aku takkan aku nak lepaskan tangan macam tu je " Arisy gelengkan kepala. Dia takkan berganjak daripada situ selagi Sofya tak ikut kehendak dia.

" Balik lah Arisy nanti ibu apa kata ibu aku pula tunang Ammara datang sini dan apa tentang kita kira burn saja. Berhambus lah." Ujar Sofya memperlahankan suaranya menghalau Arisy.

" Small matter right bagi kau?"

Sofya anggukkan kepalanya terpaksa. Dia tiada pilihan selain menghalau Arisy balik secepat mungkin. Tak nak Puan Salwa curiga mereka berdua berduaan diluar rumah.

" Kalau ibu kau tahu macamana? Bibir anak dara dia dah tak suci lagi."

Sofya mengigit bibir geram. Kalau dia hempuk mamat ni memang menggelupur karang.

" Jangan cari pasal boleh tak? Apa masalah kau ni?" Sofya bengang. Bukan nak minta maaf atas keterlanjuran diri sendiri malah membuka jalan untuk cari gaduh pula.

" Masalah tu daripada kau. Yang gatal sangat pergi rumah jantan tu buat apa? Kan dah tak pasal dapat free kiss. Dah lah minta pulangkan balik kiss, gila ke?"

Sofya ketap bibir geram. Arisy ni memang cari pasal betul lah, kenapa dia nak mempertikaikan kesalahan dia? Sofya tak ada pula nak mempertikaikan kesalahan Arisy. Arisy pun salah, kenapa lelaki itu meneguk air haram?

Sofya hela nafas marah.

" Shut up dan berhambus." Sofya menghalau Arisy. Dia rasa nak meletop ni.

" Aku takkan balik." Arisy mengabaikan arahan Sofya menyuruhnya agar pulang.

" Okay fine. Tunggu lah situ sampai subuh." Sofya berpaling ingin masuk kedalam rumah.

" Mak cik, anak mak cik kan -" Jerit Arisy tiba-tiba sehingga Sofya terpaksa pantas berlari kembali kearah Arisy lantas ingin menutup mulut lelaki itu walaupun terpaksa berjingkit. Arisy terlalu tinggi nak dibandingkan dirinya yang terlalu kecil dan pendek.

" Okay aku unblock kau dan jangan nak malukan diri sendiri boleh?" Pinta Sofya.

Arisy gelengkan kepala sehingga menambah ketidakpuasan hati Sofya. Mamat ni memang kena minta kerat 16.

" Please Arisy. Nak apa ni?" Sofya mengalihkan tangannya. Dia tak tahu apa yang bermain difikiran Arisy.

" Lets make a deal. Kau simpan rahsia aku, aku simpan rahsia kau dan yang pasti kau kena unblock aku. Baru aku takkan ganggu kau dan urusan kita kira burn." Arisy menyuarakan keinginan hatinya.

Sofya tarik nafas berat. Nampaknya dia yang membuat dirinya murah dimata lelaki itu.

" How?" Soal Arisy inginkan jawapan. Dia tak puas hati melihat Sofya berdiam.

" Mak Cik-" Jerit Arisy tiba-tiba.

" Okay deal."

How To Love YouWhere stories live. Discover now