30

468 38 5
                                    

" Assalamualaikum." Sofya melangkah masuk kedalam kediaman milik keluarga Wafiy setelah pembantu rumah keluarga itu mempelawa dia untuk masuk. Kalau ikutkan hati dia tak nak jejakkan kaki kerumah ini lagi tapi atas desakan Datin Sri Nora dia terpaksa datang jugak itupun dengan keizinan dan syarat diberikan oleh Arisy. Sofya pun tidak tahu mengapa Datin Sri Nora beria mencarinya kembali setelah sekian lama putus hubungan.

" Wa-Waalaikumusalam." Datin Sri Nora agak tersentak dan kegugupan melihat fizikal Sofya yang sedang berbadan dua. Dia tak menyangka perubahan Sofya begitu drastik setelah beberapa bulan tidak ketemu.

" Datin apa khabar?" Sofya cuba beriak manis. Tangan dihulurkan dan disambut.

" Khabar baik. Sofya?"

" Alhamdulillah baik."

" Maafkan aunty. Aunty terpaksa panggil Sofya datang sini. I thought you guys still together but-" Datin Sri Nora menggantung ayatnya.

Sofya ukir senyuman pahit.

" Hubungan kami dah lama berakhir Datin."

Datin Sri Nora tertunduk kecewa.

" Aunty tak tahu. Aunty cuma nak minta tolong Sofya something boleh? " Mata Datin Sri Nora kembali menatap anak mata Sofya.

" Apa dia?"

" Pulihkan semangat Wafiy. Dia kehilangan kehidupan dia. Aunty tak tahu apa dosa anak Aunty buat sampaikan hidup dia hancur macam ni."

Sofya hela nafas berat.

' Itu karma.'

" Apa jadi?" Sofya sekadar pura-pura padahal dia sudah tahu yang hidup Wafiy memang sedang hancur.

" Syarikat yang Wafiy bina sendiri dah isytihar muflis. Saham yang ada dah dibeli oleh orang lain. Pelabur semua lari kesyarikat lain, Wafiy pula tak nak bekerja dengan syarikat bapa dia sekarang ni, dia tak nak jadi pewaris syarikat keluarga dan Wafiy pula macam tengah sakit, bila Aunty suruh buat rawatan dia tak nak. Dia lebih memerap didalam bilik sekarang ni. Aunty buntu, Aunty tak tahu macamana nak tolong anak Aunty sendiri. Aunty macam gagal jadi seorang ibu" Airmata Datin Sri Nora mengalir deras.

Sofya membeliakkan biji matanya saat mendengar cerita Datin Sri Nora dan dengan spontan dia menekup mulutnya.

" Sofya?!" Kedua wanita itu berpaling melihat gerangan yang menyebut nama Sofya. Sofya terkejut melihat sosok Wafiy yang sudah jauh berbeza. Tubuh Wafiy semakin kurus dan perutnya kelihatan sedikit buncit. Wajah Wafiy tak usah cakap lagi. Hilang sudah kekacakannya. Bukan setakat Sofya aja terkejut malah Wafiy juga turut terkejut melihat perubahan Sofya yang sedang berbadan dua. Tak sangka secepat itu segalanya sudah berubah.

" You buat apa kat sini?" Soal Wafiy ingin tahu sambil menuruni anak tangga dengan perlahan.

" I saja nak tengok Mama you." Ujar Sofya berdalih.

Wafiy menaikkan alis keningnya seakan tak percaya.

" Tak mungkin. Better you balik." Wafiy tak percaya dan dia seakan tak sudi melihat keadaan Sofya dan tak rela Sofya melihat keadaannya. Masing-masing bertemu didalam keadaan tak bersedia.

" Wafiy." Datin Sri Nora menjegilkan matanya saat anaknya kata begitu.

" I balik dulu lah ya. I tak boleh lama-lama." Sofya menyalami tangan Datin Sri Nora dengan pantas lantas ingin meninggalkan kediaman mereka.

Sofya berjalan kearah kereta sambil mencarut didalam hati. Dia terlupa agaknya dengan keadaan dia yang berbadan dua.

" bodohnya aku. Dah kena halau banyak kali pun masih lagi nak buat baik dengan manusia macam tu." Sofya tersedar dengan kebodohan sendiri.

*

Sofya termenung mengingatkan pertemuan dia dengan dua makhluk tadi. Dia termenung dengan mulut masih mengunyah. Matanya fokus kearah dinding dapur.

" Sayang makan elok-elok. Nak tembus dinding tu sayang tenung." Ujar Arisy lembut. Tugas dia menyuap makanan didalam Sofya yang sibuk dengan dunia termenung dia tu.Arisy menyuapkan mi bandung yang Sofya teringin sebentar tadi.

Sofya menelan makanan didalam mulut seraya meminta air minuman kepada Arisy. Dengan gentleman, Arisy menyuap si isteri minum pula. Dia layan Sofya dengan A class. Arisy meletakkan gelas diatas meja makan.

" Sayang macam terkedu sekejap. Sayang tak tahu pun Si Wafiy muflis, yang sayang tahu dia cuma sakit aja." Ujarnya seakan tak puas hati dan tertanya-tanya.

Cerita tentang Wafiy ada penyakit pun Arisy tahu, itupun Sofya yang cerita padanya kerana Arisy tak nak ada rahsia diantara mereka.

Pertemuan Sofya dirumah Wafiy siang tadi pun, Arisy yang hantar dan Arisy menunggu pujaan hati didalam kereta. Arisy tidak bodoh nak membiarkan Sofya pergi seorang diri.

" Kenapa dia boleh muflis?"

Arisy hela nafas sebelum tangannya berhenti menyuap Sofya.

" Itu sebab karma untuk dia."

Sofya menaikkan alis keningnya.

" Kenapa?"

" Wafiy tak jujur didalam perniagaan. Wafiy banyak mencuri tender syarikat lain, dia sogok orang supaya bocorkan maklumat syarikat lain dan menipu orang untuk meletakkan sahan dalam syarikat dia dan Wafiy lupa mereka boleh saja menarik saham mereka semula pada bila-bila masa. Ketidak kejujuran didalam pekerjaan mengundang kejatuhan."

Sofya anggukkan kepala mendengar pendapat Arisy. Baru dia tahu yang Wafiy memang betul-betul sampah.

" Kesi- Eh padan muka dia." Ujar Sofya membetulkan ayatnya.

" Jadi sayang tahu kan balasan pada orang yang telah jauh terpesong daripada Allah?" Soal Arisy menyambung tugasnya menyuapi Sofya makan.

" Tahu." Angguk Sofya sambil mengunyah. Wafiy bukan setakat curang dengannya malah dia juga tak jujur menerajui syarikat sendiri malah mencuri hasil kerja keras orang lain.

Arisy tahan geram melihat kecomelan Sofya mengunyah dengan pipi tembamnya ditambah lagi dengan kepolosan wajah sang bidadari.

" Eh wait sayang ada sisa kat hujung bibir." Arisy bangun lalu menghampiri Sofya.

" Mana?" Sofya ingin menyentuh bibirnya namun cepat Arisy menahan tangan Sofya.

" Biar abang bersihkan." Arisy menghulurkan ibu jarinya. Namun bukan ibu jarinya yang membersihkan bibir Sofya.

Sofya terkejut apabila Arisy menjilat hujung bibirnya. Wajah Sofya auto kemerahan. Tindakan nakal dan spontan Arisy selalu saja menghantar getaran dihati Sofya.

Usai menjilati bibir Sofya, Arisy melayangkan kucupan dibibir sang isteri.

" Reward abang suap baby yang tengah mengandungkan baby." Ujar Arisy dengan nakal.

Sofya tak kuasa nak angkat tangan. Sudah cukup banyak tangannya memberi tanda kepada badan Arisy namun masih saja lelaki itu tidak makan saman.

Terkadang Sofya seakan rasa berpasangan dengan orang yang berbeza. Personaliti Arisy saat berbeza bila dengannya dan dengan orang lain. Dengan orang lain, Arisy adalah si Iceberg yang menakutkan dan menggerunkan. Bila dengan Sofya, Arisy adalah dominant yang sangat manja bagai ulat bulu yang sangat gatal.

Sofya hanya mampu gelengkan kepala. Nasib baik suami. Sofya acah ingin angkat tangan sambil jarinya membentuk ingin menampar Arisy. Belum sempat Sofya nak layangkan tangan, Arisy sudah lari terlebih dahulu sambil ketawa keanakan menghiasi suasana.

How To Love YouWhere stories live. Discover now