34

194 15 1
                                    

Arisy menjatuhkan kaca mata hitamnya ke pangkal hidung. Matanya tak lepas memandang sosok yang dia lihat dari dalam kereta. Arisy berdesis sambil kedua tangan memegang stereng kereta, dia ambil keputusan  untuk tidak turun. Sosok yang dia lihat sedang sibuk mengelap meja di kedai makan yang terletak di bahu jalan . Mulanya Arisy tadi dia ingin keluar membeli makanan untuk isteri tercinta kerana Sofya mengidam makanan kedai makan biasa dan Arisy pula terlihat sesuatu yang menarik perhatiannya jadi dia menghentikan niatnya untuk turun.

Sosok yang dia lihat adalah Ammara. Tak Arisy sangka, penampilan dan gaya hidup Ammara telah berubah sehingga 360 darjah. Ammara yang dulu bermandikan kemewahan kini terpaksa bermandikan peluh demi sesuap nasi.

" Cis, boleh aje sebenarnya nak jaga anak sendiri. Kau kendong lah budak tu sambil kerja." Omel Arisy. Sungguh dia tak berkenan cara Ammara melibatkan orang lain dalam masalah hidup dia.

Arisy memakai kembali kaca matanya. Tak kuasa dia nak menghadap kisah silamnya. Lebih baik dia pergi tempat lain. Tak ada menyakitkan hati.

Kereta milik Arisy terus menderu melepasi kedai makan tersebut sehingga mencuri perhatian Ammara yang kenal dengan kenderaan miliknya. Ammara menghela nafas berat. Bukan dia tak nampak dari tadi kereta Arisy disitu cuma dia buat-buat sibuk.

' Maafkan aku Arisy, tolong jaga anak aku.'

*
Mata Sofya tak berkedip melihat stroller bayi yang terletak elok di kawasan ruang tamu. Stroller bayi berjenama mewah Quinton.

Tangan Sofya ralit mengusik stroller tersebut.

' Ni mesti untuk Adra.' Desis hati Sofya , menyangka stroller tersebut untuk Adra.

Arisy yang baru saja selesai minum air didapur terus menghampiri isterinya yang sedang dalam keterujaan.

Sofya memeluk erat batang tubuh Arisy. Menyangka Arisy masih ada sifat sayang kepada Adra.

" Bukan untuk Adra tapi untuk baby dalam perut sayang." Ujar Arisy ringkas . Dia tahu apa yang bermain difikiran Sofya.

Sofya memuncungkan bibirnya. Sangkaan meleset. Sofya mendongak memandang Arisy tanpa melepaskan pelukan dipinggang si suami.

" Tapi bukan ke awal lagi untuk beli?" Soal Sofya.

" Your due is almost two months from now. Don't you remember?" Mata helang Arisy membulat memandang Sofya dengan pandangan menikam.

Sofya menyengeh menayangkan sebaris gigi putih. Oops, dia terlupa yang dia pun sudah hampir mahu bersalin.

Arisy selamba menolak kepala Sofya atas bawah buat tanda mengangguk.

" Abang ni!!!" Sofya menjauhkan kepalanya. Pelukan dileraikan. Sofya menjauhi Arisy lalu menilik stroller tersebut yang lebih menarik minatnya.

" Kenapa abang tak belikan sekali untuk Adra? Kasihan dia."

Arisy mendengus bila ayat itu meniti dibibir Sofya.

" You know the answer sayang. Macam abang selalu cakap, kita jaga dia tapi kita tak boleh mandikan dia dengan kemewahan. She doesn't deserve that. Duit abang untuk mewahkan anak abang saja." Ujar Arisy dalam nada serius, dia ingin mengingatkan Sofya supaya tidak berlebihan untuk Adra.

Sofya hanya kunci mulut. Dia tahu dia salah dalam bertanya. Bagi Sofya dia mahu sama rata, dia tak mahu Adra membesar dengan dibezakan tapi Sofya lupa Arisy si Iceberg mana pernah fikir perasaan orang yang dia tak sayang. Arisy mengamalkan sikap dia tak kisah pun.

*

Ammara terkejut apabila sehelai resit tiba-tiba saja muncul dihadapan dia ketika dia sedang mengelap sebuah meja. Matanya membulat melihat resit berharga RM500. Ammara mendongak dan melihat sosok Xuan dihadapan matanya.

" Resit apa ni Xuan?" Soal Ammara ingin tahu.

" Baca sendiri lah."

Mata Ammara ralit melihat resit itu tanpa berkelip. Resit pembelian Stroller bayi jenama Anakku berharga RM500.

" Untuk apa ni?"

" Untuk anak kau lah. For your information, resit ni daripada Arisy."

" What?!!" Terbeliak biji mata Ammara. Mana dia nak dapat duit sebanyak itu. Pendapatan dia sehari pun bukannya besar mana.

" Arisy kata apa yang dia beli untuk anak kau. Dia mahu claim, dia kata pandai tinggal pandai lah hulur-hulur. Jangan nak tinggal free saja."

" Tapi aku tak ada duit sebanyak tu, lagipun berapa sen sangat lah gaji aku."

" Haiya, itu kau jangan risau. Arisy menyediakan pembayaran ansuran. Yang penting tetap kena bayar kalau kau tak nak bayar, dia akan tuntut sampai dia dapat. Oh one more thing, dia pesan lagi kalau kau ada niat mahu lari. Jangan pernah mimpi sebab dia akan cari kau sampai lubang cacing dan kalau kau lari jugak dia takkan teragak nak letak anak kau kat mana dia suka."

Ammara gelengkan kepala. Dia tak nak anak itu diletakkan di tempat kebajikan.

" So macamana?" Xuan bertanya sekali lagi sambil berpeluk tubuh.

" Aku akan bayar tapi cakap dengan Arisy aku tak mampu bayar banyak-banyak." Ujar Ammara menunduk. Dia tahu sikap Arisy, Arisy akan tegas dengan setiap keputusannya. Jangan kata tidak mesti kena ikut telunjuknya.

" Okay then nanti jangan lupa bayar ha, aku akan datang jumpa kau setiap bulan kutip hutang." Tegas Xuan lalu mengambil resit tersebut kembali. Dia tak bodoh nak menyerahkan resit asal tak pasal nanti Ammara buang pula.

Ammara terduduk diatas kerusi, niat dia mahu menyusahkan orang malah menyusahkan diri sendiri semula. Padan muka kau Ammara, masa buat dosa tak ingat dunia. Kini dunia tak berpihak kepada kau.

Setitis air matanya jatuh. Sungguh dia menyesal dengan dosa masa lalu. Kini semuanya tak boleh diputarkan kembali.

Jangan tanya mengapa dia tak mahu mencari Wafiy. Ammara tetap Ammara, walaupun sudah jatuh ditimpa tangga tapi dia tetap dengan egonya. Dia tak mahu ada kaitan lagi dengan Wafiy walaupun Wafiy lah penyebab segalanya.

How To Love YouWhere stories live. Discover now