20

528 42 4
                                    

Arisy membawa Sofya ke banglo mewah keluarganya. Sofya gugup, macam-macam perasaan dia rasa. Apa agaknya respon ibubapa Arisy nanti? Arisy bertunang dengan orang lain tapi nak kahwin dengan orang lain.

Arisy membuka seatbelt sambil memerhati wajah gugup Sofya. Arisy senyum sinis sambil mencuri pandangan. Dia tahu Sofya gementar.

" Macamana kalau mak bapak kau kerat aku?" Soal Sofya memandang wajah Arisy. Arisy mengalihkan pandangan apabila Sofya melihat wajahnya.

" Sampai macam tu sekali kau fikir. Kau ingat Mummy Daddy aku jahat sangat ke?" Arisy gelengkan kepala.

" Tapi aku takut." Sofya gigit bibir bawah.

" Dah tak payah nak takut. Aku ada." Arisy membuka seatbelt Sofya. Sofya tersentak kerana tubuh Arisy terlalu dekat.

" Tak payah lah bukakan. Aku boleh buka sendiri." Wajah Sofya memerah. Dia malu terlalu dekat dengan Arisy dicampur lagi dengan gugup.

Arisy rasa nak terkam saja Sofya ni. Nasib baik lah belum halal, kalau dah halal dia terkam saja.

Arisy keluar diikuti oleh Sofya. Saat mereka keluar. Wajah kedua ibubapa Arisy terus menyapa mereka. Kedua mereka sudah menanti kehadiran bakal menantu mereka.

Arisy berjalan kearah mereka berdua sambil dibuntuti oleh Sofya daripada belakang. Sofya jengahkan kepala daripada belakang badan Arisy. Dia takut.

Datin Muna menghulurkan tangan untuk menggapai tangan Sofya. Sofya hanya mampu telan air liur.

" Sini lah Mummy tak makan orang." Arisy berpaling lantas menolak badan Sofya menuju kearah ibunya. Sofya yang tak bersedia terus terdorong menghampiri Datin Muna. Dengan kekok, dia menyalami tangan Datin Muna.

" Assalamualaikum Datin." Ujar Sofya perlahan.

" Waalaikumusalam. Jangan panggil Datin, panggil Mummy saja." Datin Muna meraih bahu Sofya.

" Masuk lah." Ujar Datuk Jamal lantas tubuh tua itu berjalan masuk kedalam rumah.

Datin Muna menggamit Sofya masuk diikuti oleh Arisy daripada belakang.

Sofya terkesima melihat banglo mewah milik keluarga Arisy. Memang cantik dan mewah. Terasa dirinya sangat kerdil untuk menjadi sebahagian keluarga ini.

Mereka membawa Sofya kearah meja makan.

" Duduk Sofya." Sofya anggukkan kepala lantas mengambil tempat manakala Arisy terus mengambil duduk bersebelahan dengan Sofya. Sofya melihat Arisy atas bawah. Kenapa mesti nak duduk sebelah dia? Depan Sofya ni ada kosong. Datin Muna duduk berhadapan dengan Arisy manakala Datuk Jamal duduk hujung meja makan.

" Tak ada tempat lain ke nak duduk?" Ujar Sofya dalam nada berbisik.

" Ada. Atas kau." Ujar Arisy gatal. Suara juga turut diperlahankan. Mampos kalau Datin Muna dan Datuk Jamal dengar nanti.

PAP

Sofya menampar paha Arisy sekuat hati.

" Auch!!!" Arisy merintih kesakitan lantas mengusap pahanya. Boleh tahan padu tamparan tangan Sofya diatas pahanya.

" Yang Arisy kenapa?" Soal Datin Muna ingin tahu.

" Tak ada apa. Cramp pulak kaki ni." Arisy menipu.

" Ada-ada aja." Datuk Jamal gelengkan kepala.

Arisy menyengih macam kerang busuk.

" Daddy harap Sofya dapat terima Arisy seadanya. Sofya tahu kan Arisy baru putus tunang?"

Sofya anggukan kepalanya.

" Mungkin Daddy dengan Mummy dah terima. Itu belum tentu keluarga kami yang lain, dorang dah tahu tentang Arisy dan Ammara. Jadi Daddy harap Sofya tak payah layan mulut mereka."

How To Love YouWhere stories live. Discover now