02

414 25 3
                                    

Hujung bibir Ammara yang terkena aiskrim dilap oleh Wafiy menggunakan tisu. Tersenyum lelaki itu melihat betapa comotnya kekasih gelap kesayangan ketika makan aiskrim.

" You makan aiskrim macam budak-budak. Comot!" Sengaja Wafiy mengusik Ammara.

" Eee mana ada. I mana lah tahu nak comot. Aiskrim ni yang cepat sangat cair." Ammara mencebirkan bibirnya. Buat malu je dah tua bangka tapi makan aiskrim pun masih comot.

" Ammara sayang, I gurau je." Wafiy mencubit manja pipi Ammara. Geram!

" Nah, you habiskan. I tak nak." Lantas Ammara menghulurkan aiskrim yang belum habis kepada Wafiy.

Tergeleng kepala Wafiy dengan tingkah Ammara. Cepat sangat rajuknya. Wafiy menyambut juga huluran Ammara.

Wafiy habiskan juga aiskrim milik Ammara.

" You tak nak further more relationship with Sofya ?" Ammara memandang seraut wajah Wafiy.

Uhukkk!!!

Wafiy terbatuk mendengar soalan yang tiba-tiba meniti dimulut Ammara.

" Kan kita dah bincang. I tak ready lagi nak kearah yang lebih, lagipun aku masih ragu-ragu dengan Sofya" Jawab Wafiy lembut.

" I nampak dia ikhlas pada you. Sikap you bila dengan I jauh beza bila you dengan dia. You know kan hubungan kita ni tetap backstreet. Dimata orang lain, you milik Sofya dan I milik Arisy. "

" I know tapi tak ramai yang tahu I boyfriend Sofya. Yang tahu hanya you dengan family dia. Family I tak tahu pun I ada hubungan dengan dia."

" Poor her." Drama lebih, kesian kan sahabat konon padahal belakang Sofya kau rembat boyfriend dia.

" Don't talk about this please. I tak selesa."

" I'm pretty sure. About me more interesting more than her right?" Senyum Ammara penuh makna.

Wafiy tersenyum melihat tingkah Sofya.

" Pandai pun kesayangan I ni. Rasa macam tak nak bagi you tidur malam ni." Wafiy mencubit geram pipi Ammara.

" You!!!!!"

Wafiy ketawa senang apabila dapat mengusik Ammara.

Ammara menatap seraut wajah Wafiy yang semakin lama semakin berubah. Wajah lelaki itu kelihatan kusam dan sedikit pucat. Adakah lelaki itu baik-baik saja?

Nasib baik dia sayangkan Wafiy kalau tak dah lama dia angkat kaki cabut. Ingat tak penat ke curang dan terus backstreet? Ceh, sendiri buat pasal sendiri rasa penat.

Uhukkk! Uhukkk! Uhukkk!

Ammara tersedar daripada lamunan apabila mendengar Wafiy batuk sangat kuat. Ammara terus mengambil plastik aiskrim yang berada ditangan Wafiy.

" Are you okay?" Soal Ammara gusar.

Wafiy anggukkan kepala menandakan dia baik-baik saja walhal dia berperang dengan sakit yang tiba-tiba menyerang.

" Ye ke you ni? " Ammara seakan tak percaya.

" Ya sayangku." Wafiy mengelus lembut pipi Ammara sekadar menyedapkan hati.

" Balik jangan lupa makan ubat. Muka you tu pun dah pucat sangat." Pesan Ammara lalu mengalihkan tangan Wafiy yang menyentuh pipinya.

Wafiy hanya anggukkan kepalanya.

*

" Bertuah anak aku si Dhia tu. Dah lah tak kerja dapat boyfriend anak tunggal kaya raya. Hidup senang kena tanggung tiap bulan. Nak kereta petik jari je dapat tau " Ujar Mak Ngah Salmi bangga dihadapan Sofya yang sedang bermain telefon bimbit disebelah adiknya, Puan Salwa ketika mereka duduk berbual dimeja makan dirumah Puan Salwa. Matanya tak lepas memandang wajah Sofya. Sengaja dia ingin kenakan Sofya, Sofya hanya kerja sebagai staff biasa syarikat korporat tak ada pula sangkut dengan golongan korporat. Jadi dia nak berlagak kalau kehidupan anaknya lebih baik daripada Sofya.

Sofya mengerutkan dahinya. Dapat kereta free? Boyfriend? Atau anak dia jadi sugar baby ke?Semua dapat free, mana ada yang free kalau tiada dapat timbal balik. Tak silap umur Dhia baru mencecah 20 tahun.

" Bagus lah tu. Senang hidup anak kau bila kahwin nanti. Duduk rumah goyang kaki." Jawab Puan Salwa, ibu kepada Sofya. Manis mulutnya menjawab semanis wajahnya.

" Tulah, pandai Si Dhia pilih. Kita ni sebagai orang perempuan kena pandai memilih lepastu kalau boleh jangan lah jual mahal lama sangat takut nanti tak laku."

Sofya yang terdengar nasihat percuma daripada Mak Ngah Salmi terus meletakkan telefon bimbitnya diatas meja lalu merenung wajah tua Mak Ngah Salmi. Mesti Mak Ngah Salmi mengata dia kan, kalau dia tak mengata kenapa Mak Ngah Salmi tengok muka dia dan kenapa bukan wajah ibunya.

Dia tahu lah dimata orang dia tiada pasangan kan Sofya tengah bercinta senyap-senyap takkan lah dia nak heboh satu dunia yang boyfriend dia pun ada pendapatan lumayan. Lagipun dia nak Wafiy kerana diri Wafiy sendiri bukan kerana harta Wafiy. Sofya bukan sejenis yang mengejar wang ringgit. Mereka belum ada ikatan yang sah jadi Sofya tak perlu war-war kan siapa sebenarnya Wafiy.

" Bagus lah tu Mak Ngah. Suruh Dhia cepat sikit naik pelamin. Tak ada masalah kewangan kan nanti majlis belah perempuan confirm ditanggung seratus persen oleh pihak lelaki." Laju saja mulut Sofya membidas kata orang tua itu.

" Aku bukan tak nak dorang cepat naik pelamin tapi aku risaukan si Dhia tu. Garam dengan ajinomoto pun tak reti beza lagi. Yang dia tahu berapa jumlah lelaki itu masukkan duit tiap bulan." Tanpa sedar, Mak Ngah Salmi tak sengaja mengata anak sendiri.

" Kan bakal suami dia anak orang kaya , tak payah risau kalau tak kenal. Suruh je husband dia hire tukang masak, bangun tidur makanan dah terhidang, tak payah risau tak kenal barang dapur tu semua." Dalam kata-kata Sofya ada terdapat sindiran tersembunyi.

Mak Ngah Salmi geram dengan mulut Sofya. Ada saja nak dibalasnya. Itulah siapa suruh bermain api tadi.

" Sofya....." Puan Salwa menjegilkan mata apabila Sofya berkata begitu. Nampak sangat tidak sopan.

" Heee..." Sofya menyengih tak bersalah. Ikutkan hati dia nak saja balas lebih lagi tapi dia tak boleh memandangkan ada ibunya disebelah.

" Sofya tu bila nak ada pasangan? Kena cepat cari pasangan nanti jadi anak dara tua pula." Tiba-tiba saja dia suarakan tentang Sofya pula.

" Itulah Mak Ngah, kalau boleh esok juga Sofya nak cari pakwe tapi Sofya kena lah pandai, yelah Sofya ni tak ada lah mampu mana pun so Sofya nak cari boyfriend macam Dhia. Bukan Boyfriend tapi Sugar Daddy." Puan Salwa tahu Sofya tengah geram. Dia memegang lengan anaknya suruh bersabar. Dia bukan tak tahu anaknya ada pasangan, dia tahu cuma Sofya meminta untuk merahsiakannya.

" Sugar Daddy apa pulak tu?" Soal Mak Ngah Salmi bingung. Tak pernah dia mendengar perkataan tu.

Sofya gelengkan kepala. Pandai lah Dhia gula-gulakan mak dia. Boyfriend konon padahal ada Sugar Daddy. Zaman sekarang mana ada dapat duit free mesti kena ada timbal balik.

" Sofya...." Sekali lagi Puan Salwa menjeling anak daranya.

Sofya hanya memasang muka toya.

How To Love YouWhere stories live. Discover now