23

559 37 11
                                    

Ammara membanting telefon pintarnya kedinding sehingga telefon itu berderai. Hatinya sakit, tersayat melihat postingan Arisy di instagram. Betapa bahagia dan megahnya majlis perkahwinan Arisy dan Sofya. Jujur dia cemburu dan sakit hati namun dia tak boleh buat apa-apa. Kebahagiaan dia telah dirampas. Kebodohannya memakan diri sendiri.

" Arisy!!!!!!" Dia menjerit semahunya. Wajahnya sudah sembab dek kerana terlalu lama berendam air mata. Dia memeluk lutut diatas lantai.

" Sudah lah tu, jantan tu tak nak kat kamu lagi. Jangan nak ditangisi lagi." Puan Siti bersandar didaun pintu sambil melihat Ammara yang sudah tak serupa orang. Ammara berpaling melihat ibunya.

" Tapi -" Belum sempat dia habis bicara, Puan Siti sudah memintas.

" Tak ada tapi lagi. Itulah masa sedap tak nak fikir, sekarang ni dah bunting apa cerita? Lelaki itu mana? Kenapa dia tak nak bertanggungjawab?" Puan Siti sudah tahu tentang perbuatan keji anaknya. Malah semasa pihak keluarga Arisy datang pulang cincin pun sempat Ammara play victim. Padahal keluarga Arisy lebih bijak. Dorang juga menyiasat gerak geri Ammara.

Yalah, nak kahwin dengan orang ternama takkan lah mereka tak nak ambil tahu tentang bakal menantu mereka.

Malu dan aib yang mereka dapat. Ikutkan hati mahu saja Puan Siti memukul Ammara namun mengenangkan ada bayi didalam perut tu. Dia tahankan saja. Nak ditibai, benda sudah jadi.

Ammara menekup kedua belah telinganya lantas gelengkan kepalanya berkali-kali.

Ada sebab kenapa dia tak nak Wafiy. Lelaki itu tak sekaya Arisy. Lagipula, bisnes Wafiy sedang merundum. Dia tak nak jatuh miskin bersama lelaki itu. Wafiy hanya alat pelepas nafsu serakahnya yang sedang memakan diri sendiri.

" Mak diam lah." Ammara mencerlung marah memandang Puan Siti.

" Anak tak guna. Berani kau marah aku." Puan Siti menyinga. Ikutkan rasa memang sekarang juga dia nak balun anak dara dia. Biadap.

*

" Rugi betul. Dah hari terakhir baru dapat keluar bilik." Ujar Sofya sambil berjalan menyusuri pantai. Tak lupa, Arisy ada sama dan tangan lelaki itu tak lepas mengenggam erat tangan Sofya.

" Abang tak rasa rugi langsung pun." Arisy menyengih nakal sehingga membuatkan Sofya menghantar pandangan tak puas hati. Memang lah Arisy tak rugi sebab dia tak rasa nikmatnya bercuti itu apa.

Lima hari di Maldives dihabiskan berada didalam bilik. Hanya ditemani dengan room service dan sekali sahaja mereka keluar candle light dinner itupun pada hari pertama. Hari berikutnya hanya duduk didalam bilik. Kata Arisy waktu berkasih sayang patut dimanfaatkan, jangan sia-siakan walaupun sesaat. Yalah waktu kasih sayang padahal waktu miang. Hari terakhir baru lah Arisy membawa Sofya keluar daripada bilik.

Jantung Sofya sudah tak kuat lagi asyik menahan gelora. Arisy takkan pernah habis membuat jantungnya berdegup dengan laju.

Sofya menayang wajah datar. Matanya kembali melihat suasana pantai yang panjang. Kelihatan beberapa pengunjung turut beriadah. Ada yang berenang, ada yang berbaring diatas tikar. Faham sendiri saja ada beberapa pengunjung yang half naked. Sofya menelan air liur, tiba-tiba rasa menyesal pulak keluar bilik. Kalau dia tahu suasana macamni. Lebih baik dia memerap didalam bilik.

" Abang." Sofya mendongak memandang wajah Arisy. Sofya menelan air liur kasar.

" Hm?" Arisy memandang wajah Sofya.

" Jom masuk bilik." Sofya menarik tangan Arisy.

" Awal lagi." Sofya berdecit mendengar ayat yang meniti dimulut Arisy.

How To Love YouWhere stories live. Discover now