24

571 42 11
                                    

" Sayang, nak main game tak?" Soal Arisy sambil duduk bersebelahan Sofya diatas sofa. Ditangannya membawa sesuatu. Sofya mengerutkan keningnya.

" Game apa?" Soal Sofya penasaran. Maklum hujung minggu, tak salah mengisi masa dengan bermain game. Lagipun mereka berdua tak keluar kemana dihari hujung minggu.

" Pepero game." Ujar Arisy tersenyum.

" Game apa tu?" Sofya garu kepala. Dia tak pernah tahu game sebegitu rupa.

" Tak pernah tahu ke? Tak pernah main?"

Sofya gelengkan kepala.

" Tak."

" Nak main?"

Sofya anggukkan kepala.

" Tapi kena ikut rules, kalau tak kena denda."

Sofya anggukkan kepala dengan terpaksa.

" Baik."

" Okay duduk atas riba abang."

Sofya mengerutkan dahi. Dia gelengkan kepala menandakan dia tak nak.

" Macamana nak main kalau tak nak duduk atas riba?" Arisy tayang wajah bengang.

Sofya tayang wajah malas seketika sebelum berpindah tempat duduk.

" Pusing badan tengok abang." Ujar Arisy apabila Sofya duduk membelakanginya. Sofya mendengus lagi sebelum duduk diatas riba Arisy sekali lagi lantas wajahnya dihadapkan kearah Arisy.

Arisy mengeluarkan sebatang biskut pepero dari dalam kotak.

" Masukkan bahagian biskut ni dalam mulut sayang." Arisy menyua kearah mulut Sofya dan Sofya menerima.

" First rules kena tutup mata." Sofya pejam mata dengan malas. Sebenarnya tak perlu tutup mata, Arisy saja menokok tambah. Otak Arisy kan bijak, kalau dia nak dapat apa yang dia mahu dia kena tahu trick.

" Second rules kena ikat tangan." Sofya hampir nak terkeluarkan biskut itu semula apabila mendengar Arisy nak ikat tangan dia. Matanya dibuka.

Game apa macam ni?

" Eeee....." Gumam Sofya geram. Arisy mengikat longgar tangan Sofya dengan tali leher miliknya yang baru dia keluarkan dari dalam poket sebentar tadi.

" Tutup mata balik." Arisy memberi arahan. Sofya menutup matanya semula.

Arisy menarik tubuh Sofya lebih dekat dengannya.

" Jangan buka selagi abang tak suruh."

Sofya anggukkan kepala.

Tangan Arisy memaut pinggang Sofya lalu dia mengigit sedikit demi sedikit bahagian coklat sehingga hampir bertemu dengan bibir Sofya. Sofya tak tahu apa yang dilakukan oleh suaminya yang dia tahu dia dapat merasa yang hembusan nafas Arisy semakin mendekat dan akhirnya....

Chup

Tiba-tiba saja bibirnya dilumat. Sofya membuka mata dengan spontan. Akibat terkejut Sofya menolak batang tubuh suaminya lalu dia bangun dengan kelam kabut. Akibat hilang keimbangan, dia jatuh terduduk diatas lantai.

" HAHAHAHAHA." Arisy sudah ketawa senang apabila dapat mengenakan Sofya.

" ABANG!!!!!!" Jerit Sofya geram. Apa lah nasib dia dapat suami macam ni. Ada saja modal Arisy setiap hari nak kenakan dia.

Arisy menjelirkan lidah mengejek Sofya.

" Sayang nak panggil tok kadi nak refund balik abang. Urgh!"

Arisy tak ambil peduli. Dia hanya ketawa saja usai Sofya kata begitu.

" I HATE YOU."

" I Love you more." Balas Arisy menambahkan sakit hati Sofya.

How To Love YouWhere stories live. Discover now