33

188 16 1
                                    

"uwekkk uwekkk uwekkk"

Arisy menutup kedua telinganya dengan tapak tangan tatkala mendengar bunyi nyaring suara bayi milik Ammara. Dia tak mengerti hati Sofya sebenarnya diperbuat daripada apa. Mengapa lembut benar hati isteri kesayangan dia seorang tu hendak menjaga bayi yang tak sah taraf itu?Kalau ikutkan hati dia, dia nak campak saja budak kecil itu kat rumah kebajikan.

Arisy tak bodoh nak biarkan Sofya menguruskan bayi itu seorang diri tatkala wanita itu sedang sarat mengandung dan tentunya dia telah mengupah seorang pengasuh untuk menjaga bayi tersebut. Arisy mengaku yang dia tak pernah suka apatah lagi sayang kepada bayi itu. Dia menerima kehadiran bayi itu didalam rumahnya hanyalah demi Sofya, buah hati pengarang jantungnya.

Arisy menarik nafas lega tatkala bunyi suara bayi itu telah tiada. Kedengaran bunyi pintu bilik dibuka menandakan Sofya masuk kedalam bilik tidur mereka. Sofya merebahkan badan mengiring kekanan menghadap Arisy yang sedang duduk diatas katil.

" budak tu dah tidur ke?" soal Arisy ingin tahu.

" Budak tu nama dia Adra. Dia baru tidur dengan Sunarti." Sunarti adalah pengasuh kepada Adra yang berasal daripada negara seberang Indonesia.

" Tak ingin abang sebut nama dia." Arisy mencebik menyampah. Sofya tahu yang Arisy takkan pernah suka kepada Adra hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh bekas kekasihnya Ammara.

Sofya hela nafas berat, Adra tak pernah salah. Kenapa harus Adra yang menjadi mangsa kebencian manusia. Adra adalah seorang bayi yang tidak berdosa.

" Tapi dia tak pernah salah abang."

" Yang salah tu mak bapak dia. Kenapa kita jadi mangsa keadaaan?" Arisy hela nafas berat.

Sofya tarik nafas panjang. Dia tahu keputusan dia untuk menjaga Adra hanyalah membebankan keadaan tapi Sofya terlampau kasihan kepada bayi yang tiada dosa itu.

Arisy menarik selimut lantas berpaling dan baring membelakangi Sofya. Tangan sebelah dia keluarkan dari selimut lantas mencuit perhatian Sofya. Sofya sudah tahu apa yang Arisy inginkan.

Sofya menggamit tangan Arisy lantas menggenggamnya. Tangan Arisy dicium mesra.

" Ampunkan Sofya ya abang untuk silap Sofya hari ni."

" Hmm" Itu saja respon Arisy sebelum menarik kembali tangannya didalam selimut. Walaupun marah dengan Sofya tapi hati dia tetap luluh dengan Sofya. Begitulah rutin mereka setiap malam, wajib bermaafan sebelum tidur.

*

" Haiya amoi. Gara-gara itu baby , rumah tangga sendiri bergoncang." Sedap saja Xuan bersuara mengenakan wanita dihadapannya. Siapa lagi kalau bukan Sofya. Bukan dia tidak tahu rumah tangga Sofya sedang bergolak gara-gara kehadiran bayi tanpa diundang itu.

" Tapi dia tak salah, lagipun takkan aku nak bagi budak tu kat Wafiy. Wafiy kan tengah sakit lepastu tengah ada masalah kewangan pulak tu. Aku tak boleh lah."

" Itu dia punya pasal loh, sendiri buat sendiri tanggung ma. Eh moi, you fikir sendiri lah. " Xuan pun sama pendapat dengan Arisy. Tak mahu Sofya menjaga anak kecil itu.

" Eh dosa sama tuhan boleh minta ampun tau kalau dosa sama suami ah kalau suami tak mahu ampun macamana? Tak takut ke panas neraka? Selangkah sudah mahu syurga tiba-tiba kena masuk neraka." Sambung Xuan dengan ayat nasihatnya yang berbaur kepanasan.

Sofya hanya tayang wajah muncung. Bagaimana lagi dia harus lakukan? Dia sudah terlanjur sayang kepada Adra dan dia tak tega untuk meninggalkan anak kecil itu di pusat kebajikan. Buatnya orang ambil Adra sebagai anak angkat lepastu tak menjaga Adra dengan baik nanti bagaimana?

" Aku berbelah bagi lah Xuan. Aku sayang budak kecil itu. Dia tak salah tau. Jangan lah semua orang nak pandang hina pada dia. Dia tak salah." Bidas Sofya.

Xuan tepuk dahi. Sah kawan dia memang tak pernah matang. Suka buat keputusan sendiri tapi memikirkan keadaan sekeliling.

" Eh moi, sepatutnya you fokus je sama baby dalam perut you tu. Kita ni semua bukan pandang hina pada itu baby, kita cuma tak nak membebankan you dan keadaan akan datang. You know, Ammara itu licik tau. Macam-macam dia boleh buat. Anything can happen in the future yang akan buat you susah. Sebab itu kami semua tak nak you jaga itu budak." Sambung Xuan lagi membidas kata-kata Sofya.

" Tapi.."

" No tapi sudah.Ingat saja, berbuat baik kena berpada."

*

Sofya melunjurkan kaki dan badannya bersandar dikepala katil sementara tangan Arisy menari-nari mengurut kakinya. Walaupun Arisy bertegang urat dengan Sofya namun dia tak lupa tanggungjawab dia untuk menjaga sang isteri.

Sejak kehadiran Adra dirumah itu, Arisy sudah kurang bercakap dengannya. Arisy hanya tunjuk rasa tanggungjawab dengan perbuatan sahaja. Sedikit sebanyak membuatkan Sofya rasa bersalah.

" Abang rasa patut ke kita letak Adra dekat rumah kebajikan?" Soal Sofya memecah keheningan. Tangan Arisy terus berhenti bergerak.

" Itu soalan sepatutnya diajukan saat pertama kali dia muncul." Jawab Arisy ringkas.

Sofya kemam bibir geram.

" Sofya nak minta maaf kalau sebabkan benda kita jadi jauh. Sofya tahu Sofya salah, Sofya cuma..." Belum habis Sofya berbicara, Arisy sudah memintas.

" Cuma Sofya sayang budak tu. Abang dah tahu apa yang sayang nak cakap, tak perlu ulang lagi. Itu semua dah terlambat. Biar saja budak tu membesar dalam rumah ini. "

" Tapi abang tak rela kan?"

" Kalau abang tak rela, abang tak upah Sunarti tu. " Arisy hela nafas berat.

Sofya tertunduk. Serba salah dengan diri sendiri dan Arisy.

" Sudah lah sayang, tak payah nak bahas benda ni lagi. Bagi lah abang masa untuk terima budak tu. Abang belum bersedia. Abang nak fokus kepada calon anak kita saja. Abang tak nak dengan sikap kejam abang nanti mempersulitkan urusan kita."

" Sofya minta maaf."

" Abang dah lama maafkan sayang cuma ingat lepas ni apa-apa keputusan kena bincang dengan Abang walaupun sekecil kuman. "

Sofya mendongak, tubir matanya sudah berkaca. Arisy menyeka airmata Sofya.

" Dah jangan nangis. Walau besar mana pun kesalahan sayang abang tetap maafkan.

" Sofya minta maaf sebab Sofya ada belanja barang Adra tanpa izin abang. Abang masih maafkan ke?" Sofya mengerdipkan matanya berkali-kali.

Arisy mendongak memandang siling sambil buat muka sedang berfikir.

Arisy gelengkan kepalanya.

" Rumit ni. Macamana nak settle?" Sengaja Arisy mengusik Sofya.

" Abang!!!!!!"

Arisy menyengih. Soal itu dia tak marah pun, benda dah beli. Nak buat macamana? Nak atau tidak maafkan saja.

" Ye abang maafkan. Lepas ni nak beli apa-apa tu minta izin. Karang abang potong elaun sayang baru tahu."

How To Love YouWhere stories live. Discover now