27

520 39 4
                                    

Arisy menolak kasar pintu utama saat mendengar suara tangis Sofya yang begitu nyaring. Dia berlari mendapatkan Sofya yang sedang terduduk diatas lantai sambil menangis. Wajah Sofya jelas kelihatan sembab dek kerana terlalu lama menangis.

" Kenapa ni sayang?" Soal Arisy cemas. Sudah lah isterinya itu sedang berbadan dua. Risau jika ada perkara yang tak diingini berlaku. Menyesal terbit dihati kerana meninggalkan Sofya seharian untuk ke pejabat.

" Abang..." Tersedu-sedan Sofya menangis.

" Ya, abang kat sini. Kenapa?" Arisy mendakap erat tubuh Sofya.

" Sa- sa- " Sofya tak dapat mengungkap apa yang berlaku. Airmatanya mengalir walaupun tak sederas mana.

Arisy melepaskan dakapan lalu dia memegang bahu Sofya. Arisy duduk berhadapan dengan Sofya.

" Okay, tarik nafas." Arisy menyuruh Sofya mengambil nafas tenang.

Sofya tarik lalu dia hembus.

" Tarik lagi."

" One more."

Sofya angguk lalu mengikut arahan suaminya.

" Feel better?" Soal Arisy ingin tahu.

Sofya gelengkan kepala lantas memuncungkan bibirnya.

Arisy mengerutkan keningnya. Apa yang tak kena dengan isterinya? Sakit ke?

" Sayang tak selesa ke?" Soal Arisy cemas namun masih beriak tenang.

Sofya anggukkan kepala.

" Perut sakit?" Gelengan sebagai jawapan yang Arisy dapat.

" Then? Bahagian mana yang sakit?"

Sekali lagi Sofya gelengkan kepala.

" Kepala sakit ke?"

" Tak ada apa yang sakit." Sofya menunduk.

" Kalau macam tu, Sayang ada masalah? Kenapa menangis?" Soal Arisy untuk kesekian kalinya.

" Sayang cum- cum- cuma" Jawab Sofya gagap. Dia malu nak cakap sebenarnya. Arisy yang sedikit kurang sabar menunggu Sofya untuk cakap apa yang membuatkannya menangis.

" Apa dia?!" Seketika suara Arisy sedikit tinggi berbaur cemas.

Sofya bangkit berdiri saat mendengar sedikit kuat.

" Dah lah abang ni, tak faham ke orang menangis sebab tak dapat pelukan daripada abang? Tak payah lah jerit-jerit. Sayang cuma nangis sebab nak kena peluk je pun." Sofya hentak kaki lalu meninggalkan Arisy. Airmatanya kembali menangis deras.

Arisy tepuk dahi. Astagfirullah perangai Sofya ni. Tak dapat peluk saja pun, menangis bagai nak rak. Sabar Arisy, dalam perut Sofya ada anak kau.

Arisy bangkit berdiri lalu mengejar batang tubuh Sofya.

" TIDUR LUAR!!!!" Pekik Sofya sehingga Arisy terbungkam.

Arisy terhenti dihadapan pintu bilik yang dihempas dari dalam oleh Sofya.

' Demi Baby kena sabar'

" ABANG!!!!!" Arisy terkejut sekejap lantas hela nafas berat apabila wajah Sofya muncul dimuka pintu.

" Ya." Jawab Arisy lembut menyahut panggilan isterinya.

" Nak Hug." Sofya memuncungkan bibirnya lalu mendepakan tangan.

" Tapi abang belum mandi." Arisy menggosok lembut rambut Sofya.

" Tak kira, nak juga. Kalau tak malam ni-" Arisy dapat tangkap ayat Sofya seterusnya. Tanpa buang masa, dia terus memeluk Sofya dengan kadar lama. Sesekali tangannya membelai rambut Sofya. Takkan sekadar pelukan je. Bukan Arisy kalau tak bagi lebih daripada tu.

Chup

Arisy meleraikan pelukan lalu menolak batang tubuh Sofya. Dia berlari dengan pantas setelah berikan ciuman ringkas dibibir isterinya. Sebelum ketam gigit dia, lebih baik dia cabut dulu.

" ARISY ARYAN!!!!!!!!" Sofya geram, suka sangat kena sangat Arisy setiap hari.

" Isy orang minta peluk bukan cium." Sofya mengigit bibir.

Baru Sofya nak melangkah turun semula namun tak kesampaian apabila tiba-tiba dirinya sudah tak jejak lantai.

Arisy selamba mengangkat tubuh kecil isterinya bawa masuk kedalam bilik air.

" ABANG!!!!!!!!"

*

Arisy menemani Sofya untuk check-up kandungan disebuah klinik. Sambil menunggu giliran untuk dipanggil oleh Doktor, mereka berdua duduk berbual kosong dikerusi menunggu. Sedang mereka asyik berbual, satu sosok telah duduk berhampiran dengan mereka. Sosok menayangkan wajah sangat sugul, perutnya bulat namun tubuhnya sedikit kurus kering. Sosok itu seakan dengan dunianya. Tak hirau dengan keadaan sekeliling. Walaupun sosok itu memakai kaca mata hitam, namun Sofya dan Arisy tetap mengenali orang itu.

Arisy memandang Sofya manakala Sofya memandang Ammara. Sofya tayang wajah kasihan. Jujurnya, Sofya tak tahu yang Ammara berbadan dua kerana sejak kejadian tempoh hari, Sofya terus block dan lost contact dengan Ammara. Hatinya sakit teramat sakit. Elak untuk bertindak luar kawalan, dia lebih rela putuskan hubungan.

" Ammara dah kahwin ke?" Soal Sofya kepada Arisy.

Arisy jungkit bahu tanpa menjawab soalan Sofya. Dia pun tidak ambil tahu. Bukan urusan dia, yang dia tahu tak ada berita pun tentang perkahwinan Ammara dan dia hanya tahu yang anak dalam kandungan Ammara bukan lah anak yang sah taraf.

" Nanti kita tukar klinik lain untuk check-up baby okay?" Arisy menggosok lembut rambut Sofya. Arisy mencium dahi Sofya dengan sekilas. Tangan Arisy pula mengusap lembut perut Sofya yang sedikit buncit.

Sofya anggukkan kepalanya. Itu lebih baik.

" Okay." Mereka saling bertentang mata seketika.

Tanpa mereka sedari, perlakuan mereka diperhatikan oleh Ammara. Jujur Ammara cemburu, sepatutnya dia yang berada diposisi Sofya. Ammara berpaling memandang tempat lain, tubir matanya mengeluarkan air jernih.

Tiba-tiba terdengar esakan Ammara yang sangat nyaring sehingga membuatkan dia menjadi tumpuan serta merta.

Arisy sengaja buat macam tu dihadapan umum sekaligus nak membakar Ammara, bukan dia tak tahu yang Ammara melihat kearah mereka. Kalau bukan hadapan umum, Arisy buat lebih daripada itu.

Itulah padahnya kalau cari fasal dengan Arisy Aryan. Memang Arisy kenakan balik dengan lebih teruk tanpa belas kasihan. Moment sweet yang sangat ringkas namun mampu membuat Ammara berteriak.

" Abang nanti lepas check-up kita beli aiskrim nak?" Sofya memandang seraut wajah suaminya dengan raut wajah meminta.

" Boleh sayang. Lebih daripada tu pun boleh." Arisy mencubit geram pipi Sofya. Tak tahan melihat wajah meminta isterinya yang kelihatan sangat comel. Sofya tersenyum sangat gembira. Arisy memang layan dia macam permaisuri. Tak pernah menolak malah bagi lebih daripada apa yang dia inginkan. Tapi ada satu je sikap bagi lebih yang Sofya tak berkenan, sikap miang Arisy tu. Minta peluk je pun tapi dia bagi package benda lain pula sehingga Sofya naik geram.

" Puan Iris Sofya." Mereka berdua bangkit apabila namun Sofya dipanggil. Mereka berjalan melewati Ammara.

" Arisy." Ammara memanggil nama Arisy namun Arisy hanya buat tak nampak dan pekakkan telinga. Malah Arisy menarik tangan Sofya untuk masuk kedalam bilik doktor dengan cepat.

Ammara tertunduk kecewa. Terbit rasa menyesal kerana mengkhianati Arisy.

Setelah beberapa minit bertemu dengan doktor. Arisy dan Sofya akhirnya keluar. Saat mereka keluar, sosok tubuh Ammara baru berjalan keluar daripada klinik.

Arisy dan Sofya diminta untuk tunggu sekejap sementara pembantu klinik menyiapkan ubat dan vitamin kehamilan untuk Sofya.

Arisy tayang wajah gembira dan senyuman tak lekang apabila Doktor memberitahu yang kandungan sihat.

How To Love YouWhere stories live. Discover now