Wang yang berada didalam dompet itu diambil lalu dikeluarkannya untuk membuat bayaran , hari ini agak sunyi sedikit di cafe kerana ramai student yang ada kelas ganti pada hujung minggu , iyelah , dua minggu professor kami cuti sakit , terpaksa lah kami ada kan kelas ganti , nak lagi kami akan mengadakan peperiksaan akhir untuk tahun ni , agak penat sedikit untuk memperbahagikan masa itu.
Bebel hati Mayra apabila selesai sahaja membuat bayaran di cafe sebentar tadi , agak penat juga dia hari ini , ada kawan macam tidak ada sahaja dibuatnya , kata mahu buat assignment bersama sama , last last entah kemana mereka pergi.
Itulah Mayra , Elesya Mayra, gadis biasa , nampak sahaja macam pendiam , tapi dia lah yang paling cerewet dan suka membebel , Mayra seorang yang tak suka menyusahkan hidup orang lain , kerana dia tahu apa sahaja yang dia mahu , dia akan berusaha sendiri , tetapi sebaik baiknya gadis bernama Mayra ini , dia seorang gadis yang egonya agak tinggi , yang tak suka mengalah , biasa lah perempuan , semuanya nak betul.
Tok..Tok..
Terkejut kecil Mayra apabila terdengar ketukan palahan dari mejanya , dia mengangkat pelahan kepalanya untuk mengetahui insan yang berada di hadapannya.
"Hai Mayra" khabar jejaka itu sambil mengangkat tangannya untuk mengucapkan 'hai' kepada Mayra.
"Eh Danny , awak buat apa kat sini , bukan ke sepatutnya awak ada kelas harini ?" soal Mayra, iyelah Danny ini sejenis pelajar yang jarang skip class professor dia.
"Takdelah , harini kelas aku dibatalkan sebab professor kitaorang tak datang , and aku pon apa lagi , lapar lah , tu sebab aku datang sini, dan dan tu pulak nampak kau sesorang , tak salah kan kalau aku tegur hehe" ucap panjang lebar Danny kepada Mayra , takut pula minah ini bersangka pelik .
Mayra meng'o' kan sahaja apa yang dia katakan oleh Danny , apelah , buat penat jejaka itu sahaja membazirkan air liurnya.
"Yang kau tu Mayra , takde kelas ke?" soal Danny pula.
"Haih, professor awak yang cuti tu , professor kelas saya juga , kan sekarang ni tengah masa rehat , awak ni , harap muka je hensem , tapi pelupa " Mayra membalas.
"Ehh lupa pula , maaf , aku penat sangat kot, tu sebab boleh lupa macam macam" balas Danny sambil tersenyum malu.
Mereka berbual kosong di cafe itu sampai habisnya waktu rehat mereka , selepas itu mereka bergerak pula ke kelas masing masing untuk subject yang akan digantikan oleh professor lain. Tidak mahu mereka skip kan kelas itu , lagi lagi professor itu jenis yang tidak boleh lewat sedikit daripada dia , kalau tidak , dengar lah dia membebel sampai abang jamal kahwin.
✧\>o<ノ✧
"Huh , penatt gila hari ni , nasib assignment ada yang dah siap" Mayra menguluh keseorang kerana terlalu penat , nasib kelas sebentar tadi dia awal sedikit daripada professornya.
Mayra mencapai tuala yang tersangkut kemas di sisi almari itu , dia mula menuju ke bilik air untuk membasah kan badannya yang sudah berpeluh kerana penat berjalan.
Selepas sahaja Mayra mandi, dia turun untuk bermakan malam bersama keluarga kecilnya , iaitu Encik Fattah, mereka hidup bersederhana sajaha , tidak kaya malah tidak miskin. Encik Fattah sudah membuat kan Mayra bahagia walaupun dia tidak mempunyai kasih sayang seorang ibu dari dia kecil lagi, ya Pn Jasmine telah meninggal dunia akibat sakit Cancer yang dialami masa Mayra berumur satu tahun. Sekarang hanya Encik Fattah sahaja yang tinggal bersama anak perempuan kesayangannya.
Selesai sahaja mereka bermakan malam, kini tiba masa untuk masuk tidur, Mayra sudah salam ayahnya terlebih dahulu sebelum masuk masuk tidur , kemudian dia masuk ke biliknya lalu menghempas kan badan nye ke katil yang empuk itu.
"Huh , kenyang nya , huaaa hmm ngantuk lahh , baik aku tidur dulu, kang tak pasal pasal ayah membebel nanti" kata Mayra. Menguap sedikit dia kerana terlalu mengantuk.
Dua minit pon berlalu, akhirnya Mayra sudah pun dibuai mimpi.
✧\>o<ノ✧
Tangan pelahan menyuntuh gambar pada screen telephonenya , air mata mula membasahi pipi , perasaan rindu mula menyinggah , sayu hati untuk dikenang semula , terlampau banyak jasa yang diterima. Encik Fattah mula terkenang memori terindah bersama isteri tersayang , bibirnya mula mengukirkan senyuman manis , bukan paksaan , tetapi hati sudah merasakan bertapa rindunya terhadap Puan Jasmine.
"Anak kita dah besar , dah pandai berdikari sendiri , saya bersyukur sangat bila anak kita dah pandai jaga diri dia.."
"..dia pun rindu awak , saya pun rindu awak , tunggu saya dekat sana ye sayangku" ujar Encik Fattah , telephone itu dirapat ke bibir lalu dikucup pelahan gambar isterinya. 18 tahun berlalu pergi , kini dia hanya mampu melihat anak perempuan kesayangannya membesar di depan matanya.
to be continued •
YOU ARE READING
OG | DEVIL DAYYAN |
RomanceWhat is forever? A moment with you. Pertemuan tidak dirancang. Hanya sekadar melihat dan mendengar apa yang dibicarakan satu demi satu. "Why Adrian?" • Elesya Mayra. "Will you believe me?" • Dayyan Adrian. We just exist in the moment nothing more. ...