Hari semakin hari , masa pon berlalu , kini Mayra bersiap untuk keluar , dia pergi hanya menaiki grab sahaja.Iyelah kereta takde lagi kan.Sebelum dia membuat keputusan , dia sudah minta izin kepada boss nya terlebih dahulu untuk cuti kerana ada hal tertentu , nasib baik Mayra , boss nye faham situasinya sekarang.
Telephone mengeluarkan satu notification menandakan grab yang dinaiki Mayra sudah pon sampai.Mayra mula masuk ke dalam perut kereta tersebut , lalu bergerak menuju ke destinasi yang ditetapkan oleh Mayra.
Sampai sahaja di hospital , Mayra bertanya kepada salah seorang nurse di situ.
"Em , sini kalau nak check kandungan bayi boleh tak?" soal Mayra
"Boleh puan , puan dah berapa bulan ye?"
"Err..saya nak check dulu boleh?"
"Owh , boleh , isi borang ini dulu" balas nurse tersebut sambil menghulurkan sehelai kertas
"Okay"
Mayra mula mengambil pen yang telah disediakan oleh pengguna lalu dia mengisi borang tersebut.
"Nah , saya dah isi"
"Okay , puan Mayra , mari ikut saya" kata nurse itu.
Mereka mula masuk ke dalam bilik rawatan itu , agak kekok sedikit tetapi pada masa yang sama Mayra berasa berdebar sangat.Sekiranya dia di sah kan positive pregnant , dia sudah tiada hala tuju diri dia untuk tanggung itu ini.
"Puan boleh baring yee"
"Ha..ohh , okay" kata Mayra lalu dia merebahkan badannya yang kecil itu.
"Kita check dulu ye" kata nurse itu lalu mula membuka sedikit baju Mayra sehingga paras bawah dada.Nurse itu mula teliti.Gerak demi pergerakan scanner itu bergerak menyeluruhi perut Mayra.
✧\>o<ノ✧
2 minit pon berlalu , kini Mayra sedang duduk di luar bilik rawatan sementara menunggu keputusan dari nurse tersebut.Bercelaru fikiran Mayra , dia tidak ingin ini adalah salah satu bala dalam hidup dia.
Klakk...
Pintu bilik rawatan itu dibuka , terlihat seorang nurse sedang memegang helaian kertas.
"Elesya Mayra!" laung nurse tersebut.
"Ye saya"
"Mari masuk"
"Owh , ye ye" kata Mayra lalu melangkah masuk ke dalam bilik rawatan itu.
"Puan Elesya Mayra ye?" tanya seorang Doctor itu.
"Ye saya"
"Sila duduk"
Mayra pun melabuhkan punggungnya , duduk di kerusi yang berhadapan dengan doctor tersebut.
"Okay , sini ada sedikit maklumat tentang pregnant test yang nurse dengan puan jalan kan tadi" kata doctor itu dengan nada yang serius.
"Saya harap awak dapat bersabar ye" sambung doctor itu.
"Emm , jadi boleh saya tahu results saya?" tanya Mayra.
"Okay baiklah , Puan Elesya Mayra"
"Ye saya"
"Taniah , Puan di sahkan mengandung" kata doctor itu dengan terujanya sekali.
Mayra terkedu , fikirannya kosong setelah mendengar keputusan itu.Degupan jantungnya sangat laju.Mulutnya seakan akan dikunci , tidak dapat berkata kata.
"Puan? , puan dengar tak apa yang saya cakap tadi?"
"Haa..aa..ye ye saya , boleh ulang semula tak?" kata Mayra.
"Haha , baiklah , puan di sahkan mengandung , dah 4 minggu , taniah! , mesti puan tak sabar nak bagitahu husband puan bukan!?"
"Hus.. husband?"
"Yee , husband puan , yelah , mesti excited kan , ni first ke?" tanya doctor itu.
"Er..em ye yee haha" balas Mayra dengan menghadiahkan senyuman kelat.
"Okay , sekarang , saya nak pesan , puan tak boleh stress sangat , puan tak boleh buat kerja kerja berat ye puan , amalkan makanan sihat untuk diri puan dan baby!" ucap panjang lebar doctor itu.
Mayra? Hanya mampu tersenyum paksa.
"Okay , itu sahaja dari saya , harap puan dapat jaga kandungan puan ye" sambung doctor itu.
"Terima kasih doctor"
"Sama sama"
Mayra mula bangun dari tempat duduknya lalu melangkah keluar dari bilik rawatan itu.Riak muka Mayra kosong , tiada sebarang perasaan yang Mayra rasai.Hatinya gelisah.Macam macam soalan yang muncul dari fikiran Mayra.Dia buntu..
✧\>o<ノ✧
Seorang doctor lelaki berjalan menuju ke bilik rawatan yang dimasuki oleh Mayra sebentar tadi.Doctor itu berpakaian kemeja putih berlengan panjang malah dilipat sampai ke paras siku , serta dilapik dengan lab coat sehingga paras atas lutut.Stetoskop pula digantung pada leher milik doctor tersebut.
"Ehemm" sapa doctor itu.
"Ehh doctor Adrian"
"Focus betul buat kerja eh" kata Adrian
"Haha , biasa lah , ni doctor Adrian buat apa kat sini?" tanya doctor itu.
"Pakar , nak tengok maklumat pesakit" balas Adrian sambil meraup rambut halus nya kebelakang.Fikir hensem aa?!
"Faham , nih maklumat ibu mengandung yang baru" kata doctor itu sambil menunjuk kan helaian kertas kepada Adrian.
"Baru lagi?"
"Yup"
Adrian dengan telitinya membaca matlumat itu , satu demi satu.
"Baru lagi eh"
"Iyupp"
"Yang kat luar tu eh?"
"Owh ada lagi , haa yelah kot , baru je lagi , tak silap saya nama dia ..El.. Elesya -"
"Mayra" sambung Adrian.
"Yes , puan Elesya Mayra " kata doctor itu.
Adrian mula terdiam , adakah si 'dia' yang lama menghilang.Nama gadis itu seakan akan bermain di fikirannya sebelum ini.
"Baiklah , nanti kalau dia ada buat appointment ke , alert ye , bagitahu saya" kata Adrian dengan nada yang selamba.
"Okay"
Adrian mula melangkah keluar dari bilik rawatan , mencari figura gadis itu.Malangnya , gadis itu sudah pulang.
'Dia dah kahwin?'
Keluar sedikit keluhan daripada Adrian.
"Mayra"
to be continued •
YOU ARE READING
OG | DEVIL DAYYAN |
RomanceWhat is forever? A moment with you. Pertemuan tidak dirancang. Hanya sekadar melihat dan mendengar apa yang dibicarakan satu demi satu. "Why Adrian?" • Elesya Mayra. "Will you believe me?" • Dayyan Adrian. We just exist in the moment nothing more. ...