CHAPTER 19 -DD-

1.1K 58 0
                                    

Selepas majlis berlangsung , Adrian dan Mayra bergerak untuk pulang ke rumah keluarga Adrian. Agak penat juga lah jadi raja sehari ni , bergambar , layan tetamu.

Kereta milik Adrian bergerak menuju ke rumah keluarganya , Mayra dari tadi asyik memandang ke luar tingkap , entah apa yang di fikirkannya.

"Mayra , what's wrong? , dari tadi awak asyik diam je" Adrian mulakan percakapan.

"Tak ada apa lah , saya cuma fikir , apa yang berlaku sekarang bukan mimpi kan , semua kenyataan , kalau ayah ada lagi , mesti dia bangga tengok anak dia dah jadi isteri orang" muka Mayra mula sayu.

Adrian menarik tangan Mayra , dia menggenggam tangan isterinya itu dengan lembut.

"Mayra , listen , sekarang awak dah jadi isteri saya , so tanggungjawab awak saya tanggung , biar yang lepas berlalu pergi , awak dah ada saya , awak dah ada keluarga baru yang terima awak , saya janji saya akan jaga awak sampai hujung nyawa saya Mayra" ujar Adrian lalu mengucup sedikit tangan halus Mayra.

"Terima kasih Adrian , terima baik buruk saya , walaupun saya banyak kekurangan , lagi lagi saya ni dah rosa-"

"Mayra please stop cakap perkataan macam tu , awak sempurna kat mata saya , saya ikhlas terima awak okay"

"Baik Adrian"

"Good"

"Adrian , awak memang tak nak lepas kan tangan saya ke?, focus lah drive tu" soal Mayra.

"Tak nak"

"Aik dah kenapa , awak tu tengah drive"

"Drive tangan kiri , so tak ada masalah saya nak pegang tangan awak"

"Ngada"

"Of course i am , i'm yours already , so saya boleh ngada ngada dengan awak ikut suka hati saya"

"Gedik" Mayra memukul perlahan lengan si suaminya itu.

Tiba tiba suasana di dalam kereta menjadi senyap.

"Mayra , you know what , God see you struggling with life , then send you a someone who will always be there for you no matter what , so i'm here for you Mayra.

Mayra terdiam seketika , dia melihat Adrian dengan perlahan. Agak terkejut dengan kata kata jejaka di sebelahnya itu.

"Sayang , what are you looking at?"

What!. Terbeliak biji mata Mayra , dia tidak salah dengar bukan. Dalam kereta ini hanya ada dia dengan Adrian sahaja. Kali ini betul betul tidak salah dengar. Adrian panggil Mayra 'sayang'.

"No.. nothing Adrian , focus lah drive , saya penat sikit , nak rehat kan mata kejap" kata Mayra.

"Hahaha , btw awak nak kita balik rumah siapa , mama or rumah kita? , which one" Adrian berhentikan keretanya apabila lampu isyarat bertukar merah.

"Terpulang dekat awak nak stay mana malam ini , saya ikut je"

"Kita stay rumah kita jelah , baru best , tak ada siapa kacau" balasnya perlahan dengan mendekatkan bibirnya ke telinga Mayra.

"Adrian hijau Adrian!!!"

Adrian tergelak kecil melihat gelagat gadis disebelahnya ini.

✧\>o<ノ✧

Malam yang diterangi bulan ditenung oleh Mayra , kini Mayra berada di rumah mereka sendiri , tidak jauh dengan tempat kerja Adrian , jadi senang dia untuk berulang alik.

Adrian ingin membasahkan badannya , sambil dia membuka butang bajunya itu , dia terlihat satu notification keluar dari telephone yang berada di atas meja.

OG | DEVIL DAYYAN |Where stories live. Discover now