CHAPTER 26 -DD-

724 37 0
                                    

"Awak pergi kerja pukul berapa?"

"Tengah hari , why sayang?"

"Nothing , nanti saya nak pergi rumah Melissa kejap tau , saja nak jumpa"

"Saya hantar"

"Tak apa , saya drive sendiri"

"Saya cakap saya hantar sayang"

Mayra mengangguk kan sahaja. Baru ingin drive sendiri pergi ke rumah Melissa.

"Balik pulak , pukul berapa?"

"Em , i think mala-"

"Saya stay jelah rumah Melissa , dah awak balik malam , kalau awak rajin , jemput saya tengah tengah malam tu" pantas dia membalas.

"Okay" itu sahaja yang keluar dari mulut Adrian.

"Owh please Adrian , awak selalu lepas pukul 12 malam baru balik , nak jemput saya pulak tu , entah entah saya dah tidur , baik dari rumah saya drive sendiri je , dari menyusahkan awak" masih tegakkan kehendak sendiri.

"That's not my problem , i will miss you sayang , siapa saya nak peluk malam malam , peluk bantal tak best , i wanna hug you my love not my pillow" balas Adrian. Mukanya tidak menunjukkan satu reaksi pun kepada isterinya.

"Fine Adrian!"

"Owh sayang , who's Adrian , do i know him?"

Mayra tergelak kecil. Sudah hilang ingatkan pulak. Wah ada yang kena hempuk nanti , nama sendiri pun sudah tak tahu.

"Of course you do , it's.."

"What?" Adrian memandang Mayra. Mukanya tegang. Menanti perkataan yang akan disebut oleh isterinya.

"Fine abang!" laju sahaja Mayra bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke ruang dapur untuk membasuh pinggan. Seketika tadi mereka sedang bersarapan.

"Good girl "

✧\>o<ノ✧

Suasana dalam kereta sunyi sahaja , radio pun tidak dipasang. Dengan santai Adrian memandu kereta itu menuju ke rumah Melissa.

"Sayang , can i ask you something?"

Adrian menarik tangan Mayra lalu diletakkan di atas ribanya.

"What's wrong with you my love , i mean about last night , awak nampak lesu je" itu soalan pertama keluar dari mulutnya. Masih teringat akan perkara itu. Iyelah sebelum ini dia cuba untuk tanya Mayra tetapi bagi dia masa itu tidak sesuai untuk bertanya.

"Saya batuk sikit je , tak ada yang perlu dirisaukan lah , semua okay , don't worry about me lah abang" balas Mayra.

"Are you sure Mayra? , batuk sikit but your face that time macam orang sakit yang tak pernah sembuh tau , huh i don't think yang awak batuk sikit , sikit tak sikit , saya risau tau , dengan muka pucat macam sebulan tak makan , you think i would take that as a small matter?"

Mayra mengeluh. Dah si suami ini doctor , sakit sikit je , adalah nanti mahu di bebelkan.

"It's okay Adrian , saya tak nak menyusahkan awak , ala sikit je lah batuk tu , it's a normal right" balas Mayra.

"No , kita pergi hospital ye sayang , hari ni saya tak ada patient , so boleh saya handle awak , nanti saya bagitahu nurse kat situ suruh dia-"

"It's okay abang , saya tak nak pergi hospital , saya..takut.." perlahan Mayra berkata. Dia takut dengan perkara yang sebelum ini pernah berlaku , semua pertemuannya bermula di hospital , dari perkara baik ke perkara buruk.

"Why awak nak takut?"

"Err , tak ada apa apa" simpan selagi boleh.

"Sebab perkara yang lepas kan? , awak takut benda yang berlaku dekat hospital 5 tahun lepas , semua itu terjadi berkaitan hospital kan?" soalan itu keluar dari mulut Adrian. Bagaikan boleh membaca semua isi kepala Mayra. Semuanya betul.

"Nothing to be scared sayang , kalau awak asyik fikirkan perkara tu  , memang akan takut , awak dah lupa apa yang saya cakap ,  you have to be strong sayang , kalau awak lawan , awak akan berjaya okay" sambungnya.

Memang ada betulnya Adrian berkata sebegitu , isterinya ini suka sangat berfikiran negative , yang hanya positivekan dia ialah si suami. Itupun kalau Adrian ada di sisi , kalau tiada , mula lah overthinking.

"Nantilah saya pergi okay , sekarang awak hantar je saya dekat rumah Melissa , takut pula minah tu bebel saya" kata Mayra. Saja mahu tukar topik.

"Iyelah , balik nanti saya jemput , jangan nak ngada ngada tidur rumah orang pulak ye , remember what i'm saying"

Mayra hanya diam. Dalam diam pun banyak perkara yang dia sedang fikir.

✧\>o<ノ✧

Ding Dong.. Ding Dong..

Pintu rumah itu pun terbuka luas , terpapar wajah Melissa yang baru sahaja mengemas rumahnya itu.

"Eh Mayra , masuk lah dulu , aku kemas rumah tadi hehe"

Mayra balas dengan senyuman. Kakinya pun melangkah masuk ke dalam rumah Melissa.

"Pandai juga kau eh , cantik je rumah , tu pun kena tunggu aku datang baru nak kemas" sindir sepupu sendiri.

"Jangan nak perasan eh , aku kemas sebab ikut mood aku , bukan sebab kau nak datang "

Mayra hanya gelak. Sudah lama dia kenal Melissa , sudah masak dengan perangai Melissa. Melissa bukan jenis yang rajin berkemas pun , nak kena tunggu orang datang jenguk kut baru nak kemas.

Maybe perlahan melihat sekeliling rumah Melissa itu , cantik , ala ala aesthetic gitu. Tiba tiba mata Mayra tertumpu pada sekuntum bunga yang terletak elok di atas meja.

"Tak sangka kau ada peminat eh"

"Ha ? , peminat apa pulak ni?"

"Ni" Mayra menghalakan jarinya ke arah bunga itu.

"Oi muka cantik macam ni pun pandai fikir nak beli bunga apa yang sesuai untuk diri sendiri tau" balas Melissa. Mahu katakan yang bunga itu dia membelinya sendiri.

"Beli sendiri ke buah hati kasi" Mayra tergelak kecil. Saja mahu sakat sepupunya ini.

"Err , m..mana ada , tu aku beli sendiri tau haa" cuba untuk berahsia.

"Apa? , abang kesayangan kasi bunga ni?" kata Mayra dengan sedikit kuat. Pura pura tidak dengar apa yang dikatakan oleh Melissa. Dia sudah tahu siapa yang kasi bunga ini.

"Ish , mana ada lah , aku beli sendiri okay , jangan nak fitnah dia kasi pulak , aku dengan dia tak ada apa apa tau" pantas sahaja Melissa menjawab.

"Hahaha yelah yelah , aku percayakan kau , jangan tiba tiba satu hari nanti aku dengar kau tengah angau , siap kau eh" gurau Mayra.

"Kau datang rumah aku sebab nak ajak aku keluar kan , ni aku dah siap , jom lah" gadis itu cuba untuk menukar topik. Tidak mahulah berborak lama pasal benda itu.

"Owh haah lupa , okay okay jom" Mayra pun keluar dari rumah itu , diikuti Melissa di belakang.

Cadang mereka mahu ke Mall yang berhampiran dengan rumah kediaman mereka , katanya ada barang mahu dibeli. Dari Mayra mahupun Melissa. Iyelahkan perempuan , tidak lepas untuk ber shopping. Sekali sekala , lagi pun Adrian hanya berpesan jangan tidur rumah orang , bukan jangan ber shopping dengan orang.

to be continued•

OG | DEVIL DAYYAN |Where stories live. Discover now