Sampai sahaja disana , mereka terus masuk ke dalam sebuah kedai baju yang bersebelahan dengan kedai kasut.
"Aku nak beli baju untuk Adrian"
"Untuk apa? , birthday dia ke?"
"Tidak lah , semalam Adrian ada bagitahu aku , minggu depan dia ada Event , lagipun tinggal beberapa hari lagi , jadi aku nak belikan baju untuk dia pakai masa Event itu" balas Mayra.
"Owh , kau tahu saiz dia?"
"Mestilah tahu , aku isteri dia"
"Hehe lupa pulak dah kahwin , yelahkan , hari hari tengok badan si suami" gurau Melissa. Ada sahaja yang mahu dikatakan.
"Kau ni dah kenapa , jealous cakap" tajam sungguh jelingan Mayra.
"Ha kau pilihlah dulu , aku nak cari baju aku jap" Melissa pun terus meninggalkan Mayra di tempat pakaian lelaki itu.
Sedang Mayra memilih pakaian buat Adrian , terlihat seorang jejaka juga memilih pakaian di situ. Mungkin buat dirinya sendiri. Bila ditengok penampilan jejaka itu , umurnya seakan akan sebaya dengan Mayra. Tapi bukan itu yang patut difikiran. Baju Adrian perlu dicari.
"Busy nampak" tegur seseorang , suara itu cukup kenal.
Mayra pun mendongak sedikit. Jejaka yang berbaju t-shirt biru tua berdiri di hadapannya. Jejaka itu cukup dikenali.
"Eh Danny , awak buat apa kat sini?" soal Mayra.
"Saja , nak beli baju , next week saya ada Event" balasnya dengan cukup sopan.
Mayra hanya mengangguk faham , kebetulan Danny sudah berada di hadapannya , boleh dia bertanya sedikit soalan.
"Anak awak mana?"
"Kat rumah mak saya , kat sana ramai sikit kawan , tak ada lah sunyi" mulut bergerak , mata dan tangan leka mencari baju dihadapan.
"Ni awak buat apa kat sini?" soalan yang sama ditanya.
"Saja , nak beli baju" jawapan yang sama dijawab oleh Mayra. Memang betul pun.
"Bahagian lelaki?" Danny pelik. Untuk apa?
"Ha untuk su-"
"Mayra!" panggil seseorang.
"Kau ini dah kenapa , macam baru lepas kena kejar anjing pulak"
"Satu kedai aku cari kau , rupanya kata sini" tercungap cungap gadis itu berkata.
Perbualan mereka hanya disaksikan oleh jejaka dihadapan mereka , tidak mahu menyampuk hal perempuan , lebih baik mendengar dari kena label 'menyampuk'.
"Ehem , siapa ni Mayra , dari tadi pandang sini , kawan kau ke?" baru perasan kehadiran jejaka itu. Leka berborak , ini kalau gajah ada dihadapannya itu pun belum tentu sedar.
Danny tersenyum manis.
"I'm Danny , Danny Nolan"
Senyuman manis jejaka itu membuatkan matanya tersenyum sekali. Senyuman yang agak cantik , manis.
Apa mahu buat , nama pun Melissa , bila terjumpa lelaki idaman , bersinar sinar mata. Inilah sebab suka tengok drama , sampaikan hero dalam drama itupun boleh membuatkan Melissa angau.
"I'm Melissa , Mayra's cousin" baguslah memperkenalkan dirinya sendiri.
Danny mengangguk faham. Nama Melissa apa kurangnya , cantik aja. Leona Melissa. Memang sesuai dengan wajahnya yang sedikit 'mature' .
"Owh sorry kalau kacau korang , saya pergi bayar dulu ye , bye , have a nice day" baju yang mahu dipakai sudah dipilih , terus jejaka itu menuju ke counter bayaran.
YOU ARE READING
OG | DEVIL DAYYAN |
RomanceWhat is forever? A moment with you. Pertemuan tidak dirancang. Hanya sekadar melihat dan mendengar apa yang dibicarakan satu demi satu. "Why Adrian?" • Elesya Mayra. "Will you believe me?" • Dayyan Adrian. We just exist in the moment nothing more. ...